20 (TW/M)

509 31 3
                                    

Matanya dibuka perlahan-lahan. Cahaya matahari dari luar memancar ke dalam bilik.

Diusap perlahan mata yang pedih dan sembap bagi menghilangkan kantuk. Badannya menggeliat kecil seraya bangun duduk bersandar di kepala katil.

Kepala masih berdenyut-denyut kerana menangis yang berterusan semalam.

Telefon pintar dicapai dan dihidupkan. Jam 12 tengahari. Sengaja dia bangun lewat hari ini, tiada mood dan tenaga untuk berbuat apa-apa.

Selepas subuh tadi pun dia tidur balik, berusaha untuk membuang perasaan yang berbolak balik.

Tapak tangan dibuka tutup. Kebas.

Tiba-tiba, terlintas di fikirannya akan hal semalam. Dimana dia terdengar alunan zikir oleh seseorang atau sesuatu di dalam kegelapan biliknya. Tiada rasa takut yang timbul apabila bayangan itu dilihat dalam samar-samar kegelapan.

'' Aku mimpi kot... tapi kalau mimpi pun aku bersyukur. '' ujarnya pada diri sendiri.

Sebab memberi ketenangan dan perit menahan perasaan berkurangan sekaligus menjadi asbab dia dapat tidur lena untuk pertama kalinya.

Kepala digeleng perlahan, matanya sekali lagi dikelip-kelip untuk melihat dengan lebih jelas lalu turun dari katilnya.

Tuala mandi dicapai dan kaki kiri melangkah masuk ke tandas bilik. Tab mandi diisi dengan air suam lalu dia masuk berendam.

Badan disandarkan ke belakang sebaik sahaja dia melunjurkan kaki di dalam tab. Lama dia menatap dinding putih bilik mandi.

Hanyut dalam lamunan sendiri tanpa sedar masa berjalan dengan pantas. Lama-kelamaan matanya layu dan terlelap.


'' HAAAAA ! HAAAAA.. '' nafasnya tercungap-cungap. Entah bila dia telah tenggelam sepenuhnya di dalam air.

Hampir sahaja dia lemas di tab mandi. Nafas diatur perlahan-lahan dan air di rongga hidung dihembus keluar seraya bangun dari tab itu.

Bathrobenya dicapai dan dia bergerak keluar dari bilik mandinya.

Jacket hitam yang terletak kemas di atas kerusi dipandang sekilas terus dia mengeluh kecil.
' Dah jadi satu kerja, nak bagi balik pulak '

'' Kenapa gelap ni '' gumamnya perlahan.
Setahunya masih tengahari tadi.

' nak hujan kot ' sangkaan dibuat didalam hati lantas pintu balkoni ditutup rapat. Entah bila dia membukanya.

T-shirt baggy berwarna putih dipakai dan seluar track berwarna hitam disarung. Rambutnya yang masih lembap dilepaskan lalu dia melangkah keluar dan menuruni tangga.

'' Afternoon girls.. '' dia menyapa adik-adiknya yang berada di ruang tamu. Ralit membuat gubahan hantaran kahwin Enaya.

Kedua-dua gadis itu mengangkat kepala dan berpandangan antara satu sama lain.

'' Afternoon apa along. Malam dah ni, lepas maghrib haa.. '' tegur Enaya pada alongnya. Calia berkerut.

'' Maghrib ? eh, along baru je bangun tadi. Tengok kat fon baru jam 12 tenghari ''

'' Amboi along, tidur satu hari sampai lupa masa ek.. Tengok kat luar tu. Gelap gelita. Jam 8 kot '' Eshaal pulak menyampuk sambil mencekak pinggang

''Ha ?! tapi... '' Calia masih menafikan. Diorang ni mainkan aku kot.

Langsir berwarna maroon pada tingkap kaca diselak. Penglihatannya meliar ke luar rumah. Liurnya ditelan. Dia bangun tadi terang benderang sekarang langit dah menjadi gelap.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt