BAB 4♥️

1.8K 234 15
                                    



MUSTAQIN menyedut airnya seraya membelai rambut nipis anak saudaranya yang sedang duduk di ribanya. Bingit telinganya mendengar lagu Didi and friends yang dipasang oleh Lutfi.

Hmm dekat rumah pun Didi and friends. Dekat luar pun sama. Sakit kepala Mustaqin dibuatnya.

Lutfi adalah anak sulong kepada Laith iaitu anak abangnya. Dia lebih rapat dengan Mustaqin berbanding orang lain. Malah, Lutfi lebih memilih Mustaqin berbanding bapanya sendiri.

Kerana apa? Kerana senang Lutfi ingin membuli Mustaqin. Hakhak. Nakal budak tu..

Laith merenung adiknya yang hanya menayangkan riak mendatar. Dia mengeluh perlahan.

"Taqin.."

"Aku taknak dengar. Kalau kau datang sini untuk pujuk aku macam abi pujuk aku, lebih baik kau balik. Aku takkan terpujuk."

Laith memejam mata kejap. Dipicit kepalanya saat ini. Dia geram akan sikap adiknya itu yang seumpama tidak serius dalam segala hal.

Tiara hanya memandang dua beradik itu dari kaunter. Dia risau melihat riak tegang dua beradik itu. Tapi dia adalah orang luar. Adalah sebaiknya jika dia berdiri jauh dari mereka berdua.

Laith mencerlung adiknya. Dia mengalih pandangan ke arah Tiara yang sedang merenung mereka. Tersentak Tiara apabila matanya berlanggar dengan mata tajam Laith. Dia terus buat-buat mengira di kaunter.

"Tiara. Come." Panggil suara garau itu. Mustaqin yang sedang mencubit pipi tembam Lutfi panggung kepala ke arah abangnya dengan dahi berkerut apabila abangnya memanggil Tiara.

Tiara mengangguk. Dia cepat-cepat keluar dari kaunter lalu melangkah menghampiri Laith. Sempat dia senyum pada pelanggan yang sedang menikmati hidangan itu.

"Ya.. ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Tanya Tiara perlahan-lahan. Laith mengangguk.

"Aku nak kau bantu aku jawab soalan aku. Can you?" Berkerut dahi Tiara.

"Laith! Jangan libatkan dia. Dia tak tahu apa-apa." Celah Mustaqin seraya mencerlung abangnya. Laith mencebik lalu menjungkit bahu. Dia menoleh ke arah Tiara yang sudah sedia menjawab pertanyaannya.

"Jawab aku dengan jujur. Boleh?" Tiara mengangguk sahaja. Mustaqin mengetap bibir. Tangan dikepal kuat ketika ini. Lutfi yang perasan akan itu terus mendongak memandang bapa saudaranya.

Kedua tangan gemuknya menekup kedua pipi dan mengusap pipi Mustaqin. "Mama kata kena cabar(sabar).. ucu cabar okay? Lutfi ada.." pujuk Lutfi perlahan.

Mustaqin senyum tipis pada Lutfi. Aih. Kan dah kata.. Mustaqin cepat sejuk bila dengan Lutfi.. Lutfi ni pandai memujuk. Ni mesti ikut perangai Bunga ni.

"Kau nak ke lelaki yang tak ada hala tuju? I mean, lebih memilih bekerja dibawah orang lain berbanding usaha untuk membangunkan syarikat sendiri. Kau lebih memilih yang mana?"

"Laith!" Jerit Mustaqin dengan mata tajamnya. Laith hanya memandang Tiara. Dia langsung tidak memandang adiknya yang sedang mencerlung ke arahnya.

Tiara mengemam bibir. Apakah? Kenapa perlu tanya soalan ni? Soalan ni lebih susah dari soalan di kolej..

"Jawab aku. Kau lebih pilih lelaki low class atau lelaki yang dihormati orang? Choose."

"Dahlah Laith! Tak payah la nak libatkan dia!" Jerit Mustaqin lagi. Tiara mengemam bibir kejap. Laith menjungkit kening pada Tiara.

"Saya..."

Laith dan Mustaqin menanti jawapan Tiara.

"Err kalau saya jadi perempuan lain, semestinyalah saya pilih orang macam awak.. yang mempunyai kerja tetap.. dan.. CEO atasan."

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Onde histórias criam vida. Descubra agora