BAB 29

1.9K 71 9
                                    


PARUT apa dekat belakang badan awak tu?” Soal Aryan kepada isterinya. Dia sedang urut pinggang Eleanora. Dari tadi El asyik merengis kesakitan.

El hanya membisu. Bibir dia terkunci, tidak mahu suaminya tahu kebenaran. “Terlanggar…”

“Jangan tipu kita sayang, kenapa?” Aryan berkata dengan mendatar. Riak wajahnya tegang melihat parut yang berada di belakang El itu. Sakit.

“Itu parut lama. Parut daripada Iwan. Katanya hadiah untuk saya,” ujarnya perlahan, menahan air mata dari minitis. Ya, dia lemah.

“Hadiah? Kenapa…”

“Sebab saya hanya makan sayur dan buah sahaja pada ketika itu. Dia paksa saya, dia kata saya ‘gemuk’ sebab tu dia suruh saya tidur atas lantai daripada tidur atas katil. Masa tu, kami baru sehari selepas nikah.”

Aryan terdiam, dia memeluk El erat sambil mengusap parut itu.

“Dan dia juga selalu pukul saya tanpa sebab. Saya selalu fikir ‘apa salah saya?’ Sedangkan saya hanya berbuat baik, saya patuh apa yang dia cakap. Tetapi perangai dia…saya penat. Masa itu, saya lemah. Saya terlalu lemah sampai saya biarkan sahaja dia pukul saya. Sampai satu masa, saya penat dengan perangai dia. Waktu saya mengandunkan Elias pun dia berperangai semenggah,” sambung El panjang, air matanya jatuh juga.

Aryan mengangguk mendengar kisah silam El yang perit. ‘Kuatnya awak sayang…’

“Selepas itu, kepercayaan saya kepada lelaki hilang. Saya takut, saya…” El menangis teresak-esak di dalam dakapan Aryan.

“Shhh, jangan teruskan kalau awak tak mampu. I'm sorry sayang,” pujuk Aryan. Dia rasa bersalah pula.

┈┈♥︎┈┈

ELEANORA AULIA menyusun barang milik anaknya, Elias. Dia masuk baju dan barang Elias ke dalam bagasi. Aryan menyuruh Elias duduk seketika di rumah Puan Zahra.

Banyak juga barang Elias yang perlu di bawa. Elias sahaja suka membaca buku, mainan yang ada pun sedikit sahaja. Nasib baik buku semuanya ringan dan nipis.

Nasib baik lah anak dia lelaki, kalau perempuan mesti lagi banyak barang nanti.

Kepala dia tiba-tiba berpusing, seperti mahu pintam. “Ouch…” dia mendesis kesakitan, memegang kepalanya.

Dua tiga hari ini, dia asyik fikir perkara yang lepas. Perkara yang tidak diingini. Perkara yang dia paling benci sekali. Dia mengeluh kecil, kalau dia tak jumpa Aryan agak-agak teruk tak hidup dia?

‘Bersyukur lah El, Aryan ada dalam hidup kau. Sanggup jaga kau dan Elias. Kalau lelaki lain mungkin takkan terima kau.’ El kemam bibir selepas hatinya berkata demikian.

Kalau ikutkan, dia malu. Dia malu dengan kisah buruk dia. Dia malu sangat, dia lemah.

Fikiran negatif di kepalanya muncul berkali-kali. Dia sudah letak kepercayaan yang tinggi kepada Aryan. Semuanya dia akan bergantung kepada suaminya sendiri. Dia yakin, dia akan bahagia dengan Aryan dan Elias.

Selesai mengemas barangan tersebut, terus dia mengorak langkah ke dapur untuk minum air. Tekak kering, cuaca panas. Kena minum air banyak.

┈┈♥︎┈┈

UMI jaga Elias tau, kalau ada orang pelik buat tak tahu je tau,” Aryan berkata dengan nada risau.

Puan Zahra mengangguk laju. Dia mendukung Elias, suka betul dengan budak comel.

“Apa jadi weh, kenapa tiba-tiba je?” Aqeel,adik lelaki Aryan berkata. Aryan hanya membisu dan menjeling adiknya itu. Sibuk je nak tahu hal orang. Pergi jaga tepi kain sendiri.

Her Happiness: Mrs Aryan (C)Where stories live. Discover now