04 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

87 6 1
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kuala Lumpur, Malaysia.

BUKU jurnal miliknya dicapai dari dalam rak buku. Jari-jemari Darmila bergerak menyelak setiap helaian muka surat di dalam buku jurnal tersebut. Darmila kemudiannya menggelengkan kepala tatkala dia selesai menyelak kesemua helaian muka surat buku jurnal tersebut lalu dia meletakkan ke rak buku semula.

"Haih. Semua buku dan muka surat dah penuh... Macam mana aku nak bawa buku? Lagi satu, aku nak bawa buku yang mana?" omel Darmila sendiri tatkala selesai meletakkan buku jurnalnya ke dalam rak buku semula. Darmila mengorak langkah berjalan mendekati katilnya sebelum dia melabuh punggung ke atas katil tersebut.

Hari ini malam terakhir dia berada di Malaysia sebelum dia bertolak ke Helsinki esok pagi dan akan menetap di Helsinki tersebut selama sebulan. Dia sungguh tidak sabar kerana Helsinki di Finland adalah sebuah tempat yang ingin dia pergi seraya tempat tersebut berada di dalam senarai negara yang ingin dia pergi menjelajahi.

Senarai nama-nama negara yang dia ingin pergi semuanya berada di dalam buku jurnalnya. Dia ialah seorang gadis yang suka menulis jurnal tentang kehidupan, apa yang dia lakukan pada setiap hari, tempat dia pergi pada hari tersebut, benda-benda yang membuatkan dia gembira serta hal yang membuatkan dia berasa tenang.

Darmila membetulkan duduknya di atas katil sendiri. Beg berwarna hitam miliknya yang turut berada di atas katil tersebut diambil lalu dibuka zip beg tersebut. Darmila kemudian mengambil komputer ribanya yang terletak di dalam beg tersebut sebelum dia letakkan komputer riba tersebut ke atas katil di depannya.

Jari Darmila bergerak menekan butang untuk menghidupkan komputer ribanya tersebut. Apabila komputer ribanya tersebut sudah menyala, Darmila menggerakkan kekuncinya lalu membuka aplikasi Blogger. Blogger adalah sebuah aplikasi, sesuai untuk seseorang yang gemar dan suka menulis blog dan jurnal sepertinya.

Darmila buka akaunnya.

@miladaharini
22.49 ribu pengikut.

Melihat akaun bloggernya sudah mencapai pengikut sebanyak 22.49 ribu, bibir Darmila terus naik mengukir senyuman. Darmila mencapai bantal peluknya sambil memikirkan apa yang patut dia tulis untuk memenuhkan ruangan akaunnya. Sejenak itu, Jari Darmila mendapat idea. Darmila bergerak menaip di atas papan kekunci.

Mila, 02032024.

Salam sayang, hai semua!

Hari ni malam terakhir Mila ada di Malaysia... tapi sebenarnya tak adalah malam terakhir pun. Cumanya, nanti Mila akan rindukan bilik Mila, katil empuk Mila... Mila akan rindukan meja dan buku-buku jurnal Mila. Dan yang paling penting sekali, mestilah Mila akan rindu... mama dan papa Mila!

Tak lupa juga... Mila akan rindukan pengikut-pengikut kesayangan Mila!

𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Where stories live. Discover now