PART 13

112 26 4
                                    

SPLASHHHHH!

Woojin tersentak sebaik sahaja sebaldi air dicampak terus ke wajahnya. Pantas dua pasang mata yang sama seperti mamanya itu segar-bugar. Dia melilau melihat pemandangan yang begitu asing kini. Sebelum dia tersentak mengingati yang dia diculik semalam!

Sewaktu dia usai menggunakan tandas, tiba-tiba sahaja mulutnya ditekup sebelum segalanya menjadi gelap. Kerana itulah Woojin yakin bahawa dia diculik.

Dan gerangan siapa pula yang menculiknya?

Ini gila.

" Dah bangun, budak? " suara garau menyapa, lantas menyentak Woojin. Seorang pemuda sasa yang bertatu memandangnya dengan sinis.

Keadaan Wooji kini diikat kedua-belah tangannya pada kerusi. Mulutnya juga ditutup dengan pita pelekat. Mengehadkan percubaan Woojin untuk menjerit meminta tolong.

Keningnya berkerut sebelum renungannya bertukar tajam. Woojin cuba meronta, namun hanya kepenatan yang dia dapat.

Sukar. Ikatan talinya terlalu ketat.

Zasss!

Tergamam, Woojin memejam matanya menahan kepedihan sebaik sahaja mulutnya yang ditutupi pita pelekat ditarik sebegitu sahaja.

" Sakitlah, bodoh! " teriak Woojin, mengendahkan kewujudan 3 lelaki sasa ini dihadapannya. Dia kisah apa, bapaknya polis.

" Woo budak, jangan habiskan tenaga kau dulu. Kau belum jumpa boss kami lagi. " jelas salah satu dripada mereka, mengundang tanda tanya Woojin.

Jangan cakap...

" Baguslah kau dah bangun. "

Ya, Woojin dah agak. Dia tahu siapa yang menculiknya.

" Kau rupanya Haruto.. "

Sinis nada Woojin. Hilang hormatnya pada Haruto yang lebih tua daripadanya.

Lelaki ini..

Dia yang menyumbat mama kedalam penjara..

Lelaki ini..

Dia juga yang menyebabkan mama terseksa.

Oleh itu, Woojin pasti tidak ada seinci pun rasa hormat yang perlu dia beri kepada lelaki bernama Haruto ini. Kerana yang tersisa di dirinya hanyalah kejahatan.

Kejahatan seorang Watanabe.

" Kau nak bunuh aku? " terus tanpa tapis Woojin bertanya. Haruto yang baru sahaja melabuhkan punggung dihadapannya hanya tersenyum sinis.

" Kenapa kau anggap aku nak bunuh kau? "

" Sebab jiwa kau, jiwa pembunuh. Tak ada sebab untuk kau tak membunuh. "

" Kau terlalu lantang untuk budak berumur 17 tahun. Tak takut mati? "

" Mati yang takutkan aku, Watanabe. "

Wow. Haruto ketawa terbahak. Tidak dia sangka Woojin berani sebegini.

Mengingatkan dia pada seseorang...

" Kau berani budak. Mengingatkan aku pada perangai Angeline. Dia pun sama kuat melawan macam kau. "

Woojin hanya mematung. Tidak membalas apa yang diutarakan Haruto. Perangai aku macam Angeline? Sebab aku anak dia.

Mama aku seorang yang berani.

Lagi-lagi nak melawan orang sekeji Haruto.

" Aku masih cakap elok-elok buat masa ni. Aku nak kes kau digugurkan. Cakap dengan Junkyu untuk berhenti buat kerja bodoh. "

MY ANGELINE / KJKحيث تعيش القصص. اكتشف الآن