BAB 13

9.9K 1K 104
                                    

-not-edited-

BAB 13

Eshal akhirnya akur dengan permintaan Ardean. Bukan sebab cair dengan suara dan renungan penuh kelembutan Ardean yang memujuknya, tapi sebab Eshal rasa dia perlukan ruang untuk bernafas. Dia perlukan persekitaran yang lebih tenang. Mungkin kekusutan dalam kepalanya akan sedikit berkurangan.

Mereka pergi ke tandas dulu. Ardean mahu mencuci tangannya yang masih dicemari darah Eshal. Alang-alang itu, Eshal gunakan peluang ini untuk basahkan sedikit wajahnya. Tangan kirinya masih berbalut dengan gauze. Kelihatan ada tompok merah yang besar pada gauze itu.

Eshal keluar dari tandas. Kelihatan susuk Ardean sudah sedia menunggu di luar. Takut dia lari agaknya. Ardean membelakanginya jadi lelaki itu masih belum sedar dengan kehadirannya. Tangan kiri sedang menjinjing satu kotak first aid. Dan tangan kanan pula sedang memegang telefon ke telinga.

"Ibu, venous bleeding, can it be dangerous? I think it's dorsal metacarpal veins. Would it be fine without sutures?"

Kaki Eshal terhenti. Bukan niatnya mahu mencuri dengar, tapi itulah yang singgah di telinganya. Eshal tahu lelaki itu sedang bercakap tentang dia. Kemudian Eshal lihat Ardean cuma diam, seperti sedang mendengar apa yang dikatakan di hujung talian itu dengan penuh khusyuk. Sebelum lelaki itu matikan talian.

Barulah Eshal perlahan-lahan menapak mendekati Ardean. Ardean yang sedar akan kehadirannya berpaling lalu hadiahkan satu senyum manis. Eshal hanya mengikut Ardean setelah itu. Bukan ke klinik seperti yang dijanji Ardean. Tapi ke arah sebuah taman terbuka yang berada berdekatan dengan reruai mereka. Tak ramai yang tahu, jadi lebih privasi.

Eshal yakin lukanya bukannya teruk. Pendarahannya pun sudah berhenti. Tapi sebab malas nak berdebat panjang, dia hanya mengikut saja arahan Ardean. Disuruh duduk, dia duduk. Disuruh letak tangan kiri atas meja batu bulat itu, dia letak saja.

Ardean duduk di sebelah kiri Eshal. Kotak first aid sudah dibuka di atas meja. Dia sanitasi tangan menggunakan hand sanitizer dulu sebelum memakai sarung tangan getah. Perlahan-lahan dia angkat gauze yang sudah betukar merah kehitaman itu. Ardean tahan wajahnya dari berkerut sebaik sahaja melihat kesan torehan pada kulit Eshal. Sedangkan tuan punya badan pula hanya selamba.

Ini bukan terpotong. Ini dah macam gaya nak putuskan tangan sendiri! Itu yang boleh diputuskan oleh sesiapa yang melihatnya. Apalah agaknya dalam kepala Eshal ketika semua ni terjadi?

Luka itu melintang. Boleh tahan panjang juga. Hampir separuh saiz tapak tangan Eshal. Ngeri bila bayangkan macam mana pisau boleh menghiris kulit itu. Padan saja darah keluar tak henti tadi. Masih ada lagi kesan darah kering di sekeliling kawasan luka itu. Melihatkan proses blood clotting sedang terjadi, Ardean sedikit lega. Maksudnya luka itu boleh bercantum sendiri. Tak perlukan jahitan.

"Cik Eshal ada rasa pelik pada tangan? Macam tak boleh gerak atau tak rasa apa-apa?" soal Ardean.

Eshal cuma geleng kepala. Hujung jari digerak-gerakkan. Namun tak banyak memandangkan pergerakan akan sebabkan tempat lukanya berdenyut.

Ardean angguk. Dengan penuh hati-hati, dia mencuci tempat luka itu dengan gauze bersih dan normal saline. Wajah Eshal tak berperasaan, tapi sakit yang menggigit tak terperi rasanya. Pedih. Paling pedih apabila Ardean mula menyapu antibiotik Neosporin. Giginya diketap kuat.

"One who sustains pain is not a hero and one who succumbs to pain is not a weak." Ardean berkata tanpa memandang Eshal.

"Sakit adalah deria yang Allah ciptakan untuk tindak balas terhadap kecederaan. Pain itself is a self-defense. A reflex to recoil when threatened, to prevent us from harming the injured area twice, to promote healing process."

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now