RAEZ♥️ANISA: BAB 2

22.4K 660 23
                                    

Siren ambulan bergema di perkarangan Goldnessia hospital, sebuah hospital swasta ternama yang terkenal sebagai hospital pakar jantung terbaik. Antara hospital yang swasta yang lengkap dengan segala alatan canggih dan juga rawatan yang terbaik.

Anisa Ardella melangkah keluar dari lif sambil membawa beberapa jenis ubat menuju ke ward kardiologi. Tangan kanan memegang bakul kecil yang berisi beberapa jenis ubat manakala tangan kiri dimasukkan ke dalam poket baju jururawat berwarna putih ini. Dia mendekati kaunter jururawat yang terdapat ditengah-tengah ward kardiologi ini iaitu ward untuk pesakit yang ada masalah jantung.

"Banyaknya ubat? Ward mana punya ni?" Soal Haziqah terkejut melihat beberapa jenis ubat di dalam bakul kecil yang sedang di pegang oleh Anisa.

"Ward A210, ward Puan Raihana. Dia kan discaj sekejap lagi. Aku rasa bulan ni saja dua kali dia warded. Kes tak nak jaga makan la ni." Bebel Anisa sambil membelek laporan pesakit bernama Puan Raihana.

"Dia kan ada kedai makan, susah la nak jaga makan. Hari-hari mengadap makanan. Iman siapa kuat kalau mengadap benda yang sama." Balas Haziqah, sambil membelek beberapa dokument pesakit di hadapannya.

"Dr.Dayana dah penatkan membebel dengan dia tapi sama je. Kalau aku membebel nanti kata tak setaraf dengan dia. Dia mana nak layan jururawat macam kita. Dah la malas aku nak bebel pasal dia, aku nak pergi bagi dia ubat. Sekejap lagi nak round."

Anisa melangkah meninggalkan kaunter jururawat, dia berjalan menuju ke ward A210.

Tuk! Tuk! Pintu ward di ketuk sebelum dia melangkah masuk. Terukir senyuman di bibirnya walaupun Puan Raihana menghadiahkan jelingan maut. Pelbagai perangai pesakit yang dia temui hari ini.

"Encik Faiq, ini ada beberapa jenis ubat untuk Puan Raihana. Selepas saya cabut bracelet, boleh la bawa Puan Raihana balik." Ujar Anisa sambil mendekati Puan Raihana, dan menanggalkan gelang tangan yang akan dipakai oleh semua pesakit yang dimasukkan ke ward hospital mewah ini. Tujuan untuk mengesan jika pesakit hilang atau cuba melarikan diri.

"Awak tak nak ikut saya dan mama balik? Saya dah lama berkenan dengan awak." Kata Faiq anak sulung kepada Puan Raihana, dia sudah mula terpikat dengan Anisa sejak kali pertama mereka beertemu.

Anisa terkebil-kebil mendengar kata-kata lelaki muda ini. Beraninya dia berkata begitu di hadapan mamanya yang garang ini.

"Ish! Faiq cari la perempuan lain yang setaraf dengan Faiq. Mama tak nak nurse sebagai menantu. Cari la peguam ke, doktor ke tak payah la jururawat ni. Kerja mereka bukan seberapa pun." Bangkang Puan Raihana tidak setuju jika bermenantukan seorang jururawat kerana anaknya seorang peguam yang terbaik.

"Ha.. betul kata mama awak En. Faiq. Kita tak sepadan. Saya minta diri dulu ya." Anisa sebenarnya terasa hati dengan Puan Raihana yang memandang hina pekerjaan jururawat. Sedangkan jururawat la yang merawat dan menjaga makan minumnya di sini.

"Apa dia ingat kerja jururawat ni tak ada masa depan ke? Kalau bukan jururawat yang bagi dia makan ubat sepanjang tinggal dekat sini, siapa lagi nak buat? Cakap tak pandang depan belakang." Bebel Anisa geram sambil menepuk permukaan meja yang terdapat di kaunter jururawat ini.

"Kau bebel apa tu?" Soal Haziqah hairan.

"Anak Puan Raihana, Encik Faiq tu nak mengorat aku. Puan Raihana kata jangan sebab dia kata kerja kita ni tak seberapa. Geram pula aku dengar dia cakap macam tu. Dia tak tahu ke jururawat ni la yang tolak katil dia, bagi dia makan ubat, pastikan jantung dia tu stabil, layan karenah dia yang cerewet." Anisa melepaskan keluhan kasar. Walaupu semua itu memang tugas seorang jururawat tetapi hargai bukan menghina.

"Puan Raihana memang mulut pedas kan? Anak dia nak mengorat kau? Untungnya dah la handsome, kaya pula tu tapi mak dia tak suka pula. Kau tak suka ke laki macam En. Faiq tu?"

SOMEONE Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ