6

477 30 4
                                    

Daeng Jasmine mengetuk-ngetuk perlahan jarinya pada permukaan meja. Badannya disandarkan di kerusi empuk itu. Sesekali dia mengeluh bosan. Dia datang ke ofis suaminya hari ni hendak mengajak anak dan suaminya keluar makan tengah hari. Alih-alih dia jadi patung pulak. Waktu makan tengah hari dah mula 15 minit yang lalu. Suaminya dan anaknya pulak masih fokus pada kerja mereka.

Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu memesan food delivery. Kalau macam ni lah kejadiannya, baik aku order. Dah lah lapar. 3 set nasi ayam geprek dipesan dari Restoran Pak Mat.

BAM !

Bungkusan makanan sengaja dihempas kuat sedikit di meja depan suami dan anaknya. Merajuk sikit kena palau.

Terhinjut bahu dua beranak tu.
'' Allah yang.. apa hempas makanan camtu '' tegur Arwan pada isterinya.
'' Entah mummy ni, rezeki kot '' sambung Arzhael lagi.

Daeng Jasmine mencebik.
'' Dah korang tu asyik kerja je. Sekarang waktu lunch. Saya datang ni nak bawa keluar lunch ''
keluhnya sambil menyilang tangan di dada.

'' Nak bawa keluar lunch tapi pesan food delivery ? '' soal Arwan.

Daeng Jasmine menjulingkan matanya ke atas.
'' Lunch dah start 15 minutes ago, saya dah kebulur. Saya order lah '' bebelnya sambil membuka bungkusan plastik dan mengeluarkan tapau makanan.

Diletak satu-satu di depan suaminya dan Arzhael.

Arwan mengulum senyum. ' Dalam membebel pun tetap layan.'

Arzhael dah menjeling tengok daddy tersengih-sengih dengan isterinya.

'' Makan lah, tunggu apa lagi '' arahnya dengan nada sedikit menyampah.

Daeng Jasmine mencuit paha suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daeng Jasmine mencuit paha suaminya. Terkejut tiba-tiba dicuit, dia melihat isterinya. Keningnya diangkat tanda kehairanan. Daeng Jasmine menjuihkan bibirnya tunjuk ke arah Arzhael. Arwan masih tak faham. Dia menggaru kepalanya. Dia berfikir sejenak, mencuba memahami signal isterinya.

Selepas sesaat dua saat, baru dia dapat menangkap maksud isterinya. Sebenarnya ada tujuan lain isterinya pergi ke ofis pada hari ini.

Arzhael tidak perasan akan kelakuan laki bini itu kerana dia sedang bermain telefon.

Daeng Jasmine mengigit bibir dan matanya dibesarkan sedikit pada suaminya, menggesa dia bertanya pada anaknya.

Arwan menghembus nafas kecil. ' Haih, makan pun tak senang.'

Arwan batuk kecil melegakan tekaknya yang kering. '' Hael, how's work lately ? ''

Arzhael angkat kepala melihat pada daddynya
'' Ok je daddy.'' Sepatah dijawabnya lalu melihat telefonnya semula.

Daeng Jasmine menggigit bibir lalu menjegil pada suaminya. "Bukan soalan itu ! soalan lain ! " gumamnya perlahan sambil giginya dikertap.
' Geram pulak dengan orang tua ni.'

" Ermm.. weekend nanti ikut mummy dan daddy pergi majlis kesyukuran aunty Sameeha. Ingat aunty Sameeha tak ? " soal Arwan. Matanya mengintai riak muka anaknya.

" Aunty Sameeha ? hmm.. okay boleh " jawabnya lagi tanpa mengalihkan pandangan dari skrin telefon.

" Ehem... aunty Sameeha tu ada tiga orang anak perempuan kan bang... urm Calia, Enaya dan Eshaal kan.. kan bang.. kan.. kan.. " Daeng Jasmine menepuk-nepuk bahu suaminya. Minta sokongan.

" Haa? haa.. haaa.. betul betul. Ada tiga orang. cantik cantik semua. Tapi yang angah tu tak lama kahwin dah yang bongsu tu masih belajar muda dari Roan.. hah ! yang sulung tu Calia tapi tu-mmph" mulutnya laju ditutup isterinya. Tak payah kot sebut part umur tu.

Arzhael mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Kening berkerut. 'Mula dah orang tua ni, nak cucuk-cucuk lah tu' katanya dalam hati.

Dia bersandar di kerusi lalu menyilang tangannya.

" Nein (No), mummy daddy. Don't start this matchmaking thing or Hael tak teman mummy and daddy this weekend. Suruh Roan or the twin. Biar sesat satu KL ni diorang bawak. " ugut Arzhael seraya bangun dari kerusinya.

" Hael ada meeting lepas ni. Hael keluar dulu " ujarnya lalu menyalam mummy daddynya dan keluar dari pejabat daddynya.

Sebaik sahaja dia keluar, paha Arwan dipukul oleh isterinya
" Abang ni, perlu ke sebut Calia tu tua. Beza 2 tahun je kot " omel isterinya.

" Dah tu, nak saya cakap apa. Memang betul Calia tu tua 2 tahun. Nak kenankan dengan Eshaal ? boleh je, budak tu pun baru 25 tahun " balasnya.

" Ish ! abang ni. Kita bertiga dah plan nak kan Calia. Bukan adik dia. " mulutnya mencebik.

Tangan kanannya menarik rapat kerusi isterinya dan wajahnya dirapatkan dengan wajah isterinya. Terkedu Daeng Jasmine seketika . Air liurnya ditelan.
'' Agak-agak jadi tak plan kita ni yang ? '' soal Arwan polos.

'' Haa? er.. ehem mestilah ! ni Daeng Jasmine kot '' katanya sambil menepuk dada tanpa melihat muka suaminya, cover malu. Muka dah membahang.

Arwan angguk akur. '' Yang... napa muka awak merah. Pana-'' Dia menunduk ke bawah dan perasan keadaan mereka yang dekat antara satu sama lain.

Bibir mengukir senyum senget.
'' Yang, anak dah 7. Awak malu lagi ke ? '' bisiknya di telinga Daeng Jasmine lalu ditiup sekilas.

Berdiri tegak isterinya diperlakukan sebegitu. Begnya di genggam erat.
'' Ish, abang ni.. jangan nak buat perangai ulat bulu tu kat sini ek. Ni ofis tempat cari rezeki ''.

Arwan hanya menggeleng kepala di omel isterinya . " Ni, fail ni tak nak tengok ke. Awak pun ada share dalam company ni. Cakna sikit hal company " ditolak fail itu ke arah isterinya yang memeluk tubuh di hadapannya.

" Tak nak !saya nak balik.. werk " lidahnya dijelir lalu menapak keluar dari pejabat suaminya.

Arwan tergelak kecil. Dari kahwin sampai anak dah 7, perangai tak ubah-ubah. 'Kang aku bagi nombor 8, baru tau.'

tbc

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now