13

91 13 0
                                    

.
.
.

"Nanti tengoklah macam mana. Kalau tak jem, saya singgah."

Akhirnya aku di sini, di tempat duduk penonton bersebelahan litar. Seorang diri aku duduk di situ, memerhati satu-satunya kereta yang sedang dipacu laju di litar sekarang. Menderu laju dengan deruman enjinnya yang kuat memenuhi segenap ruang litar ini.

Mata aku lirikkan pula pada skrin besar LED berdekatan aku.

RACER 01
JEON JUNGKOOK

Seperti yang aku tebak, sememangnya dia yang sedang memandu di litar sekarang. Seperti yang dia mahukan, di bahagian penonton ini aku melihatnya membuat latihan pusingan litar.

Beberapa kali dia membuat pusingan, kini perlahan-lahan kereta lumba merah Ferrari itu mengambil tempat keluar dari litar memasuki bahagian garaj.

Dari tempat duduk penonton yang tidaklah jauh mana dari garaj itu, aku hanya memerhati Jungkook dari jauh.

Ringan saja tubuhnya melompat keluar dari bahagian tengah kereta lumba itu. Tak dapat aku agak riak wajahnya sekarang sehinggalah dia membuka full face helmetnya dari terus menutupi keseluruhan wajah dan kepalanya.

Wajahnya jelas kemerah-merahan, kerutan wujud di dahinya menahan lelah namun senyuman tetap terukir di bibirnya bila jurulatihnya datang menegur. Pasti jurulatihnya sedang memuji kecekapan pemanduannya tadi. Spontan aku turut sama tersenyum dari jauh.

Rambutnya yang melekap di dahi dek peluh yang membasahi wajahnya diraup ke belakang, pada masa yang sama terlihat dirinya cukup fokus mendengar bicara jurulatihnya. Sesekali dirinya mengangguk kecil tanda faham seraya mengelap peluhnya sendiri dengan tuala kecil.

Entah bagaimana, mungkin juga kerana perasan dirinya diperhatikan, tanpa diduga sepasang matanya melirik sekilas ke arah aku.

Sedar yang berada di hadapannya sekarang adalah aku, sekali lagi dia melirik ke arah aku, namun kali ini pautan mata antara kami dibiarkan lebih lama sebelum bibirnya mengukir senyuman untuk aku.

Namun cepat-cepat dia meleraikan pautan mata antara kami bila sedar yang jurulatihnya masih tak henti-henti bercakap dengannya. Dapat aku lihat bibirnya diketap menahan senyum. Tanpa sedar aku turut sama menahan senyum.

Selesai berbual dengan jurulatihnya, berlari-lari anak dia menghampiri aku sebelum dia melompat naik duduk di sebelah aku. Tersengih dia melihat aku sekarang sebelum dia kembali mengelap peluhnya.

"Dah lama ke sampai?" Soalnya seraya menunduk, mengelap peluh di belakang tengkuknya.

"Lamalah juga. Sempatlah juga tengok orang tu buat sampai tiga round."

Tersengih lagi dia mendengar jawapan aku.

"Nak air? Saya beli dekat vending machine tepi tu. Tak buka lagi. Minumlah." Botol air mineral yang aku beli tadi aku hulurkan padanya.

Pada mulanya dia hanya diam melihat huluranku sebelum lambat-lambat dia mengambil botol air itu dari tangan aku.

"Terima kasih."

Dengan senyuman aku hanya mengangguk kecil sebelum pandangan aku lemparkan ke hadapan semula tika dia mula meneguk air di sebelah aku.

"Ingatkan tak nak datang." Usiknya buatkan aku kembali menoleh ke arahnya.

"Kesian orang tu balik lambat, kenalah datang bagi semangat." Balasku buatkan dia tertawa perlahan. Murah pula dia dengan senyuman malam ni eh?

Euphoria | JJKWhere stories live. Discover now