RAEZ♥️ANISA:BAB 15

21.8K 697 73
                                    

Anisa memandu keretanya memasuki perkarangan rumah Tan Sri Hashim. Harap hari ni mood maklong lebih baik dari semalam. Dia tidak mahu bergaduh dengan maklong kerana risau jika tanpa sengaja dia terbiadap dengan wanita itu.

Pelahan-lahan Anisa menolak daun pintu rumah banglo mewah ini. Dia memandang sekeliling, sunyi sepi seperti tiada sesiapa tetapi tadi dia lihat ada kereta Edrian di parking.

"Hai, dear. Baru balik kerja ke?" Soal Edrian yang baru melangkah keluar dari lif. Dia mendekatkan jarak dengan wanita idamannya.

Anisa mengukir senyuman. Edrian ini boleh tahan kacak tetapi kenapa masih bujang? Pasti dia terlalu memilih.

"Yup. Saya nak rehat la. Penat." Ujar Anisa sambil mengurut bahunya yang terasa lenguh.

"Kalau kita kahwin, I boleh tolong urut you. I akan jaga you, dear." Balas Edrian nada romantik. Mendekatkan lagi jarak antara mereka.

Anisa terkebil-kebil mendengar kata-kata Edrian. Dia mengundur menjarakkan diri dengan Edrian.

"Daddy setuju sangat tu. Apa kata Nisa kahwin je la dengan Ed. Lagipun kauorang berdua saling kenalkan. Lagi satu kalau Nisa berkahwin dengan Ed, tak payah takut pasal harta sebab Ed ni banyak harta." Kata Tan Sri Hashim sedang melangkah masuk ke dalam rumah.

Anisa buntu. Aduhai dia tersepit dia antara dua lelaki. Berkahwin dengan Edrian? Mana mungkin. Kerana dia tiada perasaan langsung pada lelaki ini.

"See.. daddy pun setuju kita berkahwin. I love you, Nisa." Edrian menatap lama wajah Anisa mengharapkan jawapan daripada wanita ini.

"Paklong, Nisa tak ready nak berkahwin la. Bagi Nisa fikirkan dulu la." Anisa cuba mengelak dari terus di desak berkahwin dengan Edrian.

"Tak apa paklong bagi masa pada Nisa. Malam ni, paklong nak celebrate birthday maklong. Nisa boleh join?" Tan Sri Hashim melangkah mendekati Anisa dan Edrian berdiri di tengah-tengah antara mereka berdua.

"Sorry, Nisa kerja malam hari ni. Hari jadi maklong ke? Nisa tak beli hadiah lagi."

"Jom ikut I shopping. I pun nak pergi hadiah mummy tapi tak tahu nak beli apa. You tolong I boleh? Please." Merayu Edrian mengharapkan pertolongan Anisa kerana dia tidak tahu apa yang sesuai untuk mummy.

"Okay juga tu. Kita pergi kejap je kan? Sebab hari ni saya keje malam."

"Yes dear, I janji sekejap je. Beli hadiah untuk mummy je, bakal mak mentua you." Edrian mengenyit mata pada Anisa, saja dia ingin menggatal dengan wanita idamannya ini.

"Elok la tu keluar berdua. Boleh berkenalan and Nisa tiba-tiba tukar fikiran setuju nak berkahwin dengan Ed. Lega hati paklong kalau Nisa berkahwin dengan Ed sebab kalau Ed buat perangai paklong akan belasah dia untuk Nisa." Kata Tan Sri Hashim sambil menepuk kuat belakang Edrian.

"Arghh! Sakit la daddy. Belum kahwin lagi daddy dah backup Nisa. Tak aci betul." Merungut Edrian apabila daddy memukul kuat belakangnya. Belum berkahwin lagi daddy dah backup Anisa, sudah berkahwin nanti tak tahu la apa nasibnya, dia anak tirikan agaknya.

Anisa ketawa melihat gelagat dua beranak ini. Mereka melayan dia seperti seorang puteri tetapi dia tidak mampu membuka pintu hatinya untuk Edrian.

"Jom, dear." Edrian membuka pintu untuk Anisa.

"Thanks. Awak baik sangat Edrian." Anisa segan apabila melihat sikap baik Edrian ini.

" Kan I dah cakap, I sanggup lakukan apa saja untuk you.As long as you happy. Because I love you so much dear." Edrian membuka pintu kereta untuk Anisa. Dia akan berusaha untuk mencairkan hati Anisa yang beku ini.

SOMEONE Where stories live. Discover now