BAB 19

11.7K 1.2K 408
                                    

-NOT-EDITED-

BAB 19

Eshal melihat Ardean yang baru balik dari bahagian pemasaran bersama Hairi, terus dia u-turn masuk ke dalam biliknya. Tak jadi nak keluar. Kaki automatik patuh dengan arahan otak sejak pagi lagi.

JAUHI ARDEAN!

Ya, mungkin dia pengecut. Tapi sungguh dia tak mahu berada dekat dengan Ardean, lebih-lebih lagi duduk berdua-duaan. Panjang saja akalnya mengelak. Sejak semalam lagi.

At LiKEs U

Sering terbayang-bayang kata-kata itu walaupun sering kali dia menepisnya. Ardean bergurau seperti selalu. Ardean bergurau!

Bunyi ketukan pintu buatkan mata Eshal sedikit meluas. Ardean! Ya, melalui gaya ketukan pun dia sudah kenal itu adalah Ardean. Hanya Ardean yang ketuk pintu tiga kali selang sesaat setiap ketukan.

Eshal menggelabah di tempat duduknya. Pandang kiri dan kanan untuk lari. Tiada ruang. Refleksnya, terus dia menyorok di bawah meja. Rasa nak tepuk dahi sendiri. Sejak bila dia jadi gila macam ni?

"Cik Eshal?" Kedengaran suara maco Ardean yang sudah masuk ke dalam biliknya.

Eshal hanya diam. Kalau Ardean tahu dia tiada, mesti lelaki itu keluar balik. Sekarang dah waktu rehat. Mungkin Ardean ingat dia sudah keluar.

Eshal mendengar derap langkah Ardean merapati meja kerjanya. Kemudian kedengaran seperti Ardean meletakkan sesuatu di atas meja itu. Eshal diam lagi. Hanya pasang telinga lebar-lebar untuk mendengar langkah Ardean yang menjauhi dan kemudian, pintu dibuka dan ditutup.

Eshal hela nafas lega. Betullah dia dah gila! Empat jam dia dah macam ninja. Mengelak sehabis mungkin bila nampak bayang Ardean. Ada lebih kurang lima jam lagi dia nak kena hadap. Dia buat keputusan untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Pakaiannya yang sedikit berkedut digosok-gosok supaya kembali rata. Kemudian Eshal merapikan pula rambutnya yang dah macam hantu Kak Limah.

Eshal pusingkan tubuhnya. Namun mengeras sebaik sahaja melihat susuk Ardean yang sedang bersandar pada pintu dengan tangan disilang ke dada. Wajah penuh tenang, seolah-solah sedang menunggu sesuatu. Bila mata mereka berlaga, Ardean hanya senyum.

Dan jantung Eshal sekali lagi rasa nak meloncat ke tekak.

"Done hiding?" Suara Ardean sungguh bersahaja.

"Bila masa saya menyorok? Saya cari subang saya yang jatuh." Selamba mencipta alasan dengan dagu mendongak ke langit. Memang tak la dia nak mengaku!

Ardean hanya angguk-angguk kepala tanpa komen apa-apa. Dalam hati simpan senyum.

"Jadi, Cik Eshal memang takde niat untuk lari dari saya, kan?"

"Kenapa saya nak lari dari awak?" Eshal pulangkan soalan. Muka penuh keyakinan walaupun kepala lutut sudah mula goyang.

"Sebab mesej saya semalam." Ardean tak berdolak-dalih lagi.

Eshal telan liur. Jari telunjuk menggaru-garu keningnya.

"Oh, yang awak hantar tu! Apa dia eh? Saya tak faham." Eshal tayang muka polos. Pura-pura tak tahu.

"Really? I should tutor you and make you understand then." Tenang intonasi Ardean ketika berbicara.

Ardean tegakkan tubuhnya, buatkan Eshal terus masuk mod berjaga-jaga. Dan bila Ardean berjalan menghampirinya, Eshal rasa macam nak terjun masuk ke dalam laci mejanya. Dia tak sempat berbuat apa-apa. Dengan langkah kaki panjang itu, sepantas kilat lelaki itu sudah terpacak di depannya.

"Or should I tell you to your face now?"

Berdiri kurang semeter darinya. Mendominasinya dengan ketinggian enam kaki.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now