07 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

62 3 0
                                    

TOK! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOK! Tok! Tok!

Jam dinding yang berwarna hijau tua disertakan corak daun dipandang bersama mata yang kabur. Daaim menggosok matanya untuk menghilangkan penglihatan kabur di pagi hari. Beberapa minit kemudian, Daaim bangkit dari perbaringannya di atas katil. Dia mengorak langkah mendekati pintu biliknya.

Daaim memulas tombol pintunya selepas mendengar beberapa ketukan dari luar. "Ya, uncle?" Sambil menguap, Daaim menyoal tanpa melihat ke depan. Pintu biliknya dibiarkan terbuka lalu dia memusingkan semula badannya ke belakang. "Uncle ada nak bincang sesuatu ke?" Daaim menyoal lagi tanpa menoleh.

"Ni Sosofa la!" potong Sofra, lantang.

Tiba-tiba gegendang telinganya disapa dengan suara Sofra memarahinya kerana tidak perasan akan kehadiran gadis kecil tersebut. Mendengar sahaja jeritan Sofra, Daaim yang tadi mengantuk dan lesu, kini terus berubah menjadi segar bugar. Mata lelaki itu turut membesar tatkala mendengar suara Sofra di belakangnya.

"Oh, Sosofa..." Daaim memusingkan badannya ke belakang, lalu tubuh Sofra diangkat dan diletakkan ke atas katilnya secara posisi gadis kecil itu sedang duduk. Kemudian Daaim turut melabuhkan punggungnya ke atas katil, bersebelahan dengan Sofra. Daaim menolehkan wajahnya ke tepi untuk melihat wajah gadis kecil itu.

"Sosofa... Hm, ada apa? Datang seorang saja?" Daaim menyoal dalam keadaan dia masih mengantuk. Dia kemudiannya mendekatkan jaraknya dengan jarak Sofra lalu dia turunkan kepalanya menyandar ke kepala Sofra. Sofra di sebelahnya pula tidak menolak kepalanya, malah gadis kecil itu membetulkan duduknya di atas katil.

Semerta itu, Sofra mengeluh singkat. "Sosofa datang dengan mama tapi mama ada dekat ruang tamu dengan uncle," beritahu Sofra menjawab pertanyaan Daaim. Setelah itu, terbit lagi satu keluhan kecil dari celah bibir mungil gadis kecil itu. Mendengar keluhan Sofra, kening Daaim berkerut hairan. Sofra ni macam sesuatu...

Daaim angkat kepalanya dari menyandar di kepala Sofra. Lalu Daaim tolehkan wajahnya ke sebelah, memandang wajah Sofra yang masih memandang ke hadapan. Daaim membetulkan duduknya sebelum menyoal, "Hei, Sosofa kenapa?" Dia rasa Sofra seperti ada masalah. Dan jikalau ya, dia ada untuk membantu gadis kecil itu.

"Abang Dadaim..." Sofra merengek.

"Ya?" Daaim dekatkan lagi jaraknya dengan Sofra. Sebelah tangan kanannya dinaikkan lalu dibawa memaut bahu kiri Sofra dengan lembut. Turut diusap-usap bahu gadis kecil tersebut apabila dia dengar suara Sofra seakan-akan bergetar. Dia perlu janji pada dirinya, jikalau Sofra sudah mula menangis, dia perlu tenangkan gadis kecil itu.

"Sosofa sedihlah..."

"Kenapa?" soal Daaim, prihatin.

"Kawan-kawan dekat sekolah ejek Sosofa sebab Sosofa tak pandai Bahasa Inggeris..." Sambung Sofra. Bibir gadis yang berusia 7 tahun itu bergetar tatkala menceritakan apa yang telah menyebabkan dirinya berasa sedih kepada Daaim. "Sosofa tak nak pergi sekolah, Sosofa takut... Sosofa tak pandai Bahasa Inggeris macam kawan-kawan Sosofa yang lain..."

Mendengar luahan Sofra, Daaim bertindak memeluk tubuh gadis kecil itu. Tangan dinaikkan ke kepala Sofra sebelum dia mengusap kepala Sofra. "Alahai, Sosofa..." Tangan Daaim turun pula menepuk-tepuk belakang tubuh Sofra, cuba menenangkan gadis kecil yang sudah menangis teresak-esak di dalam pelukannya.

"Sosofa lemah..." Sofra teresak-esak.

"Sosofa tak pernah lemah," Daaim cuba memujuk. "It's okay to cry, Sosofa. Menangis saja dalam pelukan abang jikalau Sosofa rasa Sosofa akan tenang. Abang ada untuk Sosofa. Kenapa Sosofa cakap macam tu?" Daaim bertindak melepaskan pautan pelukannya dari tubuh Sofra. Wajah Sofra dicari sebelum dia pandang wajah yang sudah memerah itu.

"Abang Dadaim orang pertama yang Sosofa beritahu pasal ni. Sosofa tak pernah beritahu pada mama sebab Sosofa takut jikalau Sosofa beritahu mama pasal ni, mama akan marah pada Sosofa..." Tutur Sofra tersedu-sedan bersama air mata yang sudah membanjiri seluruh wajahnya. Nafas gadis kecil itu turut tidak teratur.

"Cikgu Sosofa pernah minta Sosofa jawabkan satu soalan... tapi Sosofa tak tahu jawapan dia dan Sosofa tak pandai nak bercakap Bahasa Inggeris... Lepas tahu Sosofa tak tahu jawapan dan tak pandai, kawan-kawan yang lain terus ejek Sosofa. Cikgu pula, marah Sosofa..." Cerita Sosofa dengan suara yang bergetar.

"Ya? Tak apa, nanti abang pergi sekolah Sosofa, lepas tu abang tegur kawan-kawan Sosofa ya? Abang akan cakap 'Hei, kenapa ejek adik abang?' Cikgu Sosofa pula, nanti abang tanya kenapa dia marah Sosofa. Nanti abang cakap dengan cikgu macam ni, 'Kenapa marah Sosofa? Nak kena pukul ke?'"

Mendengar Daaim, tawa kecil Sofra serta-merta terletus. Tangisan gadis kecil itu juga sudah reda selepas berminit-minit dipujuk dan ditenangkan oleh Abang Dadaimnya. Melihat Sofra tertawa, Daaim yang berada di sebelah turut tertawa. Dia lega kerana sudah dapat menenangkan dan mengembalikan senyuman di wajah Sofra.

"Sampai hati dia marah Sosofa adik abang yang comel ni?" soal Daaim sendirinya.

Sofra tertawa lagi.

"Terima kasih, Abang Dadaim!" Kini, Sofra pula bertindak memeluk tubuh Daaim. Serba-sikit dirinya sudah tenang setelah dipujuk lelaki itu. Sofra menguntum satu senyuman sebelum dia lepaskan pautan pelukannya dari tubuh Daaim. Ditatap pula wajah abang angkatnya itu. "Sama-sama, Sosofa." Daaim usap kepala Sofra.

×××

SEUSAI menaip perkataan 'Hai' untuk membalas mesej Nafish, jari-jemari Darmila bergerak menekan butang hantar untuk menghantar mesej tersebut kepada Nafish. Telefon pintarnya kemudian diletakkan ke atas katil dengan berhati-hati. Getah rambut diambil lalu diikat rambutnya menggunakan getah rambut tersebut.

- My Fiance
: Jom, keluar dengan abang nak tak?
: Kita jalan-jalan.

You -
Bila? Dekat mana? :

- My Fiance
: Petang nanti.
: Tempat abang beritahu kemudian.
: On?

You -
On. :

Darmila menguntum senyuman pahit.

Mengapa hatinya terasa berat seakan-akan tidak mahu mengikut Nafish keluar jalan-jalan? Adakah dia sudah tawar hati untuk lelaki itu? Tetapi Nafish tidak pernah menyakitinya atau melakukan apa-apa, tetapi mengapa dia rasa seperti dia tidak mahu berjumpa atau ada hubungan lagi dengan Nafish semasa di Helsinki ini?

Setelah lama berfikir, terbit keluhan kecil dari bibir Darmila. Darmila tundukkan kepala memandang skrin telefon yang memaparkan gambarnya. Gambar tersebut diambil oleh Nafish sewaktu mereka menyambut hari lahirnya. Disebabkan itu, gambar itu menjadi pilihan untuk Darmila letakkan di halaman utama telefonnya.

 Disebabkan itu, gambar itu menjadi pilihan untuk Darmila letakkan di halaman utama telefonnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Where stories live. Discover now