RAEZ♥️ANISA:BAB 10

20.4K 725 79
                                    

Raez melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia melurut tuala yang di pakai ini dan dia berdiri bawah shower. Air turun jatuh membasahi kepala dan keseluruhan badannya. Lama Raez termenung di bawah air shower , dia menghulur tapak tangan di bawah mesin sabun automatik. Apabila sabun sudah di tapak tangannya, Raez menyapunya pada seluruh badannya. Apabila sudah berasa bersih dan sempurna, Raez mengelap badannya dengan tuala lalu dililitkan tuala itu pada pinggangnya menutup bahagia pusat hingga ke lutut, di biarkan eighpack miliknya terdedah. Dia melangkah menuju ke balkoni bilik, dia menarik nafas menikmati udara segar. Rumput  padang golf yang menghijau dan terbentanh luas di belakang rumah banglo ini, menenangkan fikiran sesiapa yang melihatnya.

Langkah kaki diteruskan menuju ke wardrobe. Kemeja berwarna hitam dan seluar slack warna sedondon di keluarkan dari dalam Alamari. Kedua-duanya di sarung pada tubuh tegapnya. Kemeja dimasukkan ke dalam seluar, agar kelihatan lebih kemas. Laci menyimpan tali pinggang di tarik pelahan. Tiba-tiba sekeping lukisan jatuh di kaki Raez.

Dia tunduk mengutip lukisan bersaiz A4 ini. Dia mengukir senyuman melihat lukisan pasangan romantik yang di lukis oleh arwah Inayya. Sebaris ayat membuatkan dia sebak.

"To My husband, Raez Esmail.Thank you for everything. Awak tak pernah gagal menjadi suami | yang baik dan daddy yang penyayang untuk anak saya. Jika saya tiada nanti, jaga la Mia seperti awak menjaga saya. Cari la dia, seseorang awak tunggu. Sava minta maaf kerana telah merampas awak daripada dia. Sava janji akan pulangkan awak pada dia.'
From: Inayya

Raez mengurut pangkal hidungnya yang mancung hingga Inayya meninggal dunia, wanita itu masih tidak mempercayai status Mia. Sedangkan sudah dia tegaskan Mia adalah anaknya, Mia Batrisyia Binti Raez Esmail. Dia menyimpan kembali lukisan itu di dalam laci. Semoga Allah menempatkan Arwah Inayya dikalangan orang beriman.

Tali pinggang kulit warna hitam di ambil dan lilit pada pinggangnya. Sambil berdiri di hadapan cermin Raez melipat lengan kemeja hingga paras siku. Minyak wangi jenama LV disembur pada leher, jam tangan jenama Rolex disarung pada pergelangan tangannya. Blazer warna hitam disarung pada tubuhnya.

Tiba-tiba Raez berasa seperti diperhatikan, dia menjenguk ke arah katil. Tiada sesiapa. Dia mengukir senyuman melihat sepasang kaki kecil di sebalik langsir sliding door yang menghubung antara bilik dan balkoni.

"Ermm..ada beli kinder tapi nak bagi siapa? Bagi Faris la." Raez mengeluarkan coklat kinder beuno dari laci tepi katilnya. Sengaja dia mahu mengumpan Mia agar keluar tempat persembunyiannya.

Bulat mata Mia mendengar perkataan 'Kinder'. Dia menyelak langsir dan berlari ke arah Raez.

"Nak.. jangan la bagi uncle Faris. I want kinder, daddy. Please.. daddy please." Merengek Mia sambil memeluk kaki Raez.

"Daddy mesti la bagi dekat my sweetcandy. Uncle faris tak boleh makan coklat, dia dah tua." Raez menghulur coklat kepada Mia. Kemudian dia mencapai kaca mata hitam di dalam laci khas dan di sarung pada wajahnya.

"Kalau uncle Faris makan coklat, nanti gigi dia hilang kan, daddy." Raez menahan ketawa mendengar kata-kata Mia. Dia tidak dapat membayangkan kalau Faris tanpa gigi.

SOMEONE जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें