BAB 7

12.6K 1K 69
                                    

-not-edited-

BAB 7

Ardean hanya duduk di atas kerusi batu yang berada di salah satu taman rumah itu. Baru sebentar tadi Pak Hamid, tukang kebun Rumah Qaseh bawa dia jelajah keseluruhan kawasan, sebelum lelaki tua itu meminta diri untuk menyambung kerjanya. Ardean hanya bersendirian di situ.

Ardean tunduk memandang buku nota yang berada di tangannya. Kata Pak Hamid, keluasan tanah di sini adalah satu ekar. Besar juga. Ada sebuah rumah kecil beberapa ratus meter dari rumah utama ini. Dijadikan tempat tinggal untuk Pak Hamid dan Wahid, jaga Rumah Qaseh memandangkan mereka lelaki.

Ada kolam renang. Ada kolam ikan koi. Ada gelanggang serba guna untuk bersukan. Ada tiga buah taman mini bergazebo. Pandangan peribadinya setelah melihat semuanya, rumah ini terlalu mewah sebagai rumah kebajikan. Lebih kepada rumah persendirian yang diwakaf dan diubah suai. Andai betul, tuan punya tanah ini memang seorang yang baik dan pemurah.

Kening lebat Ardean sedikit berkerut tanda dia sedang memikirkan sesuatu. Baru perasan Pak Hamid tak ada pun cerita tentang latar belakang rumah ini tadi. Dia pun lupa nak tanya. Siapa pemiliknya? Yang dia pasti, Eshal dan Mak Hajar saling mengenali. Mak Hajar menyapa Eshal dengan penuh naluri keibuan. Mungkin Eshal pernah tinggal di rumah ini? Ardean hanya membuat teori sendiri.

Telinga cekap menangkap ada bunyi orang menghampiri. Pantas kepala Ardean menoleh ke arah itu. Apabila melihat Eshal gerangannya, bibir Ardean automatik merekah senyum manis. Tanda mengalu-alukan kedatangannya.

Eshal hanya kekalkan ekspresi wajahnya yang serius walaupun Ardean menyapanya mesra. Dia mengambil tempat di atas kerusi batu yang sama dengan Ardean. Kat sini rupanya budak ni!

"Curi tulang!"

"Eh, mana ada, Cik Eshal! Saya baru je habis ronda dengan Pak Hamid tadi. Tengah tenangkan otot. Sedut oksigen banyak-banyak kasi penuh paru-paru. Kat sini banyak pokok." Mata melilau ke arah pelbagai jenis pokok bunga di sekeliling taman itu.

"Oh, ya? Kenapa tak berenang dalam kolam ikan koi terus? Banyak plankton. Plankton kan sumber oksigen terbesar di bumi ni."

Ardean ketawa. Dia kena biasakan diri dengan Eshal yang selamba berloyar buruk dengan muka nak cari gaduhnya itu. Siapa cakap Cik Eshal kita ni tak pandai bergurau?

"Tak apalah. Saya pilih sistem barter dengan pokok-pokok di sini. They need my carbon dioxide."

Eshal julingkan mata ke atas. Gila! Hampir saja terlepas dari hujung lidahnya.

"Cik Eshal dah putuskan nak buat apa untuk charity event nanti?" soal Ardean pula.

"Belum. Tapi tak payah risau. Nanti saya akan bawa isu ni dalam mesyuarat kita yang seterusnya. Sama-sama kita gabung idea. Awak pun. Kalau ada idea bernas, boleh beritahu saya," balas Eshal.

"Oh! Dan pastikan yang complicated sikit. Sebab saya nak susahkan department lain," sambung Eshal lagi dengan muka tak bersalah.

Betul-betul berdendam ni! Ardean tahan ketawa.

"Tak apa ke, Cik Eshal?"

"Of course. Dato' dah bagi approval." Itu syarat Eshal sebelum bersetuju. Dia dah diberi kuasa veto. Pengajaran untuk orang lain supaya jangan berani buli dia. Mereka ingat mereka boleh bersorak sebab dah berjaya pilih dia? Salah besar la!

"Saya ingat nak adakan persaingan atau pertandingan di antara department nanti. Siapa kalah, department dia kena handle untuk event seterusnya dua kali berturut-turut. Of course, I'll make sure everyone sign the agreement. Only then, they'll taste their own medicine," kata Eshal sambil membelek kukunya. Persis gaya villain dalam cerita dongeng.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now