4

87 13 10
                                    

.
.
.


"Pihak Ferrari akan buat majlis secara besar-besaran di Itali hujung bulan ini sempena kemunculan pertama Jungkook sebagai pelumba mereka. Semua wakil media dari serata dunia akan hadir juga nanti."

Aku mengangguk faham. Apple pencil di tangan lincah bergerak di atas skrin iPad milik aku, mencatat maklumat-maklumat yang penting agar aku tak terlepas pandang.

Berbeza pula dengan Jungkook yang duduk di sebelah aku tika ini. Sejak tadi dia hanya diam sambil berpeluk tubuh.

"Selama seminggu nanti, Jungkook akan duduk di hotel yang sama majlis tu akan berlangsung nanti."

Sekali lagi aku mengangguk.

"Tempat penginapan awak pun dah disediakan."

Terus terangkat kepala aku. Spontan semua mata tertuju pada aku, termasuk Jungkook di sebelah aku.

"Terima kasih." Risau orang kata aku bisu pula dari tadi tak cakap apa, hanya terangguk-angguk, kali ini aku bersuara.

"Setakat ini, itu sajalah yang saya nak sampaikan. Ada apa-apa soalan?"

.
.
.

Hari ini, pertama kalinya aku balik lewat kerana aku menyiapkan semua kerja aku yang tergendala gara-gara mesyuarat tadi.

Padahal boleh saja aku sambung buat esok tapi dah alang-alang tengah rajin.

Meremang bulu roma bila boleh dikatakan hanya tinggal aku di dalam bangunan ini sekarang.

Rata-rata staff semua dah balik. Yang tinggal mungkin hanya security guard dan mereka yang kerja lebih masa.

Masuk saja ke dalam lif untuk turun ke tempat parking di bahagian basement, cepat-cepat aku tekan button agar pintu lif tertutup rapat.

Dahlah tinggal aku sorang dekat aras ni. Tadi buat kerja langsung tak perasan. Dah macam ni tahu takut.

Button di dinding lif bagi aras yang menempatkan basement parking aku tekan. Aku dah mula seram sejuk bila lif berhenti di aras 5.

Ting!

Sebaik saja pintu lif terbuka, terlihat seorang lelaki sedang menunggu di hadapan lif.

Dia.

Jeon Jungkook.

Sebelah tangannya memegang helmet sementara sebelah tangannya lagi sedang menyarungkan jaket kulit ke tubuhnya.

Dapat aku lihat riak wajahnya yang turut sama terkedu dengan pertemuan mengejut kami ini sebelum muka poyo kembali dia tayang.

Aku pun apa lagi, tayang muka berlagak jugalah. Pada masa yang sama dia melangkah masuk ke dalam lif.

Dia jeling aku, aku jeling dia balik.

Sementara menunggu lif sampai di aras basement, masing-masing diam.

Aku buat-buat termenung sementara dia masih sibuk memperkemaskan posisi jaket kulit yang sudah tersarung elok pada tubuh tegapnya.

Setelah pintu lif terbuka, terus dia mengatur langkah terlebih dahulu keluar dari lif dan diikuti oleh aku. Masing-masing membawa haluan sendiri walaupun hakikatnya destinasi kami sama.

Euphoria | JJKWhere stories live. Discover now