16

96 12 0
                                    

.
.
.

Ditinggalkan sendirian, memberi peluang untuk aku meneroka jauh dari realiti dunia. Semua yang aku dengar tadi bagaikan tidak masuk akal di fikiran aku namun pada masa yang sama bagaikan bebanan berat menghimpit dadaku.

Tanpa mempedulikan Jungkook yang kembali menghampiri aku, panahan mataku masih aku lempar jauh ke luar jendela berdekatan aku. Sepertinya tidak mahu mengganggu aku, dirinya hanya diam mengambil tempat berdiri di hadapan katil aku.

Untuk seketika suasana di antara kami di dalam wad persendirian itu dirasakan sunyi sepi.

"Ibu awak tahu?" Perlahan aku bersuara tanpa memandangnya. Secara halus dia memberikan jawapan buat soalanku itu dengan kebisuannya.

"Aku cuma cakap kau tak sihat." Jelasnya perlahan, menegah apa yang bermain di dalam fikiranku.

"Tipu." Usai sebaris kata itu meniti di bibirku, barulah mata aku melirik ke arahnya, membalas tajam renungan matanya.

"Tengok cara dia layan saya pun saya tahu dia cuma kesiankan saya. Sama macam awak."

Terlihat dirinya hanya diam, menatapku tenang, sepertinya rela dimarahi oleh aku.

"Saya berterima kasih pada awak dan ibu awak tapi saya tak suka bila awak berdua layan saya dengan rasa simpati. Kalau betul awak buat semua ni hanya kerana awak kesiankan saya, awak boleh pergi." Suaraku bergetar perlahan, menahan tekak yang dirasakan perit.

"Then I have the right to stay."

.
.
.

Seolah-olah tak terkesan dengan perang dingin yang aku lancarkan, selamba saja gayanya dia menemani aku sepanjang hari ini.

Tahu yang aku tak mahu bercakap dengannya, dia pun turut sama lancarkan perang bisu. Diam saja sepanjang temankan aku di dalam wad ni. Cuma sesekali dia keluar entah ke mana tapi tak ada pula aku hendak ambil tahu.

Sehinggalah hampir habis waktu melawat, barulah dia bercakap dengan aku, itu pun sekadar nak beritahu aku yang dia nak balik.

"Aku balik dulu. Kejap lagi omma aku sampai."

Sama macam tadi, aku langsung tidak memandangnya. Sehinggalah dari ekor mata, dapat aku lihat tangannya menyelitkan sesuatu di bawah sisi selimutku sebelum dirinya pergi tanpa sebarang kata.

Bila mana dirinya hilang dari balik pintu wad yang sudah tertutup rapat, barulah aku menunduk merenung lama bahagian sisi selimutku itu.

Dengan hati yang masih berbelah bahagi cuba untuk mempertahankan ego sendiri, lambat-lambat tangan aku meraba permukaan bawah sisi selimutku itu.

Perlahan-lahan tanganku terhenti tika telapak tanganku menyentuh permukaan semacam kertas.

Lantas kertas kecil itu aku bawa keluar dari bawah selimut. Sekeping gambar polaroid.

Spontan bibirku mengukirkan senyuman halus tatkala melihat gambar itu. Gambar Jungkook sedang tersenyum sambil memegang seekor anak kucing yang warna bulunya sama persis seperti Chopper. Pasti ini gambar Chopper sewaktu kecil.

Kecilnya Chopper di dalam gambar itu, hanya sebesar telapak tangan Jungkook. Wajah Chopper tampak keliru di sisi wajah Jungkook yang sedang tersenyum lebar menampakkan gigi arnabnya.

Satu anak panah dilukis di tepi wajah Chopper lalu menunjuk ke arah sebaris tulisan yang ditulis menggunakan pen marker hitam.

Get well soon, akak!

Euphoria | JJKWhere stories live. Discover now