RAEZ♥️ANISA:BAB 14

18K 792 101
                                    

"Arghhh!" Anisa menghentak kepalanya pada meja di pantry. Dia stress kalau kena mengadap muka Raez setiap hari macam ni. Semakin dia ingin menjauh, semakin lelaki itu datang mendekat.

"Kau apahal?" Soal Haziqah hairan. Dia yang sedang membancuh coffee terkejut mendengar jeritan Anisa yang tiba-tiba ini.

"Semua Raez punya pasal. Aku tak tahu la apa masalah dia tu. Tak ada rasa bersalah langsung dengan apa yang dia buat dulu." Ujar Anisa geram apabila mengenangkan sikap selamba Raez.

"Aku sebenarnya ada satu persoalan. Masa dia suruh kau tunggu 5 tahun lepas tu. Ada tak dia cakap dia sayang or cinta kau? Tak ada kan? Kau pergi bodoh diri tunggu dia buat apa? Aku bukan nak backup dia tapi buat apa kau nak tunggu something yang tak pasti. Lagi satu, dia pun tak tahu pun perasaan kau masa dia suruh kau tunggu tu. Sekarang ni aku pun tak tahu nak cakap siapa yang bodoh." Haziqah duduk berhadapan dengan Anisa, dia sudah lama ingin bertanya tetapi baru sekarang dapat peluang.

Anisa terdiam mendengar kata-kata Haziqah.

"Aku ingat dia cintakan aku, sebab tu aku tunggu. Aku dah lama simpan perasaan tu pada dia. Aku memang berharap ada jodoh aku dengan dia. Tapi tak sangka, after 5 tahun dia kenalkan aku dengan wife dia. Kenapa dia suruh aku tunggu kalau nak sakitkan hati aku." Sebak Anisa mengenangkan perasaannya hancur apabila Raez memperkenalkan seorang perempuan kepadanya.

"See... kau ingat dia cintakan kau. Hakikatnya? Kau tak tahu pun perasaan dia pada kau. Kau bodoh tunggu benda tak pasti tu dah kenapa? Sekarang kau yang kecewa sendiri. Tapi aku rasa dia suruh kau tunggu sebab dia nak beritahu dia cinta kau tapi dia tak pasti dengan perasaan kau pada dia, dan ada pula orang suka dia. Baik dia pilih yang confirm suka dia. Betul tak?" Haziqah mula membuat andaian.

"Tak kisah la apa yang kau nak cakap. Tapi bagi aku dia dah bagi harapan dekat aku selama 5 tahun ni. Sebab dia la aku tutup pintu hati aku untuk lelaki lain dan sebab dia la aku benci semua lelaki di dalam dunia ni." Bagi Anisa Raez telah memberi dia harapan yang tinggi hingga dia menutup pintu hatinya untuk lelaki lain.

"Kau yang perasan sendiri. Kau nak salahkan dia? Bagi aku, kalau dah dua tahun orang tu tak contact kau, rasanya tak payah tunggu dah. Tapi kau still nak tunggu walaupun dia tak contact kau almost 5 year. Jangan jadikan diri kita bodoh sebab lelaki. Aku tak setuju kau nak salahkan dia 100% dia tak tahu perasaan kau dan kau tak tahu perasaan dia. Lepas tu kau acah-acah dikecewakan." Ujar Haziqah geram dengan sikap Anisa tidak sudah menyalahkan Raez.

"Kau ni kawan siapa? Aku ke dia? Apahal kau backup dia? Dia salah sebab bagi aku harapan la lepas tu kahwin dengan orang lain." Marah Anisa apabila Haziqah membela Raez, lelaki yang dia benci.

"Memang la aku kawan kau tapi aku geram sebab kau bodoh kan diri kau tunggu benda yang tak pasti. Kau sendiri cakap dia tak pernah pun cakap dia cinta kau. Dia just suruh kau tunggu je. Kau boleh je tak payah tunggu dia sebab kau sendiri tak pasti perasaan dia pada kau."

Anisa melepaskan keluhan kasar. Kenapa Haziqah salahkan dia di dalam hal ni? Raez yang salah sebab bagi dia harapan seperti ada sinar antara mereka dia setia menanti tetapi hatinya di permainkan.

"Apa pun kau nak cakap aku tetap benci dia. Dia lelaki pertama aku cinta dan dia lelaki pertama aku benci." Tegas Anisa sambil membawa secawan coffee melangkah keluar dari pantry ward Kardiologi ini.

"Sakit hati kau sebab dia bagi harapan palsu, tapi sakit lagi perasaan dia sebab kehilangan wife dia. Walaupun dia dah selamatkan nyawa kau pun, kau still tak boleh nak move on dengan apa dia buat dekat kau? Kalau hati tu dah hitam, memang susahkan nak nampak kebaikan orang lain. Betul la kata orang kerana satu kesalahan tertutup semua kebaikan yang pernah dilakukan. Aku malas nak bergaduh dengan kau, aku nak pergi round tengok patient."

SOMEONE Where stories live. Discover now