BAB 14

9.2K 843 104
                                    

~not-edited~

BAB 14

Suasana bahagian Fiksyen Tempatan sunyi sepi. Semua orang tak berganjak dari tempat masing-masing. Hanya satu sebab jika para pekerjanya umpama sedang bertanding menjadi pekerja terbaik tahunan. Itu maksudnya cik ketua editor dalam mod mak beruang tengah datang bulan. Sejak akhir-akhir ini memang begitu.

Pintu pejabat Eshal tiba-tiba dibuka dari dalam. Semua telan liur.

"Tim editor bahasa Melayu masuk bilik saya sekarang!" Lantang suara Eshal.

Yang tak terlibat tarik nafas lega. Rasa nak sujud syukur pun ada.

Afifah dan Jihan terkocoh-kocoh masuk terlebih dahulu memandangkan tempat duduk mereka lebih dekat dengan pejabat Eshal. Ardean juga cepat-cepat bangun setelah mencapai iPadnya.

"Good luck, A.T!" Yunus tepuk-tepuk bahu Ardean.

"Abang A.T, jangan lupa hembus-hembus sikit kasi hati Elsa lembut." Ruby berkata.

"Kami doakan dari jauh." Enita angguk bersungguh.

Ardean hanya geleng-geleng kepala. Gaya macam nak hantar dia pergi perang aje. Cepat-cepat dia masuk ke pejabat Eshal.

"Siapa yang buat tapisan pertama untuk manuskrip Debunga Dihembus Bayu ni? Macam mana boleh lulus?" Serius suara Eshal bertanya. Dipandangnya tiga wajah di hadapannya itu.

"Saya, Cik Eshal." Afifah mengaku.

"Saya reject!"

"Tapi Cik Eshal, jalan cerita dia bagus. Cerita ni ada potensi untuk digilai ramai," hujah Afifah.

"Ya, jalan cerita dia bagus! Sehinggalah sampai bab heroin berkahwin dengan hero yang juga seorang perogol. Her rapist! I don't accept stories that romanticize rape, Afifah. Awak pun tahu!" marah Eshal.

"Tapi itu kan hanya satu jalan cerita. Akhirnya, lelaki itu pun dah bertaubat. Perempuan tu pun maafkan dia. Jadi, moralnya tetap ada di situ. Bukan ke setiap orang yang buat salah itu boleh bertaubat?" bahas Afifah lagi.

"And then, what? Semua berimaginasi nak kahwin dengan perogol? Semua akan imaginasi perogol itu kacak? Perogol itu kaya? Semua orang akan rasa rogol itu satu perkara ringan. Are we going to introduce our readers to rape fantasy now? Oh, it's okay to get myself raped, as long as he takes full responsibility! Macam tu?"

Semua bisu.

"Saya tak cakap perogol tak boleh bertaubat. Tapi saya tak terima kalau perempuan berkahwin dengan perogol dia sendiri. Banyak cara nak tunjukkan moral dari kes rogol. Tapi bukan dengan cara romanticizing rape. Cuba bayangkan kalau awak kena rogol, awak nak ke kahwin dengan perogol awak?"

Afifah laju-laju geleng kepala.

"Awak?"

Jihan juga geleng. Pakej dengan muka jijik lagi.

Ardean pula hanya diam. Rasa panas telinga mendengar isu sensitif itu kerana hanya dia yang berlainan jantina di situ. Segan! Kenapalah dia kena ada sekali?

"Tahu pun. Know the boundaries. Saya taknak orang cakap novel Melayu ni novel sampah. We here are trying to change their POV, not to prove their point. Salah ke apa yang saya cakap ni, Astatine? Apa pandangan awak sebagai seorang lelaki?"

Ardean yang dengar nama panggilannya dipetik angkat kepala. Tiga pasang mata pandang dia. Dia berdehem sekali. Ligat kepala mencari hujah.

"Hmm... saya sebenarnya setuju dengan Cik Eshal. Saya juga tak suka kalau ada unsur romanticizing rape. Rogol adalah kes jenayah yang serius. Boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat. Para pembaca kita dari pelbagai lapisan umur. The purpose of our books is to educate, not to encourage them."

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now