05 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

91 5 1
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia.

HARI yang dinanti-nantikan dia sudah pun tiba. Pada hari ini, dia dan Nafish bakal menaiki kapal terbang untuk pergi ke Helsinki di Finland. Mereka bakal tinggal di sana untuk satu bulan. Jadi, kesemua ahli keluarga dia dan Nafish turut berada di situ untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum mereka berdua berlepas.

"Nish jaga Mila baik-baik, ya? Mama amanahkan Nish untuk jaga Mila apabila kamu berdua berada di Helsinki nanti," tutur Datin Harmila kepada Nafish. Ditatap wajah bakal menantunya yang berada di sebelah Darmila. Pandangan Datin Harmila berubah pula ke arah gadis itu, memandang wajah anaknya yang sedang berkerut dahi.

"Baik, mama." Nafish senyum manis.

"Jaga Mila, jaga Mila juga... diri Nish kena jaga sama. Jikalau buat kerja tu, jangan sampai lewat malam. Jangan lupa makan dan minum, jaga kesihatan diri. Ingat pesan bonda ni," pesan Datin Hanani pula kepada Nafish. Tubuh lelaki itu dipeluk dengan kemas buat beberapa saat sebelum dilepaskan pautan pelukannya.

"Ya bonda, Nish ingat."

Seusai berkata, Nafish menarik bagasi begnya, bersiap sedia untuk berlalu pergi. Bagasi beg Darmila yang berada di antara dia dan Darmila turut ditarik. "Biar abang bawa beg Mila," pelawa Nafish. Tangannya sudah memegang di bahagian pemegang bagasi beg Darmila tersebut. Mendengarkan Nafish, laju Darmila menggeleng kepala.

"Tak apa, Abang Nish. Mila bawa sendiri." Darmila menarik semula bagasi begnya yang berwarna coklat tua. Malu pula dia apabila Nafish mahu membawa bagasi beg miliknya walhal dia boleh membawa bagasi beg tersebut sendiri. Walaupun dia sudah melarang, tetapi lelaki itu tetap berkeras mahu membawa bagasi begnya.

Darmila mengeluh kecil apabila bagasi beg miliknya sudah berjaya dirampas Nafish setelah beberapa saat dia berkeras. Darmila bawa kedua tangannya ke hadapannya. Kepala ditundukkan sedikit sebelum Darmila menghulurkan tangannya kepada Datin Harmila untuk menyalam. Darmila menyalam tangan Datin Hanani pula.

"Jaga diri, menantu bonda."

"Baik, bonda. Mila akan jaga diri. Bonda jaga diri bonda juga." Balas Darmila setelah menyalam Datin Hanani. Ditarik tubuh Datin Hanani sebelum dia memeluk bonda Nafish yang berada di hadapannya itu. Tatkala perasan Datin Hanani yang sedang dia peluk itu membalas pelukannya, bibir Darmila naik mengukir senyuman.

"Dah, jom, kita gerak," Nafish yang berada di belakang mereka berdeham dengan perlahan. Tangan kanan dan kirinya sudah menggenggam pemegang bagasi beg. Bersedia untuk mengorak langkah berlalu bersama Darmila. Mendengarkan Nafish, cepat-cepat Darmila lepaskan pautan pelukannya dengan Datin Hanani.

"Bonda, mama... Nish dan Mila minta diri dulu. Jikalau kami dah sampai nanti, Nish beritahu pada bonda dan mama, ya?" tutur Nafish lalu dia meminta diri. Tanpa membuang masa, kakinya melangkah setapak ke belakang. Begitu juga dengan Darmila. Dia mengikuti Nafish dengan turut melangkah setapak ke belakang.

𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu