27 (M)

384 27 13
                                    

Text message dari Roan dibiarkan tanpa balasan. Dia berfikir tentang soalan yang ditanya.

Love. Sesuatu yang dia tidak pernah rasa atau tidak tahu bagaimana rasanya. Dia hanya tahu memberi, tidak pernah menerima.

Teringat akan masa silamnya, hatinya bagai dirobek-robek. Pernah dia mendambakan kasih sayang keluarganya tapi harapannya punah apabila dia dibuang seperti sampah sarap. Nasibnya baik apabila dia ditemukan dengan Ibu Sameeha dan Ayah Daud yang menjaga sehingga dia boleh berdiri sendiri. Sejak itu, dia bersumpah atas kehidupannya yang baru untuk membalas budi dengan nyawanya.

Brrt !

Notifikasi mesej baru masuk. Calia membuka text message itu lalu dia tergelak kecil.

ʀᴏᴀɴ ᴀʀᴡᴀɴ

🖼️
Tengok ni kak. Boyfriend akak ni merengek tak berhenti..

🙄Sejak bila akak claim
dia jadi boyfriend plak.

Soon 😈. Abang Roan bukan jenis cepat mengalah. Dia akan dapatkan apa yang dia mahu. Antara cepat atau lambat je. So, be prepare my future sis in law. Wuahaha

Roan, kalau nak Desert Eagle akak sampai kat kepala tu. Silakan merapu 😊

Arhh larikk

Jari runcing Calia zoom gambar yang baru dihantar oleh Roan. Terletus tawanya sekali lagi melihat muka cemberut dan kusut Arzhael. Dia mengaku hati bekunya selalu tercuit dengan perangai tak semenggah Arzhael. 

Riak mukanya yang pelbagai sangat menarik di mata Calia. Terutama sekali bunyi tawanya dan senyuman hingga menampakkan gigi taring.  Comel.

Senyumannya memudar. Kepala digeleng perlahan.
" No, tak boleh. We shouldn't be together. He is different than me. Right Diva " bulu kucing peliharaannya diusap lembut.

" I should know my place right ? " muka kucing itu diangkat lalu ditatapnya. Seakan bercakap dengan seseorang.

" I bet all of them will be disgust if they know the real me "

" Meoww.. " Diva menjilat tangan tuannya. Seakan memujuk tuannya. Air matanya dilap menggunakan belakang tangan.

" Don't leave me Diva. Atleast you were there for me from the start " rintihnya pada sang kucing. Puncak hidung kucingnya dicium sekilas sebelum dia bangun berjalan ke arah bilik mandi.

Seusai mandi, laci kabinet tepi katil dibuka dan botol pil diambil lalu dituang ke tapak tangan. Dua biji pil tidur ditelan kemudian air di gelas diteguk. Akhir-akhir ini, insomnianya kembali. Terpaksa dia bergantung pada ubat itu setelah sekian lama ubatnya yang lain habis.

Ni kalau Safiyyah tahu dia ambil ubat lain memang habis dia diganyang. Badan direbahkan ke atas tilam. Diva naik ke atas badan tuannya hendak tidur bersama. 




 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now