10 (M)

629 34 4
                                    

SEBULAN berlalu

'' Hael, bagi mummy pencantas pokok tu ''  tangannya disua pada anak terunanya di sebelah. Dia menunggu sejenak.

Sesaat, dua saat, tiga saat berlalu, kepalanya dipusing ke arah anaknya. Dia berkerut kehairanan melihat anaknya termenung jauh.

Besar matanya memandang tangan Arzhael yang leka memotong pokok bunganya.

'' HEY !! ALLAH !! BUNGA AKU '' Daeng Jasmine menempik Arzhael. Bukan dahan atau daun yang diguntin tapi bunganya.

Arzhael tersentak dan tersedar dari lamunan. Dia melihat ke tanah, banyak bunga-bunga bertaburan di atas tanah.

''KAU DAH KENAPA GUNTING BUNGA AKU NI HAEL.. BOTAK POKOK AKU '' jerkahnya lagi.

Arzhael mengusap-ngusap telinganya. Nak pecah gegendang telinganya dijerit mummy. Ni semua gara-gara adik kembarnya, dia kalah osom dia yang kena tolong mummy berkebun.

Arzhael tersengih.
'' Sorry mummy, Hael tak perasan '' ujarnya dengan rasa bersalah. Daeng Jasmine menanggalkan sarung tangannya, dia merenung muka anaknya yang agak redup akhir-akhir ini.

'' Kamu dah kenapa Hael.. mummy tengok dah macam mati bini '' Hael menggaru kepala lalu melihat ke bawah. ' Nak beritahu mummy ke tak. Malu pula'

'' Tak ada apa-apa mummy. Biasalah banyak kerja HA.HA.HA '' Arzhael ketawa janggal. Matanya tidak melihat mummynya takut kantoi menipu. Daeng Jasmine hanya menjengil dari ekor mata.

'' Jangan lupa malam ni Uncle Thaif kamu suruh turun base '' dia memberitahu sambil menggembur-gembur tanah di dalam pasu bunga.

Arzhael menghembus nafas kecil. Uncle ni last minit plak beritahu. Orang dah macam pungguk rindukan bulan dah ni. Tak ada mood nak pergi misi-misi ni.

Dah sebulan dia tak jumpa Calia. Hampir setiap hari dia hantar si Roan tu pergi akademi tapi tak ada rezeki nak nampak bayang-bayang. Lepastu dia pulak sibuk.

Markas Red Desert

'' Mission malam ni hanya slip and sneak. Kita memerlukan bukti yang kukuh untuk serang hendap drug cartel ni. Arzhael, kamu dan partner akan memulakan dahulu mission ini. Tugas kamu mencari fail dan pendrive yang disembunyikan di dalam base mereka'' Kapten Thaif memberi taklimat.

Arzhael mengangguk faham 'eh jap, partner?' dia mengerut kehairanan. Baru sahaja dia hendak bertanya. Satu suara lembut menyinggah dari belakang.

'' I'm ready, Uncle Thaif '' katanya sambil memperbetulkan gloves

Arzhael menoleh pada sumber suara itu. Pandangan matanya terkedip-kedip melihat kelibat di hadapannya. Seseorang yang hatinya tercari-cari selepas pandangan pertama. Gadis berpakaian serba hitam itu berjalan mendekati mereka. Berbaju turtleneck, seluar cargo pants, kasut boot dan rambut diikat ponytail.

Jantungnya mula berdetak laju dari biasa. Rindu.... record jap second meeting ni.

'' Calia.. ni partner kamu malam ni. Arzhael Arwan. anak kawan ibu kamu. I supposed you know each other ? '' Kapten Thaif membuka bicara.

Calia menoleh pada Arzhael yang berdiri di sisinya, menilik wajah Arzhael dari bawah. Yalah, Arzhael ni kan tiangga elektrika. Calia menyendengkan kepalanya ke kiri sedikit. Perilaku yang kerap dia lakukan ketika dia mencuba mengingati sesuatu.

Arzhael berusaha menahan riak mukanya agar kekal pokerface ketika bertatap mata.
' Rilek Hael rilek, apsal cinta.. eh Calia ni comel sangat ' meronta-ronta hatinya.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now