10 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

85 4 2
                                    

"WHAT?" Mata Darmila membuntang besar setelah mendengar apa yang baru dikatakan juruwang lelaki di hadapannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WHAT?" Mata Darmila membuntang besar setelah mendengar apa yang baru dikatakan juruwang lelaki di hadapannya itu. Dia tidak salah dengar, bukan? Telinganya tidak salah mendengar juga kan? Ya tidak ya? Dia tidak percaya. Nafish tidak ada dalam tandas? Jikalau begitu, lelaki itu pergi mana? Takkan lelaki itu... Hilang?

Atau Nafish larikan diri?

"Are you sure? My cousin said he wanted to go to the toilet. But it's already an hour now..." Sambil menyoal juruwang di hadapannya, mata Darmila cuba mengintai pintu tandas lelaki yang terletak tidak jauh dari kaunter juruwang restoran itu. Darmila menaikkan tangannya lalu memandang jam yang terletak di pergelangan tangannya.
(Awak pasti? Sepupu saya kata dia nak pergi tandas. Tetapi sekarang dah satu jam...)

"Yes, I'm sure. I didn't find him."
(Ya, saya pasti. Saya tak jumpa dia.)

"Is there anyone else in the toilet? Or you did not recognize my cousin? You want to see his picture again?" soal Darmila. Kenapa juruwang lelaki itu berkata yang dia tidak jumpa Nafish? Atau memang betul Nafish larikan diri? (Ada sesiapa lagi tak di dalam tandas Atau awak tak cam wajah dia? Awak nak tengok gambar dia lagi?)

Juruwang lelaki itu diam selepas mendengar pertanyaan Darmila. Mungkin dia tidak senang hati atau tidak tahu apabila Darmila asyik menyoal tentang keberadaan sepupunya yang hilang itu. Alih-alih, juruwang lelaki tersebut ditolak ke belakang oleh juruwang perempuan tadi. Juruwang perempuan itu memandang Darmila.

"Can you please get out? We have more customers behind you." Tutur juruwang perempuan tersebut kepada Darmila.
(Boleh pergi berambus tak? Kitaorang ada ramai lagi pelanggan dekat belakang sana.)

Darmila yang tadinya ingin membuka mulut untuk membalas, terus terkunci mulutnya selepas mendengar kata-kata yang dilemparkan juruwang perempuan itu. Mulut Darmila turut terbuka sedikit akibat terkejut. Pandangan Darmila pula berubah menjadi sinis saat memandang kedua-dua juruwang yang turut memandangnya itu.

"Get out," paksa juruwang perempuan itu.

"Tessa..." Manakala juruwang lelaki tadi yang berada di sebelah juruwang perempuan itu cuba menghalang.

"Now!" herdik juruwang perempuan itu apabila Darmila masih berdiam diri.

Dengan sekali herdikan garang dari juruwang perempuan itu, kaki Darmila melangkah setapak ke belakang. Darmila memandang juruwang perempuan itu kemudian dia tersenyum hambar sebelum berkata, "You guys are rude." Seusai berkata, Darmila melangkahkan kakinya berlalu keluar dari restoran tersebut.

×××

BEG GALAS yang berwarna hijau tua digalaskan ke atas bahu. Tangan Daaim bergerak menutup pintu bilik tidurnya dengan berhati-hati. Kenapa perlu berhati-hati? Kerana dia risau dia bakal disoal Tuan Dawwas tentang mengapa dia bangun lewat. Ya, dia terbangun lewat. Bukan sengaja, tetapi 'ter-lewat'.

𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Where stories live. Discover now