BAB 21

11.3K 1.2K 333
                                    

-not edited-

BAB 21

Empat hari lepas.

[Ardean] Eshal, jom kita kahwin!

[Eshal] Bukan sampai Abang Jamil mampus, tapi sampai Abang Jamil bangkit di padang Mahsyar pun, it's still NO.

[Ardean] Hahahaha.

[Ardean] My flight is about to take off now. See you in 20 hours, my Eshal.

[Eshal] Ok. Have a safe journey.

Tiga hari lepas.

[Ardean] Saya dah sampai.

[Ardean] Please marry me.

Dua hari lepas.

[Ardean] Hey, where is my Eshal?

[Ardean] I'm going to propose you now

Semalam.

[Ardean] Eshal?

Hari ini.

[Ardean] Awak okey tak?

[Ardean] Are you mad at me? You start scaring me now.

Sudah sembilan puluh jam, tiga puluh lima minit dan empat belas saat berlalu sejak mesej terakhir dia dan Eshal. Panggilan telefon juga tak berangkat. Dan kini, tiada lagi dua tanda tick pada chat conversation itu, bermaksud mesejnya tidak lagi diterima. Bila dia cuba menelefon, juga sama. Panggilan tak dapat disambungkan.

Hati Ardean mula rasa tak sedap, mula risaukan Eshal tapi dia cuba bersangka baik. Telefon Eshal ada masalah. Mungkin rosak, mungkin kena curi. Atau mungkin Eshal marahkannya dan block nombor dia walaupun dia tak tahu sebabnya. Mungkin dia tanpa sedar sudah menggores hati Eshal.

Ardean rela andai semua itu penyebab Eshal tak dapat dihubungi, berbanding dengan kemungkinan sesuatu sudah terjadi pada wanita itu.

Eshal baik-baik saja. Eshal baik-baik saja.

Ardean baru sedar tiada orang terdekat Eshal yang boleh dihubungi untuk bertanyakan khabar wanita itu. Dan itu buatkan dia rasa agak kesal. Betapa wanita itu selalu bersendirian selama ini. Atau perlu saja dia bertanya kepada pihak Empayar?

Ardean letak telefon pintarnya di atas meja bersama hati yang berat. Ada tiga hari lagi sebelum dia balik ke Malaysia. Dipandangnya ke luar jendela. Langit bertukar senja di bumi Hamburg.

Ya Allah, Ya Tuhan penjaga langit dan bumi, Engkau jagalah insan bernama Eshal Elzahra.

-----

Dean, Eshal accident. Sekarang di ICU Estoria.

Doanya untuk mendapat petunjuk daripada Allah akhirnya terjawab. Ardean terima mesej itu daripada ibunya. Jantung Ardean rasa nak berhenti berdegup setelah membacanya. Ardean buat keputusan untuk pulang ke Malaysia dengan serta-merta walaupun masih berbaki sehari lagi konferennya. Hatinya tak tenang.

Kata ibu, ini sudah hari kelima Eshal dimasukkan ke hospital. Masih belum sedarkan diri. Keadaannya, agak kurang baik. Belum betul-betul stabil sehingga cerebral oedema surut. Dan untuk itu, Eshal akan terus berada dalam keadaan koma. Apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Ibu memang tak berdolak-dalih dan Ardean hargainya. Walaupun hanya Allah saja yang tahu betapa lemah lututnya ketika mendengarnya.

Ya Allah, kau angkatlah segala kesakitan Eshal! Tak putus-putus Ardean berdoa untuk wanita kesayangannya itu.

-----

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now