BAB 27

2.1K 79 4
                                    

GEMURUH memikirkan perihal malam semalam. Sejak kejadian malam semalam, dia asyik memikirkan perkara itu sahaja. Sehinggalah pagi ini, dia termenung memikirkan perkara itu. Sampai tak perasan air panas hampir melimpah di atas tangannya.

Aryan hanya memerhatikan El sampai terpaksa meeting online. Katanya risau. Sudah lah El di rumah hanya mengemas je, kalau Aryan bekerja di rumah tak bosan ke? Baik duduk dekat pejabat, sejuk. Eh nak kata kat bilik kerja dia tak sejuk tak boleh juga.

“Awak tak nak duduk kat pejabat ke? Dekat rumah ni, saya nak kemas…” ujarnya perlahan disebabkan suaminya sedang mesyuarat online.

Aryan menggeleng, mata dia masih tertumpu di skrin. Fokus. El diam, dia menyambung mengemas bilik kerja Aryan. Dia mengelap habuk di rak-rak tersebut. Dia jarang mengemas di bilik kerja Aryan. Sudah hampir pukul 10 pagi, Aryan habis juga mesyuarat bersama pekerja.

Darling buat apa tu, meh sini nak peluk…” kata Aryan menggeliat kecil. Dia membetulkan posisi duduk di atas kerusi. El memandang suaminya pelik, tiba-tiba je.

Patuh, dia memeluk Aryan erat.El mengelap peluhnya di baju Aryan. “Tak apa, lap je,” perli Aryan.

“Kenapa lah awak kerja kat rumah berbanding di pejabat,” gurau El.

Berkerut dahi Aryan, sedangkan dia risau akan keadaan isterinya di rumah. Badan je kecil, kalau orang lain nampak mesti fikir dia budak sekolah lagi. Teringat kejadian semalam yang tidak diingini, dia sudah menyuruh Qayyum memantau CCTV pada malam semalam. Nampaknya lelaki serba hitam itu mengekori mereka tetapi malangnya muka lelaki itu tidak dapat dikesan kerana lelaki itu menutup keseluruh mukanya.

Selepas dia tonton CCTV itu, dia perasan  bahawa lelaki itu nampak seperti berdendam. Fikiran dia bercelaru, takut apa yang difikirkan itu betul.

“Oh, nak pergi ambil Elias kat tadika!” El berkata. Aryan berhenti pergerakan El.

“Biar kita pergi ambil Elias hari ini,” ujarnya sambil tersenyum. Kali pertama diri dia sebagai seorang ayah akan mengambil anaknya dari tadika. Dia teruja, tak sabar nak tengok reaksi Elias.

El jeda seketika, kali pertama juga Aryan akan mengambil Elias dari tadika. Mesti si kecil akan gembira apabila nampak kehadiran Aryan. El mengangguk. Boleh lah dia sambung kerja rumah. Dia nak masak pula, nak sediakan bahan sahaja lama.

┈┈♥︎┈┈

MENUNGGU di pintu pagar tadika, tercari-cari anaknya Elias. Ramai wanita dan guru-guru di situ memandangnya. Ada yang tersenyum, ada yang pelik. Pelik? Sebab dia tak pernah pergi ke tadika itu. Mungkin, cikgu di situ risau akan identiti dia. Dia bersandar di pintu kereta. Pemakaian dia biasa sahaja, baju t-shirt hitam dikenakan seluar slack hitam.

“Encik tunggu siapa ya?” Tanya seorang wanita, kemungkinan guru di tadika itu. Aryan jongket kening. Sebelum dia menjawab soalan, seorang kanak-kanak memanggilnya dengan nada teruja.

“Papa!” Jerit Elias,berlari anak ke arah Aryan. Aryan tersenyum lalu mendepakan tangannya. Elias memeluk Aryan erat. Cikgu tadika tadi terkejut, tidak pernah dia tahu Elias mempunyai bapa?

“Oh, bye cikgu! Ni papa kita!” Ujar Elias teruja. Aryan tergelak kecil memandang si kecil, perangainya tidak berubah seperti El. Sama sahaja mereka berdua, comel.

Cikgu itu tersenyum. Elias masuk ke dalam kereta tetapi sebelum itu Cikgu Masnora mahu berbincang bersama  Aryan tentang Elias di tadika.

“Encik ni ayah Elias ya? Saya cuma nak beritahu, sebelum ini Elias sering di buli oleh rakan-rakan kerana tidak mempunyai seorang bapa. Tapi saya tengok Elias tu selalu tersenyum je sejak kebelakangan ini. Saya tanya, dia kata dia bahagia dengan hidup dia sekarang,” ujar cikgu Masnora panjang.

Her Happiness: Mrs Aryan (C)Where stories live. Discover now