BAB 5

2.5K 105 5
                                    

SUDAH berapa bulan berlalu, dia semakin rapat dengan Aryan. Tidaklah terlalu rapat sampak chat setiap masa. Hanya sekadar rakan sekelas, sebab dia selalu dapat group presentation dengan Aryan. Agak tidak selesa bercakap dengan lelaki. Tetapi terpaksalah layan sebab dia selalu cakap perihal penting. Selalunya pasal sekolah lah.

Kalau Aryan mesej dia tanpa sebab dia takkan layan sangat. Bukan tak layan, balas pun tak. Tapi kadang-kadang kesian dekat Aryan. Jawab je lah walau sepatah pun.

Tapi yang dia peliknya, sejak kebelakangan ni Aryan suka kacau dia. Penat layan. Selalunya dia tak banyak cakap tapi sekarang dah banyak cakap dah. Dah pandai dah Aryan sekarang.

Sekarang subjek perniagaan, cikgu ni selalu lambat masuk kelas. "Lea," El terus berpaling ke arah suara itu. Aik, siapa yang panggil dia dengan nama panggilan 'Lea' tu? Tak pernah sorang pun panggil dia macam tu.

El hanya menjeling lelaki itu. Malas nak layan.

"El. Lea. Nora."

Eh mamat ni sepak kang.

Ameera ni pun satu asyik nak tepuk paha orang je. El berpaling ke Ameera dan menjungkitkan kening. "Apa!" Marah El.

Terkejut Ameera. Aryan tergelak kecil melihat terlatah El. Dia terus beredar dari tempat El apabila cikgu perniagaan sampai kelas.

Macam berpakat pula Aryan dengan Ameera ni. Suka betul kacau orang.

Patutnya Aryan tu diam je lah, lagi bagus.

┈┈♥︎┈┈

"NAH," dia menghulurkan satu beg kertas kepada El. El tercengang melihat beg kertas yang dihulurkan oleh Aryan. "Apa ni?"

"Ambil, rezeki."

El mengambil beg kertas yang dihulurkan olehnya. Dia melihat isi di dalam beg kertas itu. Melopong mulut El melihat isi di dalam beg kertas. Novel weh! "Untuk aku ke weh," dia bertanya, mata dia bersinar. Kalau nak bagi memang rezeki aku! Novel percuma kot!

Aryan mengangguk dan beredar dari meja Nayra. "Wei dia bagi apa," soal Ameera. Maklumlah first time dapat hadiah dari lelaki novel pula tu! "Novel weh, semua yang aku nak." El tersenyum gembira. Siapa je tak gembira dapat novel percuma?

Ok lah kali ni je dia layan Aryan, tu pun sebab bagi novel free!

"Untung la dapat novel free"

"Kau tak rasa dia suka kau ke?"

El terdiam. Dia tidak pernah terfikir begitu. Dia hanya fikir Aryan sebagai kawan. Eh! Musuh ketatnya, Aryan agak menjengkelkan dengannya tetapi tidak dengan orang lain. Aryan juga merupakan seorang yang agak pendiam dan dingin. Tapi kalau dengan aku! Banyak betul cakap.

"Tak adalah."

Lepas balik sekolah.

El meletakkan beg sekolah nya di atas meja belajar, tidak lupa beg kertas yang diberi oleh Aryan. Dia tersenyum gembira. El membersihkan diri dan menunaikan solat zohor.

Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu, dia melihat telefon bimbit miliknya. Mana tahu ada orang mesej kita, eh ada la! Dia kenal milik nombor itu, Aryan. Walaupun dia tidak menyimpan nombor Aryan kerana dia tidak akan sama sekali menyimpan nombor lelaki bukan mahram.

Dia membaca mesej Aryan.

013*****9
-Suka?

El
-Thanks
-Kenapa bagi aku?

013*****9
-Aku nampak repost TikTok kau, aku bagi la

Berkerut dahi El melihat mesej Aryan. Gila ke dia ni?

Her Happiness: Mrs Aryan (C)Where stories live. Discover now