BAB 17

2.5K 109 3
                                    


ALHAMDULILLAH” ucap Puan Zahra bersyukur selepas berjumpa dengan El. Sekarang hanya perlu masuk meminang sahaja.

Aryan kata dia tak nak tunang, dia nak kahwin terus tetapi El kata lebih baik bertunang terlebih dahulu. Dia kalau boleh, nak mengenali Aryan.

“Sayang.”

Jantung dia berdegup kencang mendengar suara yang dia amat kenali itu. ‘Ish apa ni belum halal lagi dah panggil macam tu mana tak malu!’ memerah muka El menahan malu. Dia hanya tunduk sahaja.

Sejak dari semalam, Aryan bertukar panggilan dari ‘kau-aku’ ke ‘awak-kita’. Begitu juga dengan dia tapi dia lebih suka guna ‘kita-awak’ walaupun dia tak biasa lagi dengan panggilan sebegitu.

Ariana dapat kelonggaran balik dari University selepas dia dapat tahun bahawa El dan Aryan akan bertunang tak lama lagi.

Alhamdulillah, keluarga Aryan baik sangat. Diaorang gembira bila dapat tahu yang El terima.

Dengan rela.

“Umi, kita nak bagitau yang ibu bapa El dah lama meninggal 4 tahun lepas…” ujar El dengan nada perlahan. Ya, selepas sahaja dia bercerai, ibu bapa dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tak pasti kenapa, tapi kereta itu tak boleh tekan brek.

Macam ada orang yang plan semua ini, tapi siapalah kita nak cakap begitu?

Ahli keluarga Aryan yang berada di situ terdiam. Terus Puan Zahra memeluk gadis itu. Dia mengusap kepala El yang berlapik tudung. “Umi tahu kamu kuat. Banyak yang kamu hadapi, sekarang masanya untuk kamu merasakan kebahagiaan.”

El hanya tersenyum nipis, dia menahan air mata yang hampir menitis. Dia tak pasti jika dia boleh dapat kebahagiaan yang dia sentiasa inginkan selama ini. Jika betul apa yang umi katakan, maka dia sangat bersyukur.

“Kalau macam tu pertunangan dalam dua hari? Kita buat secara kecil-kecilan sahaja,” ujar puan Zahra. Aryan mengangguk, yang lain juga setuju. Bagi dia, dia tak mahu buat besar-besaran. Tunang je…

“Balik lah dulu, kesian anak kamu nanti.”

Dia mengangguk lalu keluar dari rumah mewah itu. Aryan hanya mengikuti dari belakang.

“Awak, jom kita hantar?”

Lagi sekali, jantung dia berdengup laju. Dia tak biasa dengan cara percakapan Aryan yang sangat lembut ketika ini. Bukan apa, tetapi perwatakan Aryan sangat berbeza. Kalau sebelum ini dingin, pendiam tetapi sekarang tidak. Dia bertukar menjadi seorang yang lemah lembut, jaga percakapan. Walaupun dia masih jarang bercakap tetapi dia dapat tahu.

Tak boleh! Tu baru cakap kita-awak belum lagi panggilan manis!

Agak-agak pengsan tak? Hm, entah lah. Dia selalu berangan nak orang panggil dia macam tu. Dia banyak kali baca novel romantik tapi dia tak pernah merasai walaupun sekali. Kalini, dia berharap dia akan dapat merasai apa yang dia tak pernah rasai.

┈┈♥︎┈┈

AUDI R8 berhenti di depan rumahnya. Sampai juga di rumah miliknya. Nanti dah kahwin dia akan tinggalkan rumah kecilnya ini. Rumah yang bakal menjadi kenangan. “Awak, kita masuk dulu…” gumam El perlahan tetapi masih boleh didengari. Aryan mengangguk.

Dia tersenyum kecil melihat El malu-malu kucing.

Sebenarnya dia masih tak percaya bahawa wanita yang dia cintai selama ini bakal menjadi isterinya. Fikirannya, dia dan El tak berjodoh tetapi sangkaan dia salah. Tak sia-sia dia tunggu wanita itu. Lama dia simpan, sekarang dia takkan lepaskan wanita itu. ‘Terima kasih Ya Allah.’ ucap Aryan dalam hati. Bersyukur dengan ketentuan yang ditetapkan oleh yang maha esa.

Her Happiness: Mrs Aryan (C)Where stories live. Discover now