1

209 29 12
                                    

.
.
.

Dari pagi tadi aku mengemas rumah sampai tak sedar hari dah menginjak malam. Maklumlah bila masuk rumah baru, macam-macam nak kena kemas. Dahlah semuanya aku buat sendiri.

Hari ni hari pertama aku berpindah masuk ke dalam apartment baru aku di Seoul. Untuk pertama kali juga, aku belajar hidup berdikari, hidup sendiri jauh dari family.

Rezeki aku, dapat kerja dekat syarikat sport agencies terkemuka di sini. Ya, itulah profession aku, sport agent. Kiranya macam personal assistant, tapi untuk atlet.

Aku dapat duduk dekat apartment yang boleh dikira mewah ini pun sebab termasuk dalam kontrak yang aku dapat sepanjang aku kerja di bawah syarikat itu. Kalau tidak, memang duduk bawah jambatan jelah aku.

Apa yang aku tahu rata-rata yang duduk di apartment ni adalah orang-orang ternama, termasuk artis, ahli politik, ahli perniagaan.

Lepas bersihkan diri dan makanan yang order secara atas talian pun sampai, aku menikmati makan malam aku di balkoni luar apartment aku.

Dari tingkat 16 ni, dapat aku lihat sendiri kesibukan kota Seoul. Walaupun hari sudah menginjak malam, kota itu masih terlihat bercahaya.

Sambil makan, mata aku tertumpu pada telefon pintar. Scroll TikTok, Twitter. Memang itulah rutin aku kalau tengah tak ada movie atau drama yang aku rasa seronok untuk ditonton sambil makan.

Jeon Jungkook, 27 years old racer who's famous with his high reputation in Mercedes-Benz Group will leave the Team for Ferrari

Jeon Jungkook.

Siapa saja yang tidak mengenali dia? Satu-satunya atlet pelumba kereta negara yang mampu membawa nama negara ke peringkat dunia.

Gambarnya yang terpapar di laman sesawang itu aku tatap lama.

Handsome? Bolehlah. Tipulah kalau aku cakap tak.

Di bahagian bawah artikel itu pula terdapat highlight berita tentangnya dengan kekasih hatinya yang sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan dari dia mahupun pihak pengurusannya.

Han Sohee.

Cantik. Model, business woman. Sesuailah dengan dia.

Tengah aku mengunyah sambil membaca artikel di laman sesawang berita sukan tempatan itu, terangkat kepala aku tika bau tembakau terbakar menyapa kuat deria hidungku.

Kebetulan aku sedang duduk menghadap balkoni apartment jiran sebelah, terlihat seorang lelaki sedang berdiri di situ.

Terlihat dia sedang menghisap rokok sambil bersandar pada penghadang besi balkoni apartmentnya. Sesekali kepulan asap tembakau dilepaskan perlahan dari belahan bibirnya. Ada sekali dia mendongak, melepaskan kepulan asap ke atas pula.

Aku pula yang sesak nafas dekat sini.

Bukan hanya kerana asap rokoknya yang menyesakkan salur pernafasan aku tapi juga kerana rupa parasnya saling tak tumpah dengan gambar lelaki yang terpapar di skrin telefon pintar aku sekarang.

Sah, itu memang dia.

Jeon Jungkook.

Sudahlah tidak berbaju, hanya berseluar sweatpants kelabu. Habis terpampang jelas jenama calvin klein di pinggangnya. Rambutnya tampak serabut, messy hair, jelas yang dia baru bangun tidur.

Orang semua dah nak tidur, dia pula baru bangun? Pelik betul.

Tak cukup satu, puntung rokok yang baru diselitkan di antara belahan bibirnya sebelum pemetik api dipetik pada hujung puntung rokok itu, membakar perlahan di situ.

Setelah itu, pemetik api dicampakkan di atas meja berdekatannya sebelum dia kembali termenung, melihat pemandangan kota Seoul yang dipersembahkan di hadapan kami.

Sesekali rambutnya diraup ke belakang tika angin malam meniup lembut menyapa kami di balkoni tika itu. Asap tembakau dihembusnya perlahan sebelum puntung rokok yang masih menyala di tangannya ditekan ke dalam bekas kecil di atas meja.

T-shirt putih di atas kerusi diambil lalu disarungkan ke tubuhnya sebelum dia duduk mencangkung.

"Chopper! Lapar ya?"

Chopper?

Sebaik saja dia berdiri semula, terlihat seekor kucing gebu berbulu putih berada dalam dukungannya.

Oh, ada kucing rupanya!

Aku hanya memerhati sementara dia sibuk menggomol kucing di dalam dukungannya itu. Hilang terus imej sado dia tadi. Kucing tu pun bukan main menggelitis kena belai, betina agaknya.

"Jom appa bagi makan. Nak wet food?"

Appa?

Bibir aku ketap menahan gelak.

Euphoria | JJKHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin