PROLOG

439 55 6
                                    

Kata siapakah yang setiap hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir kebahagiaan?

Ya kata seorang lelaki bernama Kim Junkyu.

Lelaki tinggi lampai yang angkuh dengan prinsip itu hanya kerana hubungannya dengan kekasih hatinya sudah menginjak angka 7 tahun bersama. Setiap saat yang dilaluinya bersama Kim Hana sentiasa diakhiri dengan kata bahagia. Walaupun mereka kadangkala bergaduh kecil, pasti kata maaf bakal dituturkan daripada bibir masing-masing sebelum mata mereka dilelapkan.

Kerana itulah prinsip mereka.

Jangan tidur sebelum saling memaafkan.

Kim Junkyu dan Kim Hana keduanya ialah anggota polis. Mereka juga antara pasangan yang terkenal di balai kerana bukan sahaja hubungan cinta mereka, malah kerana kecekapan mereka dalam mengendalikan tugas polis.

Ayat dan mitos orang tua yang mengatakan jika nama pangkal sama pasti berakhir tragedi. Namun, apa yang pasangan muda ini peduli?

" You are mine, and Im yours, Kim Hana. "

Ayat yang sering Kim Junkyu katakan. Sungguh tidak lelaki ini terfikirkan yang suatu hari nanti...

Dia akan kehilangan Hana.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now