06 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

62 5 2
                                    

"BUKAN abang kata hari itu kita duduk hotel ke?" Darmila menyoal sebaik sahaja kakinya berhenti melangkah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BUKAN abang kata hari itu kita duduk hotel ke?" Darmila menyoal sebaik sahaja kakinya berhenti melangkah. Lalu dia menapak ke arah bonet kereta teksi yang dia dan Nafish naiki. Bagasi beg dan barang-barang miliknya dikeluarkan dari dalam bonet kereta tersebut. Setelah mengeluarkan barangnya dari bonet kereta, Darmila melangkah setapak ke belakang.

Tangan Nafish naik menepuk dahi sendiri sebelum membalas kata-kata Darmila, "Oh, abang minta maaf. Abang lupa nak beritahu pada Mila..." Nafish lupa pula mahu beritahu Darmila tentang dimana tempat mereka akan tinggal di Helsinki sebelum mereka berlepas tadi. Punyalah kelam-kabut sampaikan lupa nak beritahu.

"Beritahu apa?" Darmila dah mula hairan.

"Abang sebenarnya tak tempah bilik hotel sebab bila abang fikir balik, rasanya macam rugi jikalau tempah bilik hotel untuk duduk satu bulan. Jadi, abang sewa dua buah rumah apartment. Satu untuk abang, dan satu untuk Mila," terang Nafish kepada Darmila tentang perubahan tempat untuk mereka tinggal. "Mila tak okey ke?"

"Eh, Mila okey saja. Apa abang ingat Mila ni jenis yang cerewet ke? Setakat apartment, Mila okey saja." Selepas berkata, Darmila bawa kedua tangannya menyilang ke dada. Dia pandang Nafish dengan ekor mata sahaja setelah perasan yang Nafish sedang mentertawakannya. Apa Nafish ingat dia jenis yang cerewet ke?

"Okey... abang minta maaf. Abang ingat Mila akan mengamuk lepas dapat tahu yang kita akan tinggal di apartment saja. Sebagai tanda minta maaf sebab dah anggap Mila macam tu, meh abang bawakan beg Mila." Tangan Nafish bergerak mahu memaut pemegang bagasi beg Darmila tetapi gadis itu menghalang.

"Meh, beg tu..." Nafish tetap berkeras.

"Okey... Memandangkan Mila pun dah tak larat nak berjalan, Mila kasi abang can untuk bawa beg Mila. Tapi, kali ni saja. Ingat, kali ni saja, itu pun sebab Mila tak larat nak bawa. Lain kali dah tak boleh." Darmila memesan sebelum dia melepaskan pautan tangannya dari pemegang bagasi beg. Darmila membetulkan dirinya.

Nafish angguk kepala. Sempat juga hujung bibirnya mengukir senyuman Pemegang bagasi beg miliknya dan bagasi beg milik Darmila ditarik lalu dibawa berjalan dengannya ke arah pintu masuk bangunan apartment yang disewanya. Pintu masuk bangunan apartment yang disewanya itu kemudiannya ditarik dari luar.

Darmila yang berada di belakang Nafish hanya mengikuti jejak langkah lelaki itu. Nafish turut menolong membuka pintu masuk bangunan apartment tersebut untuknya. Sebaik sahaja dia berhenti melangkah masuk ke dalam bangunan aparment bertingkat tersebut, matanya melilau ke seluruh sudut dan ruang di dalam bangunan apartment tersebut.

"29, rumah Mila," Nafish hulur kunci.

Lamunan Darmila dimatikan dengan suara Nafish. Darmila mengalihkan pandangannya ke arah Nafish lalu dia mengambil kunci tersebut. "Berapa?" soal Darmila kerana tidak beberapa dengar tentang apa yang Nafish katakan tadi kerana dia sedang memerhati ruang di dalam tingkat bawah aparment tersebut.

𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Where stories live. Discover now