PART 4

130 33 3
                                    

" Abang nak hantar adik ke mana? Rumah? " soal Junkyu, ramah. Sungguh tiada apa-apa maklumay berkenaan Woojin didalam pangkalan data kerajaan. Junkyu jadi buntu dimana dia mahu menghantar remaja lelaki ini pulang selepas kes langgar larinya kelmarin. Dan lebih memeranjatkan, Woojin sebagai saksi dan mangsa kejadian ini menidakkan suspek sebagai pelaku sebenar.

" Bukan dia yang langgar saya. " geleng Woojin. Junkyu berkerut kehairanan. Bukan gadis ini?

" Maksud adik? " Jihoon pula menyoal. Rasa pelik kerana bukti yang diadukan oleh pegawai polis ditempat kejadian yang menyatakan suspek ini sebagai pelaku, namun lain pula yang dikatakan oleh Woojin.

" Bukan Kim Angeline yang langgar saya. "

Ulang Woojin sekali lagi. Ya, bukan Angeline yang melanggarnya. Woojin tidak pasti siapa yang melanggarnya, namun yang Woojin pasti dia tidak mahu Angeline ditangkap.

Woojin tidak mahu mama ditangkap.

Ya, mama. Mama yang ditahan didalam penjara sejak dia lahir. Dia lah insan itu, mama yang melahirkannya, Kim Angeline Tan.

Dan Woojin tidak mahu memberi sebarang keterangan yang mendorong kepada penangkapan Angeline. Woojin tidak tahu sebab sebenar tapi Woojin pasti ada sebab mengapa Tuhan mencampakkannya ke tahun 2024. Pasti ada sebab mengapa dia gagal membunuh diri dahulu.

" Tapi bukti mengatakan yang—"

" Bukan mama yang buat Woojin, papa. Bukan...." Woojin tergamam sebentar sebelum dia menyedari Junkyu tidak mengenalinya.

Ya, ni tahun 2024, Woojin.

Kau belum lahir lagi masa ni.

" Bukan Angeline yang langgar saya, bang. Bukan dia. "

Akur dengan jawapan Woojin itu, Junkyu dan Jihoon malas mahu menyoal lebih. Dan kini, kes semakin sukar kerana penidakkan Woojin kepada kes ini.

Junkyu dan Jihoon buntu.

" Sa—saya tak ada rumah, bang. "

" Kejap, adik tak ada? Habis tu selama ni adik duduk mana? "

Tergamam dengar soalan Junkyu, kerana ini juga persoalan yang bermain di minda Woojin. Sebelum ini dia siapa di tahun 2024. Atau adakah dia karakter baru yang dihidupkan?

Siapa ibu ayahnya?

Dimana rumahnya?

Siapakah dirinya?

" Hari pun dah nak malam ni. Hmm, adik nak tidur rumah abang? Esok baru kita cari mak ayah adik. " sengih Junkyu. Woojin memandang senyuman si tinggi lampai.

Tidak pernah...

Tidak pernah Woojin melihat senyuman si ayah.

Dan ditahun 2024 ini, Woojin akhirnya dapat menyaksikan senyuman sang ayah. Senyuman insan yang Woojin masih ragui kerana tidak menyelamatkan mama didalam penjara nanti.

Tengok pada kejadian sekarang, Woojin pasti papa belum mengenali mama lagi. Ya mungkin mereka saling mengenali sebagai pegawai polis dan penjenayah.

Penjenayah? Tidak, mama bukan penjenayah.

Dan dimanakah mama?

Woojin akan pastikan sebaik sahaja matahari memunculkan cahayanya, dia akan memulakan misinya mencari insan yang melahirkannya itu.

Woojin akan cari mama.

———————

Usai mandi dan mengenakan pakaian milik Junkyu, Woojin menapak ke ruang tamu milik apartment lelaki ini. Dan satu lagi perkara yang mengejutkan Woojin.

Saiz bajunya sama dengan saiz Junkyu.

Dan Woojin menyedari dia semakin mengikuti figura tubuh ayahnya. Tinggi dan langsing.

Sama seperti Kim Junkyu.

Woojin memerhati satu persatu barangan didalam rumah Junkyu. Hanya sebuah apartment yang biasa milik orang bujang. Namun, segalanya sangat terurus. Sejak dahulu lagi, ayahnya memang terurus orangnya. Dan kerana itulah, Woojin juga mengikuti perangai itu.

Ada figura beberapa artis kesayangan ayahnya.

Beberapa poster.

Dan sekeping gambar berbalut bingkai..

Yang diletakkan tepat didalam bekas kaca. Seperti gambar papanya dengan seseorang...

Tapi siapa?

Pantas Woojin berdiri dan mengamati gambar tersebut. Seperti seorang wanita.

Mesra sekali merangkul lengan si ayah. Dan gadis ini bersama papa, kedua-duanya tersenyum gembira.

Mereka pasangan kekasihkah?

Tak! Papa kena dengan mama.

" Tu lah bekas girlfriend abang. " Terkejut, Woojin memandang tuan empunya suara. Kelihatan Junkyu sudah keluar daripada toilet, sambil menggosok rambut basahnya dengan tuala.

Sungguh kacak ayahnya sekarang. Pasti beribu wanita jatuh cinta, Woojin pasti.

Dan gen kacak ini diwarisi oleh Woojin. Walaupun dia dihina dengan gelaran maknya seorang banduan, tiap hari dia tidak putus menerima coklat dan berbagai hadiah juga daripada para gadis.

Semuanya memuji paras rupa Woojin yang kacak.

Mewarisi kekacakan Kim Junkyu. Dan kecantikan mamanya, Kim Angeline.

" So—sorry bang. Saya sentuh tanpa izin pulak. " tunduk Woojin. Dia juga tahu betapa pantangnya Junkyu akan larangan menyentuh barangan peribadinya.

" Tak apa. " geleng Junkyu.

" Ni bekas girlfriend abang ke? " soal Woojin lagi. Junkyu memandang sekejap gambar itu lantas angguk kecil.

" Ya, kami dah putus. " sayu sungguh nada itu.

Woojin kesian, tapi gadis ini bukan mamanya!

" Kenapa putus, bang? Abang suka orang lain ke? "

" Tak lah. Dia naik jawatan and nak break sebab takut abang curang. "

" Abang curang ke?"

" Abang bersumpah dia seorang je gadis yang abang sayang seumur hidup. "

Shit! Tak boleh macam tu, papa. Sebab papa belum jumpa mama lagi.

" Angeline tu. Siapa dia? " mengubah topik, Woojin benci papanya berborak berkenaan gadis yang Woojin juga tidak tahu siapa. Woojin nak papanya mengenali mama.

Kini, mereka berdua melabuhkan diri di sofa. Jika dilihat daripada jauh, Woojin dan Junkyu seperti adik beradik.

Tinggi yang lebih kurang, paras rupa yang kacak serta figura langsing itu.

Sedangkan fakta tidak dapat menidakkan yang Woojin ialah anak kandung Kim Junkyu.

" Kim Angeline tu? Dia pernah ada kes merompak dulu. Tapi tak boleh tangkap sebab tak ada bukti. Last-last rupanya orang lain yang buat. Banyak lah juga kes Angeline kami tangkap, tapi end up bukan dia yang buat. The only crime she did, lumba haram. Tu je. "

" Kenapa nampak abang Jihoon macam tak suka kat dia je. " soal Woojin. Dapat dilihat daripada raut wajah Jihoon betapa dia mahukan Angeline kedalam penjara.

" Jihoon tu memang nak penjenayah masuk penjara. Tapi Angeline tu tak adalah bersalah lagi. Cuma lumba haram. " cemberut Junkyu. Woojin melihat wajah Junkyu saat lelaki ini menuturkan semua info berkenaan Angeline.

Tanpa mengetahui dia sedang bercerita mengenai bakal isterinya.

" Kalau saya nak jumpa Angeline boleh? "

" Jumpa dia? Sekarang pun dia hilang tak diketahui kat mana, dik. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now