6

62 15 17
                                    

.
.
.

"Yerim, saya dah nak balik ni."

Terangkat kepala aku tika salah seorang rakan sekerja aku datang menegur. Memang hanya tinggal aku dan dia di dalam pejabat yang masih belum pulang.

"Ha, okay. Take care." Pesanku seraya tersenyum.

"Yalah. Awak tu pun, jangan asyik balik lambat saja. Bahaya. Tak habis lagi ke kerja tu? Kalau boleh siapkan esok, buat jelah esok. Dah lewat ni."

"Tak bolehlah, dah janji dengan boss nak siapkan sebelum midnight." Balasku dengan senyuman serba salah. Ikutkan hati memang aku nak ikut balik.

"Alahai, kesiannya. Kalau saya bawa transport sendiri bolehlah saya stay back juga temankan awak tapi tulah, husband saya dah tunggu saya dekat bawah."

"Eh tak apalah, balik je, saya okay. Ha sebelum awak kena tinggal baik awak cepat." Gurauku sebelum kami sama-sama tertawa.

"Haha, yelah. Bye, Yoonjung. Take care balik nanti, jangan lewat sangat."

"Yelah. Bye, bye."

Usai aku ditinggalkan sendirian, mulalah bulu roma aku meremang.

Earphone aku sumbat ke telinga, sengaja pasang lagu rancak biar hilang sikit rasa seram. Pada masa yang sama jari-jemari aku turut sama rancak bergerak di atas papan kekunci.

.
.
.

Setelah fail pdf selamat dihantar kepada pihak atasan, terus aku matikan PC. Helaian kertas dan fail yang berselerakan di atas meja aku susun sebelum beg tangan aku ambil.

Lepas dah pastikan tiada barang yang tertinggal, terus aku keluar dari pejabat. Kalau semalam lampu koridor pejabat aku ni malap dah macam segan hidup mati tak mahu, hari ni dia terus tak hidup. Waktu macam nilah dia nak rosak?

Dengan jantung yang dirasakan berdegup laju, langkah atur secepat mungkin menyusuri koridor itu, menuju ke bahagian lif.

Berderau darah aku tatkala terdengar derapan langkah kaki seseorang di belakang aku. Perlahan saja derapan langkahnya namun cukup buatkan bulu roma aku berdiri tegak merasakan remangnya.

Tak berani hendak menoleh, sebaliknya langkah aku percepatkan namun dapat aku rasakan dia turut sama mempercepatkan langkahnya mengejar aku.

Dengan kaki yang masih berlari, aku menoleh.

Ternyata benar telahanku, terlihat seorang lelaki sedang mengejarku, beberapa tapak dari aku.

Cepat-cepat aku ke bahagian lif. Cemas menguasai diri bila melihat lif masih berada di tingkat dua. Satu-satunya jalan lain yang aku adalah dengan menuruni tangga.

Pantas aku ke arah tangga, pintu memasuki bahagian tangga aku buka sebelum tercungap-cungap aku menuruni tangga.

Makin kuat detakan jantung aku tatkala terdengar pintu di tingkat atas aku dihempas kuat, menandakan lelaki itu masih tidak berputus asa dari mengejarku.

Terlalu cemas sehinggakan beberapa kali aku hampir tersungkur.

Sehinggalah hampir pitam aku saat sampai saja aku di tingkat yang seterusnya, tiba-tiba pintu di bahagian tangga aras itu terbuka.

Sebaik saja pintu itu terbuka, aku menjadi kaku. Rasa takut menguasai diri sehinggakan lutut dirasakan lemah, lembik saja kaki aku rasakan tika ini.

Beg tangan aku genggam kuat, siap sedia hendak mengeluarkan jurus hempuk sampai mampus.

Euphoria | JJKKde žijí příběhy. Začni objevovat