02 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

131 12 1
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kuala Lumpur, Malaysia.

"AMBOI, seronoklah dia dapat ikut tunang kesayangan dia pergi Helsinki..." Darmaie mengutuk adik perempuannya di depan orang tua mereka. Dia kemudiannya menyilangkan kedua kakinya manakala tangan pula diletakkan ke atas paha sendiri. Lengan mamanya dipaut lalu disandarkan kepalanya ke lengan wanita tua itu.

"Abang diam boleh tak? Orang tengah cakap dengan mama kan?" marah Darmila kepada Darmaei. Sibuk betul abang dia yang seorang itu. Apabila dia memberitahu mama dan papanya tentang niat dia ingin mengikut Nafish pergi ke Helsinki, lelaki itulah orang pertama yang membantah niatnya. Cemburu sebab tak dapat ikut la tu!

"Mama izinkan Mila," putus Datin Harmia selepas beberapa minit dia berfikir.

Mendengarkan mamanya, Darmila bersorak riang. Darmila memejamkan matanya sambil menahan rasa ingin menjerit di depan ahli keluarganya. "Mana aci, ma!" bantah Darmaei, tidak berpuas hati dengan keputusan mamanya yang membenarkan adiknya pergi ke luar negara. "Kenapa mama izinkan dia pergi pula?"

"Mama izinkan adik kamu pergi sana sebab ada Nish, Nish akan bertanggungjawab untuk jaga adik kamu sebab Nish yang ajak adik kamu pergi sana," beritahu Datin Harmia tentang alasan dia membenarkan Darmila pergi ke Helsinki bersama Nafish. Dia percaya yang anak buahnya itu akan menjaga Darmila.

"Mila boleh jaga diri Mila sendirilah, mama..." Darmila merengek apabila dia dimalukan di depan Darmaei. Datin Harmia geleng kepala, "Mila pergi sana jangan nak menggatal dengan orang Helsinki, ya. Mila kena ingat yang Mila berstatuskan tunang orang. Tunang Nish. Jikalau nanti Nish laporkan apa-apa pada mama pasal ni, siap Mila." Pesan Datin Harmia.

"Ya mama, Mila ingat."

"Tapi mama... Jikalau betul ada orang Helsinki yang akan jatuh cinta pada Mila macam mana? Takkan mama nak suruh Mila tolak cinta dia..." Darmila sudah masuk ke dalam sisi sebelahnya, iaitu membuat drama. Jikalau bukan drama air mata, pasti drama untuk mengelak atau membantah kata-kata mamanya.

"Jangan nak mengarut, Mila." Garang Datin Harmia melarang Darmila.

"Ala mama, bukannya Mila nak kahwin dengan dia orang pun. Mila nak kawan jeee, boleh eh? Terima kasih mamaku sayang..." Darmila bangkit dari duduk di atas sofa lalu dia duduk bersimpuh di hadapan Datin Harmia. Perlahan tangan Datin Harmia dipaut lalu dicium lembut sambil hujung bibirnya tersenyum nakal.

Kening Datin Harmia serta-merta berkerut tatkala mendengar perkataan 'dia orang' keluar dari bibir Darmila, "'Dia orang'... Siapa 'dia orang'?" soal Datin Harmia. Tangannya yang dipaut Darmila ditarik kembali lalu diletakkan di atas paha. Dipandang Darmila yang sedang tersenyum senget sambil melihat ke arahnya.

𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Where stories live. Discover now