2

105 18 14
                                    

.
.
.

"Jeon Jungkook. Awak mesti dah tahu tentang dia kan?"

Fail yang penuh dengan maklumat peribadi milik atlet bernama Jeon Jungkook itu aku belek setiap helaiannya satu per satu sebelum sepasang mata aku berakhir lama pada gambarnya.

"Pihak pengurusan dia juga yang sponsor apartment awak sekarang. Mereka yang berkeras nak pastikan agent dia sentiasa ada berhampiran dengan dia, memudahkan urusan katanya."

Fail di tangan aku tutup.

"Sepatutnya dia datang hari ni untuk capai kata sepakat dengan awak dan tandatangan surat persetujuan tapi pihak pengurusan dia kata dia tak dapat datang ke sini hari ni. Sebaliknya mereka minta awak yang ke sana jumpa dia."

"Ke mana?"

"Litar."

.
.
.

Bunyi enjin kereta menderum kuat bagaikan guruh memenuhi ruang litar lumba itu. Dari hadapan garaj ini dapat aku lihat kereta Ferrari berwarna merah sedang menderu laju di atas litar berhampiran aku.

Beberapa kali kereta itu membuat pusingan di hadapan aku. Cukup pantas sehinggakan tubuh aku dirasakan hampir melayang ke sisi setiap kali pacuan empat roda itu melintasi hadapanku.

Setelah pusingan yang keempat, barulah kereta itu dipandu perlahan keluar dari litar, memasuki ruangan garaj berhampiran aku.

Usai Ferrari F1-75 itu berhenti tepat di tengah-tengah garaj, terlihat dia melompat keluar dari kereta itu dengan helmet dan suit racer masih tersarung pada kepala dan tubuhnya.

Dia.

Jeon Jungkook.

Pada masa yang sama, cepat-cepat pit crew yang lain datang menggerumuni kereta itu untuk menukar tayar dan lain-lain servis bagi penyelenggaraan kereta.

Terlihat Jungkook mengatur langkah menghampiri jurulatihnya. Pada masa yang sama, helmet di atas kepalanya dibuka, menampakkan rambutnya yang basah menutupi dahi dan wajahnya yang berpeluh dan memerah, kepanasan.

Terukir senyuman lebar di bibirnya, menampakkan barisan giginya yang cantik usai dirinya dipuji oleh jurulatihnya sendiri.

Helmet dikepit di bawah ketiaknya lalu sarung tangannya pula dibuka. Pada masa yang sama dirinya masih berbual dengan jurulatihnya.

Setelah itu, rakan-rakan pit crew yang sudah selesai menyelenggara keretanya pula dia hampiri dengan senyuman melebar sebelum mereka berpelukan sebagai satu kumpulan.

Dapat aku lihat keakraban mereka saat itu. Berbual dengan sengihan di bibir. Sesekali bahu rakannya ditumbuk perlahan diikuti dengan tawa, gaya lelaki bila bergurau dengan kawan sendiri.

Sehinggalah sepasang matanya secara tak sengaja beralih tepat ke arah aku. Renungan mata antara kami dibiarkan bertaut seketika sebelum dia terlebih dahulu mengalihkan pandangan matanya.

Untuk seketika dia berbual dengan rakan-rakannya sebelum langkahnya diatur menghampiri aku.

Sampai saja di hadapan aku, rambutnya yang masih basah menutupi dahinya diraup ke belakang.

"Choi Yerim?" Soalnya. Dapat aku lihat dengan jelas wajahnya yang masih basah dek peluh dan memerah. Titisan peluh masih menitik di dahinya.

"Ya."

"Tunggulah dekat sana. Aku nak tukar baju sekejap."

.
.
.

Euphoria | JJKWhere stories live. Discover now