BAB 25

2.2K 85 2
                                    

SEPANJANG perjalanan dia hanya memandang ke arah luar tingkap. Fikirannya celaru, memikirkan perkara tadi. Andai kata lelaki yang dia benci hadir sekali lagi di dalam hidupnya. Apa yang perlu dia buat untuk elak daripada lelaki itu? Mengapa lelaki itu harus kembali? Sudah 5 tahun berlalu sejak kejadian perit yang  telah dilupakan.

Tersedar juga dari lamunan apabila suara menyerunya. "Mama,dah sampai rumah! Rumah kita ke ni? Besarnya!" Ujar si kecil, matanya bersinar melihat pemandangan kawasan rumah itu. Besar sungguh. Eleanora tersenyum pahit, dia menyorokkan perasaan gelisah daripada anaknya. Tidak mahu anaknya risau akan dirinya. Biar lah, dia fikir sendirian. Tak mahu orang lain masuk campur masalah dia.

Dia keluar dari kereta bersama anaknya. "Hai, sayang. Best shopping?" Tanya Aryan, El hanya  mendiamkan dirinya. Dia penat.

"Best! Tadi Mama belikan biskut.Tengok ni, besar!" Ujar Elias teruja sambil menunjukkan plastik yang berisi biskut itu kepada Aryan.

"Ya ke? Ni je beli?"

"Shopping mall tu besar! Mama tak beli apa-apa pun sedangkan Elias dah tunjuk dah kedai baju tu. Tapi mama kata mahal," kata Elias, ha mula dah.

El buat endah tak endah terhadap mereka berdua lalu masuk ke dalam rumah. Dia penat berjalan. Kenapa lah pusat membeli belah itu terlalu besar? Sudah lah mahal. Memang bukan untuk dia. Aryan dan Elias memandang sesama sendiri, pelik melihat reaksi El.

Mereka turut masuk ke dalam rumah, kereta Range Rover itu tadi meluncur keluar dari kawasan rumah itu.

El membaringkan dirinya di atas katil. Dia mengurut kakinya, nasib baik lah dia tidak memakai kasut tumit tinggi, kalau tidak memang padahnya sakit.

"Penat?" Tanya Aryan. Dia tak nampak ke orang tengah penat lepastu pergi tanya lagi. Dia mengeluh kecil.

"Kenapa tak beli apa-apa tadi? Bukan ke shopping mall tu banyak jual baju, kasut?" Tanya Aryan, dia pun pelik dengan isterinya. Bukankah perempuan suka menghabiskan duit? Kenapa isteri dia ni lain.

"Oh ya, tadi kita pergi beli biskut 3 biji untuk Elias. Satu biskut Rm20. So maknanya Rm60 nanti kita bayar balik," ujar El sambil membuka tudungnya. 

Aryan menjungkitkan keningnya, memandang El pelik. "Kenapa pula nak bayar balik? Biskut je pun?"

"Sebab saya guna kad awak tadi, kena lah bayar balik. Biskut tu pula bukannya murah." Ujar El, dia mengambil wang simpanannya.

Aryan hanya memerhati pergerakan si isteri. El menghulurkan wang sekeping Rm50. "Maaf lah tak cukup Rm10, nanti saya pergi bank ambil duit."

Aryan tidak mengambil wang yang dihulurkan oleh El. "Eleanora Aulia." Aryan memanggil nama isterinya dengan tegas.

"Ambil balik duit ni tak payah ganti. Mulai dari sekarang, guna je kad tu. Kita tak kisah. Nak pakai beribu ke berjuta ke pakai lah. Kad tu memang untuk awak je. Apa gunanya ada suami tapi tak nak guna?"

Jeda.

Pertama kali seseorang berkata demikian kepadanya. Entah kenapa hati dia berdebar. Mungkin, dia dapat rasa keikhlasan daripada Aryan. Ya, Aryan Zayren. El memandang mata Aryan.

"Betul ke...? Tak apa ke kalau saya guna duit awak? Awak kerja penat-penat tapi kita guna duit awak banyak-banyak pula. Saya rasa bersalah sebab guna kad awak tanpa izin," ujar El tersenyum nipis.

Aryan ketawa kecil, comel sungguh melihat isterinya. Entah kenapa dia selalu fikirkan isterinya seorang gadis yang comel sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

"Guna je lah?"

El melompat gembira, dia memeluk Aryan erat sampai tak bernafas. "S...sayang lepas jap! Mati aku nanti!"

Her Happiness: Mrs Aryan (C)Where stories live. Discover now