BAB 16

10.8K 1K 122
                                    

- not-edited-

BAB 16

Bagaikan tak percaya akhirnya tim Eshal berjaya laksanakannya. Dengan kerjasama dia antara Empayar Publishing Group dan Estoria Specialist Medical Centre (ESMC), dapat juga mereka jayakan program amal di Rumah Qaseh.

Proposal yang diluluskan seperti yang Eshal dan Ardean pernah bincangkan sebelum ini. Program utama mereka adalah derma darah. Turut diselitkan sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga sembang tentang kesihatan. Dia pastikan acara yang diadakan dapat melibatkan partisipasi dari semua pihak, baik penghuni Rumah Qaseh mahupun staf Empayar. Orang luar juga dijemput hadir.

Seperti yang Eshal rancang juga, dia mengadakan pertandingan di antara jabatan kecuali jabatannya. Siapa yang kalah akan bertanggungjawab untuk mengendalikan program pejabat untuk dua kali berturut-turut. Macam mana caranya? Eshal mewajibkan setiap jabatan untuk mencapai target penderma darah seramai tiga puluh orang. Jabatan yang gagal memenuhinya atau yang terakhir mencapai target akan kalah.

Untuk memudahkan urusan, perkara ini diberitahu seminggu awal sebelum program bermula. Bagi peluang kepada semua untuk mempromosi dan menghebahkan untuk mencari penderma. Walaupun ramai bersungut, Eshal cuma tayang muka kepala gengster.

"Aku ke kau ketua program ni?" Cukup untuk bisukan semua. Dia sudah diberi kuasa veto. Siapa suruh cari pasal dengan dia?

Sehari sebelum program bermula, Eshal bersama staf dari jabatannya sudah berada di Rumah Qaseh. Melakukan gotong-royong dan memantau setiap perkembangan. Memastikan set-up tempat sempurna. Lebih-lebih lagi tempat untuk menderma darah. Mereka harus mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Darah Negara dan juga ESMC.

Program bermula dari jam lapan setengah pagi. Namun semua staf Empayar harus berkumpul di Rumah Qaseh sebelum pukul tujuh pagi lagi. Semua memakai baju jersi biru muda yang ditempah khas untuk program ini. Briefing kali kedua juga diberikan kepada semua staf sekadar untuk mengingatkan tentang tugas-tugas mereka.

Mereka makan pagi dulu sebelum sertai acara senamrobik yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar intern dari bahagian Fiksyen Tempatan. Eshal sengaja bagi tugas itu kepada mereka memandangkan kebanyakan mereka masih muda belia. Pasti kreatif memikirkan lagu dan langkah senaman yang sesuai. Dan aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan badan tapi dapat juga mewujudkan suasana yang ceria. Bukan selalu dapat tengok yang tua-tua ni nak terkinja-kinja.

----

"Hai, Eshal! Tak sangka kita jumpa lagi." Eshal mendengar teguran itu. Suara yang pernah didengarinya, tapi dia tak dapat ingat kat mana. Sehinggalah dia pusingkan tubuhnya, baru dia tahu siapa.

Nufail sedang tersengih-sengih di depannya. Lelaki itu sungguh kacak dengan baju-t berkolar lengan pendek dan seluar jeans. Ada satu lanyard tergantung di leher menunjukkan lelaki itu adalah sukarelawan dari pihak ESMC.

"Doktor," tegur Eshal.

"Tak payah la berdoktor-doktor dengan saya. Kita kan dah pernah jumpa. Panggil Nufail saja."

"Okey, Nufail." Eshal menurut saja memandangkan lelaki itu turut menjayakan program hari ini. Tak sangka pakar seperti Nufail sanggup turun padang. Jadi dia terhutang budi dengan Nufail.

Hari ini dia juga dapat mengenali Doktor Mahani, wanita hebat yang menjadi tulang belakang ESMC. Ibu kepada lelaki di hadapannya ini. Dia mengenali juga Doktor Annisa yang merupakan anak perempuan Doktor Mahani dan adik Nufail.

Rasanya dulu Nufail pernah cerita yang adik perempuan dia pemilik sebuah klinik kecantikan. Patut saja. Kulit licin bak telur dikupas. Jelita sungguh wanita itu. Tak sangka pula dia juga turut serta menjadi sukarelawati untuk program kali ini. Budi bahasa seindah parasnya. Itu yang Eshal boleh putuskan.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now