01 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

178 16 1
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kuala Lumpur, Malaysia.

BUNYI deringan telefon pintar mematikan lenanya. Darmila mencelikkan kelopak matanya sebelum digosok kelopak mata tersebut untuk menghilangkan pandangan yang kabur. Darmila menoleh ke sebelah lalu matanya tertancap pada telefon pintarnya yang tidak berhenti berdering tanda ada seseorang menelefonnya.

My Fiance ও
Incoming call...

Darmila tolak selimut yang menutupi separuh tubuhnya. Dicapai telefon pintar miliknya yang terletak di atas meja kecil di sebelah katilnya sebelum dia leretkan ikon berwarna hijau untuk menjawab panggilan telefon daripada tunangnya. Darmila kemudiannya menekapkan telefon pintarnya tersebut di tepi telinga.

"Assalamualaikum, Mila..."

"Waalaikumussalam, Abang Nish," balas Darmila apabila Nafish memberi salam kepadanya di hujung talian. Darmila membetulkan duduknya di atas katil untuk mendengar apa yang bakal Nafish sampaikan kerana dia tahu lelaki itu tidak akan menelefon jika tiada hal yang penting perlu disampaikan kepadanya.

"Mila baru bangun ke?" soal Nafish.

"Ya... Kenapa?" jawab Darmila dengan perasaan malu. Dia malu kerana dia tidak mahu tunangnya itu mengetahui yang dia baru lepas bangun dari tidur. Tetapi apakan daya, dia sudah pun menjawab pertanyaan daripada lelaki itu. Darmila berdeham kecil sebelum dia kembali fokus pada panggilan telefonnya bersama Nafish dalam talian.

"Abang nak jumpa Mila sekejap, boleh? Abang ada sesuatu nak beritahu pada Mila. Mila cuci muka dulu... nanti dah siap baru turun bawah jumpa abang di taman. Jangan risau, abang dah minta izin pada mama untuk bawa Mila keluar sekejap jumpa dengan abang," tutur Nafish tentang niat sebenar dia menelepon.

Mendengar Nafish, Darmila mengangguk sendiri lalu membalas, "Baik, abang. Nanti dalam 10 minit, Mila turun. Ada apa-apa lagi ke?" soal Darmila dengan niat mahu mengakhiri panggilan telefon mereka berdua. Sesambil itu, Darmila bangkit dari duduk di atas katil manakala telefon pintarnya masih melekap di telinga.

"Jumpa Mila di taman nanti." Kemudian panggilan telefon mereka dimatikan.

×××

RUMPUT-rumput yang sudah tumbuh panjang dicabut sedikit demi sedikit. Nafish kemudian mengeluarkan telefon pintarnya yang disimpan di dalam kocek seluar lalu dia letakkan telefon tersebut di atas meja batu. Sempat juga dia mengetuk skrin telefonnya dan mengerling ke arah jam yang terpapar pada skrin telefon tersebut.

"Abang Nish," panggil Darmila membuatkan Nafish menoleh ke arahnya. Nafish tersenyum manis tatkala sistem pandangannya disapa dengan susuk Darmila yang sedang berjalan ke arahnya. "Mila..." Nafish membetulkan duduknya di atas kerusi batu. Diberi ruang kepada Darmila untuk duduk di kerusi depannya.

𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Where stories live. Discover now