BAB 3♥️

2.4K 254 20
                                    



MUSTAQIN menuruni tangga rumah sambil bersiul. Hari ini adalah hujung minggu. Jadi, dia ingin keluar bersiar-siar bersama kawan baiknya. Cop. Bukan kawan baik sangat pun. Lebih kepada musuh sebenarnya.

Adrian, birasnya.

"Mustaqin.. lewat balik semalam?" Terhenti langkah Mustaqin mendengar suara garau yang menerjah gegendang telinganya.

Dia menoleh ke arah ruang tamu. Kelihatan bapanya sedang membaca surat khabar manakala uminya senyum tipis padanya.

Mustaqin memejam mata kejap. Dia melangkah menghampiri Dato Laatif dan Datin Mariana. Dicium tangan orang tua mereka itu lalu dihenyak punggung diatas sofa.

"Semalam hujan. Taqin terpaksa berhenti di tempat berteduh." Dato Laatif mengangguk. Ditutup surat khabar lalu diletakkan ia diatas meja. Matanya mula fokus ke arah anak bongsunya. Diperhatikan pakaian Mustaqin dari atas hingga bawah.

"Nak keluar la ni?"

Mustaqin hanya mengangguk sahaja. "Dengan siapa?"

Berkerut dahi Mustaqin. Dia tidak suka jika seseorang sangat sibuk tentang hal dia. Tak kisah la sesiapa pun. Dia benci akan itu.

"Adrian."

"Ooh. Bukan ke Laith ajak jumpa ke hari ni?"

"Ada.. tapi Taqin ada hak sama ada nak jumpa Laith atau tidak kan? Lagi pula Taqin tak ada apa-apa nak dibincangkan lagi dengan Laith."

Dato Laatif memandang anaknya. "Taknak belajar dengan Laith ke cara untuk jadi CEO?"

Datin Mariana melepas segugus keluhan. Dia yakin pasti anaknya itu sakit hati dengan soalan itu.

"Abi, Taqin dah beritahu banyak kali pada abi. Yang Taqin tak berminat nak jadi CEO. Banyak tanggungjawab dia, abi... Taqin lebih memilih nak jadi orang biasa je.. bekerja dibawah syarikat orang lain.. can you understand me?"

Dato Laatif mendengus. "Kenapa malas sangat nak usaha ni? Tak boleh ke Taqin banggakan abi?"

"Kenapa? Kalau Taqin bekerja dibawah orang lain, ia bermakna Taqin failed ke? Loser? Macam tu fikiran abi? Bukannya Taqin buat kerja tak senonoh pun. Bukannya Taqin tanam anggur pun. Pemikiran abi ni salah ni.."

Ujar Mustaqin sambil menggeleng kepalanya. Dato Laatif memejam mata kejap.

"Taknak banggakan Tiara ke?"

Berkerut dahi Mustaqin. Haa ini yang lemah ni. Kalau abi dah start sebut nama Tiara, Mustaqin mudah sahaja mengalah..

"Dia okay.. dia terima Taqin seadanya. Dia bangga Taqin bekerja dengan usaha sendiri."

"Yeke? Taqin kena ingat.. semua perempuan suka lelaki yang bekerjaya tinggi. Kebanyakan mereka pilih CEO supaya hidup mereka lebih terjamin."

Mustaqin mencerlung bapanya. "Yeah. Semua perempuan kecuali Tiara."

Dato Laatif melawan panahan mata Mustaqin. Sungguh dia geram dengan anaknya itu. Degil! Tak dengar cakap dia.. susah betul nak jaga dan didik si Mustaqin ni..

"Kenapa Taqin yakin sangat pasal tu? Tiara nak ke pada Taqin?"

Mustaqin mengetap bibir mendengarkan itu. Dato Laatif senyum sinis. "Tak kan? Dia taknak pada Taqin. Sebab apa? Sebab Taqin tak ada pangkat tinggi. Susah perempuan nak lekat."

Mustaqin mendengus. Dia bangun dari duduknya sambil mata mencerlung bapanya.

"Maaf abi. Antara abi dan Taqin, Taqin lebih mengenali Tiara. Taqin dah berkawan dengan dia selama 3 tahun. Taqin kenal Tiara macam mana. Dia bukannya materialistik seperti perempuan lain. Walaupun dia masih tiada perasaan cinta pada Taqin, tapi Taqin akan pastikan dia jatuh cinta pada Taqin."

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Where stories live. Discover now