RAEZ♥️ANISA:BAB 3

21.1K 777 65
                                    

Sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador warna black matte menyusur masuk perkarangan banglo mewah Ustazah Khadijah dan berhenti di dalam kotak parking yang disediakan. Raez melangkah keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu disebelah penumpang hadapan. Dia membuka pintu kereta khas untuk anak perempuan kesayangannya.

"Mia tak sabar nak bagi hadiah ni dekat nenek." Kata Mia teruja sambil memegang tali bag kertas berwarna coklat. Dia berlari anak menuju ke pintu utama rumah banglo mewah ini.

"Hati-hati, sweetcandy." Raez melangkah laju mengekori Mia yang semakin jauh di hadapan.

"Daddy, cepat la buka pintu ni. Mia tak sabar nak bagi hadiah dekat nenek." Mia mundar mandir di hadapan pintu.

Raez mengukir senyuman sambil menggeleng kepala melihat sikap tidak sabar Mia Batrisyia.

Daun pintu di utama rumah Ustazah Khadijah di tolak pelahan. Raez jenguk ke dalam rumah. Sunyi.

"Daddy? Bila nak masuk ni?" Merungut Mia yang berdiri di sebelah Raez menunggu pintu di buka luas kerana dia tidak sabar mahu menemui neneknya.

"Kenapa excited lain macam ni?" Raez menolak daun pintu luas memberi ruang kepada Mia untuk lalu.

"Sebab Mia tak sabar nak jumpa nenek." Balas Mia teruja.

"Nenek! Mia datang ni." Mia berlari mendekati Ustazah Khadijah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Ustazah Khadijah mengukir senyuman melihat wajah comel Mia.

"Cucu nenek datang la." Ustazah Khadijah tidak mampu bergerak aktif kerana kesan dari strok yang dia alami beberapa tahun lalu telah membataskan percakapan dan juga pergerakkannya.

"Happy birthday nenek. Mia ada beli hadiah untuk nenek. Special for you, nenek." Mia memanjat naik ke atas sofa empuk ini lalu dia menghulur bag kertas warna coklat kepada Ustazah Khadijah.

"Thanks, sayang. Hari jadi kita sama kan? Mia pandai macam daddy." Pipi Mia di kucup dengan penuh kasih sayang sambil pandangan matanya tertumpu ke arah tubuh tinggi lampai Raez yang sedang berdiri di hadapannya sambil memeluk tubuh.

"Raez jangan lama sangat dekat sini, balik sebelum ayah balik." Pesan Ustazah Khadijah, risau jika Raez bertembung dengan Tuan Daim Muhammad.

Raez mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata umienya.

"Kenapa Raez nak kena balik sebelum ayah balik? Raez memang nak jumpa ayah." Balas Raez, dia bukan lelaki lemah yang hanya tahu lari dari masalah.

Ustazah Khadijah melepaskan keluhan, bapa dengan anak sama-sama degil dan baran.

"Kenapa nak jumpa ayah? Raez tahu kan sekarang ni ayah benci sangat dengan Raez lepas apa yang berlaku or Raez lupa apa yang Raez dah buat?" Soal Ustazah Khadijah nada suara serius, dia merenung tajam ke arah wajah Raez Esmail yang berlagak biasa seperti tiada melakukan apa-apa kesalahan sedangkan dia telah melakukan satu kesalahan besar.

"Raez tak lupa pun." Balas Raez acuh tak acuh sambil berpaling ke arah lain, sesekali dia melepaskan keluhan.

"Ha?! Elok la tak lupa. Habis tu kenapa balik sini?!" Soal Tuan Daim nada suara meninggi sambil melangkah mendekati Raez.

Ustazah Khadijah maraup wajahnya, sekejap lagi pasti akan tercetusnya peperangan antara dua beranak ini.

Raez mendengus kasar mendengar kata-kata ayahnya, dia memandang ke arah Mia. Dia tidak mahu melihat persengketaan antara mereka.

"Sweetcandy, naik atas pergi main dengan abang Hans." Arah Raez lembut sambil mengusap pipi Mia.

Mia mengangguk pelahan, kemudian dia berlari meninggalkan ruang tamu ini. Dia takut melihat wajah bengis Tok ayah yang sedang memandang ke arahnya.

SOMEONE Where stories live. Discover now