08 - 𝖣𝖺𝖺𝗂𝖬𝗂𝗅𝖺

60 4 0
                                    

"YA, ya, Mila dah siap!" ujar Darmila menguatkan suaranya agar Nafish yang berada di luar berhenti mengetuk pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"YA, ya, Mila dah siap!" ujar Darmila menguatkan suaranya agar Nafish yang berada di luar berhenti mengetuk pintu rumah. Walaupun dia sudah menjerit menyuruh lelaki itu berhenti mengetuk, tetapi mungkin pintu rumah yang disewa mereka itu terlalu tebal sehingga Nafish yang berada di luar tidak mendengar.

Selesai menyembur minyak wangi berperisa vanila di sekitar leher dan pergelangan tangannya, Darmila mencapai beg sandang dan baju jaket sejuk miliknya yang berwarna coklat muda. Darmila melihat wajahnya buat kali terakhir di cermin meja solek yang terletak dalam rumahnya sebelum dia menguntum sebuah senyuman.

Darmila mengorak langkah berjalan ke arah pintu rumah sebelum dia mencapai kasut but tebal miliknya dan disarungkan kasut but tersebut pada kakinya yang sudah disarungkan dengan stokin. Darmila kemudiannya mencapai kunci rumah yang disewa Nafish untuknya itu lalu dia memulas tombol pintu rumah tersebut.

"Maaf abang sebab Mila lambat," tutur Darmila meminta maaf kerana lambat.

"Tak apa, abang tak kisah pun. Mila ambilah berapa lama yang Mila perlu, abang okey saja nak tunggu Mila. Jikalau abang kena tunggu sampai petang pun tak apa," balas Nafish. Nada yang lelaki itu gunakan seakan-akan mahu menyindir Darmila sahaja. Tidak semena-mena itu Darmila mengerutkan keningnya.

"Abang nak sindir Mila eh?" Darmila naikkan kedua tangannya lalu tangannya dibawa menyilang ke dada. Sambil memandang Nafish yang sedang berdiri tepat di hadapannya, Darmila mendengus pendek. Kata sajalah yang lelaki itu mahu menyindir kerana dia lambat siap. Tak perlulah kata nak tunggu sampai ke petang.

"Tak... abang tak sindir pun," nafi Nafish.

Eh, dahlah nama Nafish, nak nafi
nafikan yang dia tak bersalah pula.

"Yalah tu." Darmila malas mahu melayan. Pintu rumah sewanya ditarik dari luar lalu dia kunci pintu tersebut dengan kunci yang disediakan. Nafish di belakangnya pula hanya memerhatikan tindak tanduknya tanpa membalas apa-apa. Mungkin lelaki itu juga malas mahu memanjangkan perbualan mereka tentang sindir-menyindir.

Nafish turunkan tangannya untuk memberi laluan kepada gadis itu. "Silakan, Cik Mila." Tanpa berkata banyak, Darmila langsung mengorak langkah mendekati pintu masuk bangunan apartment tersebut. Nafish yang berada di belakang turut mengikutinya lalu mereka berdua keluar dari bangunan apartment 5 tingkat tersebut.

×××

TURUN sahaja dari trem di tengah laluan, mata Darmila bersinar-sinar dengan teruja tanda dia kagum dengan apa yang sedang dia lihat. Telefon pintar yang berada di dalam kocek baju sejuk jaketnya dibawa keluar lalu dia naikkan. Butang kamera di dalam telefon pintarnya ditekan sambil dia halakan telefon tersebut ke arah langit.

Klik!

Satu keping gambar langit yang berwarna biru keungguan ditangkap mengunakan telefon pintarnya. Selesai mengambil gambar langit tersebut, tangan Darmila turunkan semula telefon pintarnya. Tanpa gadis itu sedari, dia sedang menguntum senyuman yang manis apabila melihat pada gambar langit yang baru dia tangkap tadi.

𝖯𝖠𝖲𝖨𝖫𝖠Where stories live. Discover now