BAB 10❤️

1.8K 265 47
                                    



PUKUL 10 pagi Mustaqin sudah tercegat dihadapan kafe Tiara. Dia diberikan MC dari tempat kerjanya, jadi dia terus datang berjumpa Tiara.

Hehhe rindu. Semalam dah tak jumpa.. jumpa pun tengah hari tu je. Lepas tu Tiara menghilang.

Mustaqin turun dari motornya lalu mengemaskan sedikit rambut pacak nya itu.

Berkerut dahi Mustaqin tatkala kafe Tiara masih tutup ketika ini. Kebiasaannya Tiara sudah berada disini pukul 9:30 pagi. Tapi hari ni?

Lewat pula..

"Mana dia pergi? Tak masuk kerja ke hari ni?" Tanya Mustaqin yang sedang menilik jam ditangan. Kejap-kejap dia mengibas wajahnya yang sedikit panas kerana cuaca di pagi ini agak membahang berbanding biasa.

Mustaqin berdecit. Diambil telefonnya lalu dia menelefon Tiara. Dilekapkan telefon ke telinganya dengan dahi berkerut tatkala Tiara tidak menjawab panggilannya.

Mustaqin memejam mata kejap. "Kau jangan cabar kemarahan aku, Tiara.." bisiknya sendirian sambil menaip telefonnya.

Pelik. Tiara seakan-akan menghindar darinya ketika ini. Tak tenteram Mustaqin dibuatnya jika Tiara melakukan hal ini tanpa sebab.

Mustaqin mengangguk. "Taknak jawab eh? Fine." Mustaqin naik semula ke motornya lalu dia mula keluar dari kawasan itu.

Nak ke satu tempat.

Tempat yang dia pasti Tiara berada disitu.

*:・゚✧*:・゚✧

TERPEJAM mata Tiara tatkala terdengar seseorang mengetuk kuat pintu rumahnya ketika ini. Dan.. dia kenal siapakah gerangan itu..

"Buka Tiara! Aku tahu kau ada dalam rumah! Buka sekarang sebelum aku terajang pintu rumah kau!"

Tiara menarik nafas dan hembus perlahan. Ini la yang dia takut jika dia cuba melarikan diri dari Mustaqin.

Dia kenal Mustaqin bagaimana.. Mustaqin.. seorang yang overthinking. Jika Tiara mula mengelak, mula la lelaki itu mengamuk seperti sekarang.

"Kau nak bergurau dengan aku ke Tiara? Kau nak sorokkan diri dari aku ke sekarang?!"

Terhinjut bahu Tiara ketika ini. Tangan naik mengusap dadanya. Dia masih lagi berdiam diri ketika ini.

Dia.. tidak mahu Mustaqin tahu bahawa dia sedang menyorok.. kerana itu juga lah dia tidak membuka kafenya pada hari ini.

Dan dia sudah memberitahu Aariz bahawa dia sakit perut. Kerana itulah kafe terpaksa ditutup.

"Aku serius sekarang, Nur Tiara! Aku kira sampai tiga je. Kalau kau tak buka juga, memang aku terajang pintu rumah kau!"

Tiara mengeluh mendengar itu. Kaki mengorak langkah ke pintu rumahnya. Tangan mula berpeluh tatkala dia menyentuh tombol pintunya.

"Buka Tiara. Kau kenal aku macam mana kan?"

Tiara menarik nafas dan hembus perlahan. Dipulas tombol pintu rumahnya lalu dikuak pintu itu.

Mustaqin yang sedang berpeluk tubuh dihadapan Tiara mencerlung Tiara yang sedang menatapnya.

"What's wrong with you? Kenapa macam larikan diri dari aku je? Aku bukan peminta hutang tau sehingga kau menyorok dalam rumah seperti ini."

Tiara berdehem. "Maaf, saya tidur tadi."

Mustaqin gelak sinis. "Jangan bohong aku. Aku kenal kau. Kau tak pernah tidur sehingga pukul 10 macam ni."

Tiara senyum kekok. Dia lupa bahawa Mustaqin tahu tentangnya walau perkara kecil sekalipun.

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Where stories live. Discover now