PART 20

112 23 0
                                    

PRANGGGGGG !!!!

" ARGHHHH !!! " jerit Haruto. Dia mendengus kemarahan lantas menjatuhkan kesemua barangan atas meja. Kesemua bekas abu rokok dan arak kini jatuh berceceran di lantai hasil ulahan lelaki ini.

Dia mengusak rambutnya, cuba meneutralkan rentak jantungnya yang semakin menggila.

" ROSAK HABIS PLAN AKU! " keluhnya. Haruto lantas menghempas punggungnya diatas kerusi.

Lantas pembantunya membantu menghulur segelas arak lagi. Cuma membantu lelaki ini menjadi waras kembali.

" Kau dah check siapa perempuan yang kacau aku tu? "

" Kami tak dapat tahu identiti dia, tuan. Sebab macam dia orang asing, maklumat dia kosong. "

Haruto mengetap rahangnya. Mata tajam itu menghunus tepat ke dinding.

" Siapa budak tu? Berani dia kacau aku sebelum aku bunuh Woojin sialan tu! " dengus Haruto. Sungguh dia angin.

Kini, Angeline sudah melarikan diri. Dan Haruto pasti Junkyu yang melarikan bakal isterinya.

Junkyu, Junkyu.

Kau dah bermain dengan api.

Kau dah mencabar Watanabe Haruto.

Dan saat dia mahu membunuh Woojin, ada pula perempuan yang kacau. Hebat dia. Pandai dia menjatuhkan kesemua orang-orang Haruto.

Seperti jaguh dalam seni mempertahankan diri.

Tanpa Haruto tahu, itulah anak kandungnya dimasa hadapan. Anak yang dia ajar seni mempertahankan diri sejak kecil. Yang sudah dia ajar memegang pisau seawal usia 5 tahun.

Itulah Watanabe Atsuko.

Kerana itulah kekuatan Atsuko setara dengan orang lelaki. Ototnya sudah dilatih menjadi kuat sejak dini. Namun setiap yang dicipta pasti akan gagal dengan yang mencipta.

Atsuko akan kalah jika berlawan dengan Haruto.

Dan kerana itulah, Atsuko tidak mahu jadi gila dengan menyerang Haruto bersendirian. Dia ada plan tersendiri.

" Cari budak tu sampai dapat dan bawa jumpa aku. Aku nak tahu siapa dia. Siapa yang berani ganggu aku. " arah Haruto, dan kesemuanya diterima baik oleh pembantunya.

Haruto menyandarkan tubuhnya.

Nafas dihela.

Sebelum dia teringatkan sesuatu.

" Perempuan tu kau dah bagi makan belum? " soal Haruto. Pembantunya menggeleng.

" Dia tak nak makan, tuan. "

" Gila. Dia pilih nak mati kat bawah tanah tu. " tawa Haruto.

Bodoh punya perempuan. Sungguh ingin mati?

Aku tak bunuh kau haritu pun dah cukup bagus lah.

Haruto bingkas bangun dan membawa langkahnya turun ke tingkat bawah tanah. Sebelum kunci yang dibawa rapat segera membuka pintu kayu besar itu.

Ruangan berdebu itu menyapa hawa deria Haruto. Lelaki ini menggeleng seketika sebelum dia menapak masuk kedalam ruangan yang gelap ini. Tanpa sebarang lampu.

Sebelum lelaki ini menekan suis disisi. Dan terserlah sosok tubuh si gadis.

Diikat menggunakan gari besi dikedua belah kaki. Tangannya juga dipasangkan gari besi yang lebih ketat. Pasti akan menimbulkan luka, Haruto pasti.

Dan kelmarin dia sudah menyimbah gadis ini dengan air. Lantas membiarkan sahaja dia kebasahan. Haruto tidak bodoh, dia tahu gari besi itu akan berkarat kerana campuran besi, air dan udara.

MY ANGELINE / KJKOù les histoires vivent. Découvrez maintenant