PART 7

113 30 2
                                    

" Kau kena tolong aku, Hana. " gesanya. Hana disisi juga nampak runsimg. Semuanya kerana ulahan lelaki ini.

" Aku tak boleh buat apa dah, Haruto. Aku kan dah pindah department lain. " Geleng Hana. Bukannya dia tidak mahu membantu Haruto, namun kini dia sudah berpindah ke bahagian polis Busan. Jenayah yang Haruto lakukan ini di Seoul, tiada kena mengena dengan Busan.

Tiada apa Hana mampu lakukan...

" Yang kau bodoh sangat pergi tukar balai kenapa? "

L Hey, kan aku tukar balai sebab kau nak aku dekat dengan kau. " Hana membutangkan mata. Memandang tinggi lampai ini yang mulai resah. Kerana kes Woojin itulah, apa lagi.

Angeline dah disabitkan tidak bersalah. Dan gadis itu juga menyebut nama Haruto, sekaligus menjadikan lelaki itu suspek terkini.

" Memang sial kau Angeline. Selama ini aku yang suap kau, aku yang beri kau kekayaan, macam ni kau balas budi aku? " Haruto mengetap bibir. Puntung rokok dibibir, diketap. Rasa amarahnya meluap.

Rasa marahnya tidak tertahan kerana Angeline yang bertindak mengkhianatinya. Kini, polis akan mencari dia pula. Meskipun budak yang dia langgar itu sihat walafiat dah sekarang, Haruto tetap dah langgar undang-undang.

" Aku ada idea, Haruto. " Lelaki itu tersentak lantas memandang Hana yang sudah tersenyum. Nyatanya, Haruto sering mendengar ideanya kerana lelaki Jepun ini takut ditangkap. Banyak cabel Haruto ada, memustahilkan dirinya ditangkap.

Kerana itulah syaitan ini masih berleluasa.

Namun, harapan Hana menjadi hancur tatkala Haruto dengan pantas mencekak pipi si gadis dengan kuat. Mata pemuda itu menyalang, menandakan kemarahan dipuncak. Seperti apa yang Hana katakan tidak mampu menenangkan bara api yang sedang marak.

" Kau dengan idea bodoh kau tu? Kau memang bebanlah, perempuan sundal! " Berair mata si gadis, dek kerana menahan rasa sakit yang Haruto lakukan.

" Dengar dulu apa aku nak cakap, Haruto.. " penuh sesak, Hana menuturkan. Hampir biru juga kerana sistem pernafasannya sedikit tertutup kerana cekikan Haruto. Akur, Haruto melepaskan tangannya. Dan dapat dirasai betapa kebas dan sakitnya pipi Hana.

Gadis itu mengelap air matanya yang masih mengalir.

" Kita boleh minta tolong ketua polis negara. Kau kan ada cabel dengan dia. "

" Orang tua tu? Dia tu nak duit, tapi kerja tak jalan. Memang bodoh. " Geleng Haruto. Puntung rokok yang dicampak tadi digapai kembali sebelum nikotin itu dihisap perlahan. Rasa seperti ketagihannya hilang sebaik sahaja asap berbahaya itu menjenguk peparunya.

Seribu satu cara membunuh diri.

" Atau pun, kita— "

" Dah dengan idea bodoh kau. Kes budak ni, kau tahu siapa yang uruskan? "

Tersentak, Hana menggeleng. Tidak pula dia tahu siapa pegawai polis yang menguruskan kes langgar lari Haruto. Seperti yang dikatakan, semua ini dibawah data peribadi balai polis Seoul. Hana yang di Busan tiada hak untuk access melainkan jenayah melibatkan Busan-Seoul.

" Bekas kekasih kesayangan kau tu, Kim Junkyu. Dia lah yang handle kes ni. "

Membulat matanya sebaik sahaja nama Junkyu meniti dibibir Haruto. Lelaki Jepun ini tersenyum sinis, mata tajam itu memandang Hana yang seperti tidak senang duduk.

" Jumpa dia, minta dia gugurkan kes. "

" Tapi aku dah kata aku taknak jumpa dia lagi. "

BAM !!

" Sekarang ni siapa berkuasa? Kau atau aku? " jerit Haruto usai membentak meja kopi didepannya. Pantang betul apabila arahannya diingkari.

" Kau.. Haruto. " Tergamam, si gadis menunduk. Jelas juga Hana takut akan Haruto. Namun, dalam kegarangan Haruto, saban malam Haruto akan datang dan memujuk dirinya kembali. Sisi lembut itu akan muncul.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now