10

70 15 6
                                    

.
.
.

Walaupun Chopper di sisi aku sudah nyenyak tidur, aku masih tidak dapat memejamkan mata, terlalu asyik membelai dan memanjakannya yang tampak selesa tidur di ketiak aku. Sesekali aku menunduk, mengucup lembut pipi dan badannya yang berisi dan tak kalah gebu.

Bunyi dengkuran halus dan getaran perlahan dari tubuhnya bagaikan terapi buat aku, begitu menenangkan. Telefon pintar yang sejak tadi terbiar di sisi katil aku capai lalu dengan senyap, aku merakamkan beberapa keping gambar milik Chopper.

Tersengih aku bila Chopper mengeliat gedik sebelum kedua-dua belah tangannya menekup wajahnya sendiri, macam tahu-tahu saja aku sedang mencuri rakam gambarnya.

Pada masa yang sama, kebetulan notifikasi mesej dari Jungkook masuk satu per satu muncul di bahagian atas skrin telefon aku. Kerap pula dia mesej aku sekarang.

<Jungkook
Chopper dah tidur ke?

Dah

Kalau aku nak video call boleh?

Tanpa sebab, aku mula berdebar sendiri sedangkan sudah terang lagikan bersuluh yang dia hanya mahu melihat Chopper.

Kalau kau tak nak tak apa

Eh taklah
Boleh je

Beberapa detik mesej aku itu terbaca, notifikasi adanya panggilan video masuk muncul di skrin telefon aku. Tanpa menunggu lama, panggilannya aku angkat.

Shit.

Spontan aku mencarut di dalam hati bila muka aku memenuhi ruangan skrin telefon pintar aku, menyerlahkan double chin aku. Cepat-cepat aku flip kamera phone aku.

Tak cukup menconteng arang di muka, aku menambahkan lagi bara di muka, kepanasan menahan malu bila aku baru perasan yang aku tengah sidai baju dengan seluar dalam aku dekat bawah kipas tepat di hadapan aku.

Cepat-cepat aku duduk bersila, kamera aku tujukan tepat hanya pada Chopper yang mengeliat bila gerakan spontan aku mengganggu lenanya.

"Apa yang kecoh sangat dekat sana tu? Kalau nak kata gempa bumi, rumah kau sebelah rumah aku je."

Dapat aku dengar omelan Jungkook dari speaker telefon. Melalui skrin telefon, dapat aku lihat dirinya seperti baru mengambil tempat duduk di atas kerusi. Gaya macam dekat dapur saja.

"Awak tak nampak apa-apa kan tadi?" Soalku meminta kepastian bila tengok muka blur dia sekarang.

"Tak. Tadi aku minum air."

Fuh, lega! Tertutup aib aku.

Tersenyum dia bila melihat Chopper. Gaya macam bapak-bapak tengok anak dia buat persembahan dekat sekolah. Padahal Chopper tengah terbongkang dekat tengah katil aku tayang lato-lato dia.

"Kenapa tak tidur lagi?"

"Sibuk tanya orang. Kau pun tak tidur lagi." Kutuknya selamba sebelum 100plus di tangan diteguk perlahan. Apa malam-malam minum air gas dia ni?

"Rumah awak blackout ke?" Soalku bila perasan rumah dia malap semacam, hanya berbekalkan cahaya kuning dari lampu yang tergantung di atas kepalanya.

"Taklah. Aku yang tak hidupkan lampu."

"Kenapa?"

"Malas." Balasnya selamba seraya berdiri. Membawa aku ke depan dapur gas pula. Telefonnya disandarkan entah pada apa, membiarkan aku menjadi satu-satunya penonton bagi acara memasaknya di dalam gelap.

Apa kejadahnya dia masak dalam gelap ni?

"Awak buat apa tu?"

"Ramen. Kau nak? Kalau nak aku hantar pergi sana." Punyalah santai dia mempelawa, sedangkan sekarang sudah menginjak ke pukul dua pagi.

"Eh tak payah! Awak lapar ke?"

"Taklah. Saja nak habiskan ramen ni, alang-alang dah nak expired."

Pelik-pelik jelah dia ni.

"Dah-dahlah tu tunjuk Chopper punya telur dekat aku. Bosan dah aku tengok hari-hari, gentel pun dah."

Hampir tergelak aku mendengar luahan hatinya itu.

"Habis tu nak tunjuk apa?"

"Apa salahnya tunjuk diri sendiri."

Amboi, berkias tapi lurus.

"Saya tengah selekehlah."

"Ceh. Ingat aku boyfriend kau ke nak kena cantik-cantik depan aku?"

Seiring perbualan kami, dapat aku lihat dirinya sudah mematikan dapur gas sebelum dirinya sibuk menghidang ramen buatannya sendiri.

Alang-alang dia tengah sibuk dengan hal dia sendiri, aku curi peluang itu dengan mengubah fokus kamera ke kamera depan, membiarkan diri aku pula ditayang pada skrin telefon.

Serentak dengan itu, bagaikan sedar dengan perbuatan aku, lantas Jungkook menoleh. Entah aku gila atau dah mengantuk sangat, dapat aku lihat dia tersenyum sebelum pantas saja dia kembali menunduk, menyembunyikan senyumannya. Ah, salah tengok gamaknya.

Dari ramen dialihkan ke dalam mangkuk sampailah Jungkook sudah mengambil tempat duduk di meja makan, aku masih setia memerhatinya tanpa bosan. Dia pula langsung tidak mengabaikan aku, dia seolah-olah membawa aku sekali bersamanya. Ambil sudulah, chopsticklah, isi airlah, sehinggalah dia duduk semula di meja makan.

Setelah telefonnya diletakkan di tepinya, dia melihat tepat ke arah kamera.

"Eh, aku tak matikan lagi eh?" Soalnya, jelas bergurau. Bila aku tayang muka tak puas hati, spontan dia tergelak.

"Kau untung tau dapat tengok aku buat semua ni."

"Tak ada maknanya."

Komen malas nak layan aku dia balas dengan hanya sengihan. Kali ini masing-masing diam sementara dia mula hendak menjamah ramen yang dibuatnya sendiri tadi.

Baru perasan bateri phone aku hampir mati, cepat-cepat aku capai wayar charger di tepi katil.

"By the way, pasal Sohee peluk aku tadi.."

Terdiam terus aku bila suara garaunya menyapa perlahan gegendang telinga aku.

Dapat aku lihat di skrin telefon, dirinya hanya diam menunduk, tangannya tampak sengaja dibuat-buat sibuk mengacau ramen di dalam mangkuk yang masih berwap di hadapannya tika itu.

"Jangan risaulah. Saya tak akan bagitahu pihak atasan cuma saya harap lepas ni, awak nasihatkan teman wanita awak untuk jaga batas bila di khalayak ramai. Susah nanti kalau ada yang bawa cerita."

"Dia bukan kekasih aku."

Terdiam aku tatkala suara garaunya, tenang namun tegas memperbetulkan tanggapan aku tentang siapa Han Sohee untuk dirinya.

Kalau betullah perempuan itu bukanlah siapa-siapa pada dirinya, apa pula maksud bagi setiap mesej yang aku baca di telefon pintarnya siang hari tadi?

"Dahlah, aku nak tidur. Sorry kacau kau."

Tanpa ucapan selamat tinggal apatah lagi selamat malam, terus dia mematikan panggilan di antara kami. Ucapan maafnya pun, jelas hanya terzahir di bibir, bukan dari hati. Wajahnya pun berubah suram.

Tiba-tiba aku rasa bersalah. Gara-gara aku, dia hilang selera makan dan emosinya mendadak berubah.

Euphoria | JJKWhere stories live. Discover now