41 (TW/M)

468 27 2
                                    

TW : SELFHARM / PTSD ‼️‼️‼️‼️

' Eee, apsal diam ni. Nak dekat seminit dah. Baik aku bangun dari duduk macam batu kat depan dia ni ' rungutnya dalam hati.

Baru sahaja dia nak bangun, mendadak sejadahnya ditarik menyebabkan tubuhnya teranjak ke depan dan kedua tangan berpaut pada bahu Arzhael tanpa sengaja. Kalau terlepas tadi, memang mukanya tersembam pada dada Arzhael.

" Eei, abang. Apa ni tarik-tarik orang " dengus Calia dengan kuat. Bahu lebar itu dipukul lembut.

" Sorry sayang.." katanya lalu telekung Calia dicabut. Rambut kusut Calia disisir jemari kasarnya.

" ayang, can we talk ? " pipi Calia dielus lembut. sekejap saja pipinya penuh di telapak tangan.

" Abang merajuk lagi ke ? sebab abang yang palau Calia " dia pulang paku keras. Tangan naik berlipat ke dada.

" Sebab isteri abang mungkir janji. Don't i atleast deserve to do that ? " Calia mencebik lepastu dia angguk.

" Sorry.. Calia takut and tak ready " jari-jari Arzhael dimainnya. Jarinya dibanding-banding dengan jari Arzhael. 2 jari Calia bersamaan dengan 1 jari Arzhael nok.

" Will you accept my apology ? " Calia tenung mata hitam di hadapannya. Mencuba trick yang dipelajari dari Zayn

Arzhael gelak halus. Haih.. kena pujuk macam ni memang kalah lah aku.

" Apology accepted. Sorry juga abang tak fikirkan perasaan Calia " ucapnya seraya melagakan hidung mereka.

Kepala digeleng perlahan.

" Tak, i should have told you. Calia takut penerimaan our family. Sebab we got married so sudden. Nanti ibu, mummy daddy marah. Then diorang salahkan abang ? " Calia papar memek muka sedih. Bibir melengkung ke bawah.

Membulat mata Arzhael. Yang berkahwin mereka berdua tapi isterinya hanya memikirkan tentangnya sahaja. Bidadari syurga aku ni kan.

" Lah, kan diorang yang nak kahwinkan kita. Takkan lah diorang nak marah. Kita cuma kahwin lebih awal je. Tak apa lah, nanti sayang dah ready kita beritahu mereka ya. Tapi jangan lama-lama sangat. Kembar tu dah dapat hidu tau our lies " Arzhael menjawab. Hujung rambut Calia dimain dari tadi. Wangian vanila dihidu dalam-dalam.

Calia angguk faham. " okay "

" Kenapa potong rambut ? "  dia perasan ada calar di tepi pipi Calia. Masih merah dan dia tahu luka itu masih baru.

" Sa..saja. Panas sekarang ni " jawapan 'cerdik' diberi pada suaminya. Mesti dia dah nampak luka tu.

Arzhael menajamkan matanya.

Salah satu kelemahan isterinya ialah bersikap impulsif. Ini mesti sebab dia melakukannya tanpa berfikir.

" Calia Esmarie " sebaris namanya disebut dengan suara keras. Dagu Calia ditolak ke atas. Memaksa untuk bertentang mata dengannya.

" Err.. sebab.. as a punishment for myself sebab mungkir janji " suaranya gagap berkata. Bebola mata melihat arah lain.

Dia rasa bersalah sangat atas kesalahannya tempoh hari jadi dia memotong rambutnya sebagai cara melepaskan perasaan.

Arzhael telan air liur kesat. Perilaku Calia sememangnya tidak dapat diduga.

" Abang tak kisah sayang nak potong rambut. But is this worth it ? " luka Calia disentuh. Calia berdesis. Dia tercedera sewaktu dia mengunting rambutnya. Waktu itu, perasaannya  berkecamuk. Perasan pun bila darah telah mengalir dimukanya.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now