BAB 8❤️

1.9K 253 76
                                    



BERDESIS Mustaqin tatkala nurse membalut lukanya ketika ini. Peluru sudah dibuang sebentar tadi dan sekarang nurse perlu membalut sahaja. Tiara pula setia menunggu Mustaqin. Sedari tadi dia risau akan Mustaqin.

Pada awalnya, dia tidak tahu menahu soal ini. Namun setelah jirannya mengatakan bahawa lelaki yang ditangkap polis itu adalah Mustaqin, dia bergegas datang ke balai polis.

"Dah siap encik.. jangan banyak bergerak kalau taknak balutan tertanggal.." Mustaqin mengangguk sahaja mendengar itu.

Sempat nurse senyum kepada Tiara sebelum dia melangkah pergi meninggalkan pasangan itu.

Tiara melangkah ke arah Mustaqin lalu berdiri dihadapan lelaki itu. Mustaqin panggung kepala. Dia gelak perlahan melihat Tiara yang sedang tersebik dihadapannya.

"Aku okey.. setakat telan satu peluru je, takkan buat mati la." Tiara menarik hingusnya. Dia duduk di kerusi ditepi Mustaqin. Diperhatikan sahaja wajah Mustaqin yang comot dan berpeluh.

"Awak pukul orang ke?"

Mustaqin berdecit. "Tak ah.. aku ajak diorang main congkak je."

"Betul-betul la Taqin.. saya serius sekarang." Mustaqin menjeling riak serius Tiara. Nafas dihela perlahan. Dipusingkan tubuh menghadap Tiara.

"Ni urusan aku. Alah, perkara biasa la lelaki pukul memukul.. kau--"

"Awak pukul dia sebab saya ke Taqin?"

Mustaqin berdecit. Dipicit batang hidungnya.

"Tak la.. ak--"

"Saya kenal siapa yang awak pukul tu.. dia adalah lelaki yang hampir rogol saya.. dan saya dengar pihak polis kata yang awak pukul dia sehingga dia hampir mati. Semua tu sebab saya ke Taqin?"

Mustaqin menolak isian pipinya dengan lidah mendengar suara bergetar Tiara. Dia merenung mata berkaca Tiara.

"Tiara.."

"Jawab Taqin. Saya perlukan jawapan. Adakah ini semua sebab saya? Sebab saya ke awak pukul dia? Sebab saya ke awak..." Tiara perhatikan balutan di lengan Mustaqin.

Mustaqin mengeluh perlahan. Didongakkan dagu Tiara ke atas dengan jarinya.

"Tak.. bukan sebab kau. Aku cuma pertahankan maruah kau. Setakat pukul-memukul tu, perkara kecil je bagi aku. Dia bernasib baik dia tidak dikenakan hukuman hudud kerana berniat untuk merogol orang. Kalau aku tak buat macam tu, dia akan buat lagi hal terkutuk tu pada perempuan lain.."

Tiara mengangguk. "Tapi jangan la sampai sakiti diri awak sendiri.. saya tak boleh tengok awak sakit.."

Mustaqin senyum mendengar itu. Didekatkan wajahnya ke wajah Tiara sehingga kepala Tiara ke belakang.

"Hm? Tak boleh tengok aku sakit? Kenapa? Dah sayang aku?"

Tiara menggigit bibir. Tipulah jika dia tidak menyayangi Mustaqin.. hampir bertahun-tahun mereka berkawan.. pasti ada sekelumit perasaan kasih dia kepada Mustaqin..

"Awak nak makan apa-apa tak? Saya boleh belikan sebelum awak boleh discharge ni."

Mustaqin senyum senget. "Lari dari topik? Malu?" Bisik Mustaqin dengan mata masih merenung Tiara.

Tiara berdehem. Ditolak perlahan pipi Mustaqin menjauh. Tergelak Mustaqin ketika ini. Namun dia akur dengan Tiara. Mungkin Tiara malu kot..

Jika dia tenung tak lepas, mahunya pengsan anak orang tu..

"Sekejap saya cari makanan kejap." Tiara bangun dari duduknya lalu berlari-lari anak keluar dari bilik itu. Malu! Mustaqin tu tak beragak! Dekat hospital pun nak mengorat..

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Onde histórias criam vida. Descubra agora