BAB 11❤️

1.4K 261 23
                                    



BANGG!

TERHINJUT bahu Dato Laatif, Laith serta Datin Mariana mendengar hempasan pintu dirumah mereka.

Asalnya Dato Laatif dan Laith berada di tempat kerja, namun Mustaqin telah menghantar pesanan ke dalam group keluarga bahawa ada kecemasan yang berlaku.

Kerana itulah mereka berkumpul di rumah Dato Laatif ketika ini.

"Taqin? Kenapa ni? Emergency apa?" Tanya Dato Laatif kepada Mustaqin. Mustaqin meluru ke arah Laith dengan riak bengisnya.

Dia terus mencekak kolar baju Laith lalu menumbuk kuat rahang Laith.

"Taqin!" Jerit Datin Mariana mendadak. Dato Laatif pula menjegilkan mata ke arah Mustaqin. Manakala Laith mencerlung Mustaqin sambil mengusap rahangnya.

"Kau jangan ingat kau tu abang aku, kau boleh buat sesuka hati kau! Hidup aku adalah hidup aku! Jangan masuk campur dalam urusan aku kalau aku tak masuk campur hal keluarga kau!"

Berkerut dahi Laith. Datin Mariana pula mula berdebar melihat reaksi anak bongsunya. Dia sepertu sudah agak apa maksud Mustaqin.

"Lutfan Mustaqin. Cubalah behave sikit! Kenapa baran sangat sehingga pukul abang sendiri ni?!"

Marah Dato Laatif kepada Mustaqin. Mustaqin mencerlung bapanya.

"Puas? Dah puas belum beri amaran pada Tiara semalam?"

Terbuntang luas mata Laith dan Dato Laatif. "Apa? Tiara.. beritahu Taqin?"

Mustaqin gelak sinis. "Nak tunggu dia beritahu? Sampai mampus pun Taqin takkan tahu!"

"TAQIN! Kenapa kau kurang ajar sangat pada abi ni?!" Marah Laith tatkala Mustaqin melampaui batas.

Mustaqin mengangguk. "Ouh. Marah? Marah aku jerkah abi? Kenapa? Sakit hati bila aku jerkah? Eh, macam tu jugalah perasaan aku sekarang ni! Apa korang ingat aku tak ada hati dan perasaan ke?!"

Datin Mariana memejam mata kejap mendengar itu. Berkaca matanya melihat peluh di pelipis Mustaqin ketika ini.

"What? Taqin jadi macam ni sebab Tiara? Tiara dipersalahkan dalam hal ini sedangkan semuanya berpunca dari Taqin?!"

Dato Laatif menunduk mendengar itu. Manakala Laith hanya setia merenung wajah berkerut adiknya.

"Tiara tak minta pun Taqin pukul jantan keparat tu la! Taqin yang lakukan sendiri dengan niat Taqin! Taqin pukul mereka tanpa pengetahuan Tiara! Kenapa Tiara yang tak bersalah tu dipersalahkan pula?!"

Dato Laatif menggeleng. "Tapi Taqin pukul lelaki tu sebab Tiara kan? Jadi Tiara juga terpalit dalam hal ni.."

Mustaqin gelak sinis. "Bayangkan umi jadi mangsa seperti Tiara. Adakah abi akan berdiam diri? Taqin yakin abi akan buat perkara yang sama seperti Taqin. Dan adakah umi dipersalahkan jika abi pukul suspek yang melakukan perkara jijik tu pada umi? Jawab Taqin."

Bergetar suara Mustaqin ketika ini. Mata mencerlung bapanya yang sedang memandangnya. Datin Mariana pula mula menangis melihat pergaduhan mereka ketika ini.

Laith mengeluh perlahan. "Rilek Taqin.. kau kena faham maksud abi.. abi cuma taknak kau ikutkan perasaan sangat. Kau terlalu obses pada Tiara sehingga kau sanggup sakiti diri sendiri seperti ini.."

Mustaqin mencerlung Laith. "Obses? Ya! Memang aku obses pada dia! Tapi perlakuan aku semalam hanya untuk pertahankan maruah orang yang aku sayang! Salah ke aku pukul perogol? Kalau kau jadi aku, kau nak lepaskan mereka macam tu je ke?"

Terdiam mereka mendengar apa yang dikatakan Mustaqin ketika ini. Kerana perkataan Mustaqin ada benarnya juga. Silapnya kerana dia terlalu ikutkan amarah sehingga hampir masuk ke penjara.

"Diam? Baru terfikir apa yang Taqin fikir? Otak baru nak cerna ke apa yang terjadi semalam hm? Umi! Maruah umi! Maruah perempuan! Salah ke Taqin pertahankan maruah perempuan?!"

Tanya Mustaqin kepada Datin Mariana. Datin Mariana menggeleng. "Tak salah Taqin.. Taqin betul.." jawab Datin Mariana dengan esakan.

Menitis air mata Mustaqin mendengar itu.

"Ya. Dia patut bersyukur aku pukul dia macam tu je. Aku tak jahat lagi la Laith.. aku pukul untuk pengajaran. Bukan sehingga dia mati pun. Aku tak pukul kepala atau leher dia. Aku hanya pukul badan sahaja.."

Dato Laatif meraup kasar wajahnya. Dipejam matanya seerat yang mungkin. Sakit kepala dengan sikap degil Mustaqin ketika ini.

"Taqin.. cintakan Tiara.. susah ke untuk abi terima kenyataan tu?"

Dato Laatif mengeluh. "Tiara cintakan Taqin tak?"

Mustaqin mendengus. "Taqin tak pasti. Tapi apa yang abi perlu tahu, Taqin cintakan dia. Sangat-sangat. Jadi Taqin mohon, jangan cuba jarakkan diri dia dengan Taqin.."

"Semua ni untuk kebaikan kau Taqin. Kau terlalu taksub pada dia sehingga kau sanggup buat apa sahaja termasuk membunuh. Itu bahaya Taqin.. aku taknak kau jadi seperti itu sebab itulah aku dan abi halang Tiara dari berkawan dengan kau.."

Mustaqin mengangguk. "In the end, Tiara tetap juga dipersalahkan dalam hal ni kan?"

Laith mengeluh mendengar itu. Mustaqin mengangguk.

"Good! Semua orang boleh bahagia dengan cinta! Semua orang boleh bercinta dan berkasih sayang dengan orang yang mereka ingini! Kecuali Taqin! Taqin memang tak layak bahagia dengan orang yang Taqin sayang!"

Mustaqin mendepa tangan lalu gelak perlahan. Ditepuk tangannya ketika ini.

"Memang. Memang keluarga ni suka kawal kehidupan orang. Teruskan! Teruskan kawal Taqin sehingga Taqin gila! Teruskan lakukan hal ini sehingga Taqin bujang sampai ke mati! Memang dari dulu lagi keluarga ni strict! Selalu nak menang! Selalu nak suruh orang dengar arahan mereka!"

Mereka mengeluh mendengar perlian Mustaqin ketika ini.

"Keluarga yang narsistik!! Pentingkan diri sendiri dan kagumi diri sendiri tanpa berfikir tentang orang lain! Teruskan lah sikap korang ni! Sombong! Angkuh! Teruskan hidup seperti itu! Tapi jangan harap Taqin akan teruskan hidup dalam keluarga toksik seperti ini!"

Mustaqin menyepak kuat sofa diruang tamu sebelum dia melangkah keluar dari rumah dengan amarah yang menerpa diri.

Datin Mariana hampir terjelumpuk jatuh mendengar apa yang dikatakan Mustaqin sebentar tadi.

Laith memicit kepalanya. Dia berdecit perlahan.

"Aduh.. Taqin ni degil.."

Datin Mariana mencerlung anak sulongnya. "Sedegil-degil dia, dia berfikiran terbuka. Umi setuju dengan apa yang Taqin katakan tadi. Keluarga kita terlalu mengawal antara satu sama lain. Kesian Mustaqin.. hidup dalam derita seperti ini."

Dato Laatif dan Laith menunduk mendengar itu. Sedikit sebanyak dia terasa dengan apa yang dikatakan Mustaqin sebentar tadi.

Dato Laatif memejam mata kejap. Allah.. tolong keluargaku.. gumamnya dalam hati.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : May 19 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant