PART 14

101 23 3
                                    

Malam semakin ingin memulai melabuhkan tirai. Dan kini, hanya menyisakan Junkyu dan Woojin didalam wad. Angeline sudah lama pulang, kerana gadis itu mengambil turn dengan Junkyu untuk emnjaga Woojin. Lagipun, esok Woojin sudah boleh discharge.

Junkyu pula di mejanya, nampak kusyuk dengan laptopnya. Pastinya berkaitan hal penculikan Woojin, menampakkan kesibukan Junkyu.

Sebenarnya tiada bukti Haruto yang melakukannya, melainkan keterangan Woojin seorang sebagai mangsa. Kerana semua lelaki yang ditangkap, tiada pun yang membuka mulut atau menyebut nama Haruto.

Menunjukkan betapa setianya mereka pada ketua mereka.

Dan jika hanya kenyataan Woojin dikumpulkan, Haruto masih boleh dibebaskan daripada pertuduhan. Kerana itulah, Junkyu sungguh keliru.

Lagipun, berani sungguh lelaki Jepun itu menculik Woojin. Apa kaitan remaja ini dengan kes ini? Apa dia ingat dengan membunuh Woojin, segala pertuduhan dia akan digugurkan ke?

Sebelum, Junkyu mengeliat dan bertindak menutup laptopnya. Penat juga dia sedari tadi hanya merenung laman yang bercahaya itu. Esok juga Woojin bakal dikeluarkan, eloklah lelaki ini berehat terlebih dahulu.

Sebelum Junkyu tersentak memandang Woojin yang sedari tadi merenungnya.

" Kau tak tidur, dik? " soal Junkyu, lantas menghampiri katil Woojin. Remaja ini hanya menggeleng lemah. Junkyu melabuhkan punggungnya disisi katil Woojin, rasa enak juga jika dia mahu berbual sekarang.

" Kau ni sebenarnya siapa, Woojin? Mak ayah kau mana? Dorang tak datang melawat ke? " gusar Junkyu. Woojin memandang Junkyu sebelum dia tersenyum.

" Ada. Tadi mama saya datang. Lepas tu papa pula. "

Betul. Tadi Angeline datang dan menjaganya. Dan kini, Junkyu pula.

" Eh? Dorang masih ada? Kenapa kau tak duduk dengan dorang? Kau lari rumah eh? " soal Junkyu. Wajahnya juga kelihatan panik, mungkin gusar dituduh sebagai penculik.

" Taklah bang. Saya ada je dengan mama papa saya. "

" Yeke? Siapa mama papa kau? "

Woojin hanya tersengih. Wajah ingin tahu Junkyu jelas membuatkan dia tersenyum lebar. Sedikit juga dia merindui Junkyu 18 tahun yang hadapan.

Pada waktu itu, papa tidak semuda sekarang. Wajahnya lebih berkedut, namun tubuhnya masih sasa dan lampai. Papa masih sesuai sebagai pegawai polis ketika itu. Dan Junkyu yang dihadapannya ini, sungguh kacak. Wajahnya masih mulus dan bersih, dan papa kelihatan sedikit tidak matang.

Ya, papanya lebih banyak bermain-main. Tidak serius langsung, namun komited dalam pekerjaannya. Dalam diam, Woojin tersenyum.

Papanya hebat.

" Papa saya? Papa saya pegawai polis. Pegawai polis yang terhebat kat balai dia. "

Terbelalak mata Junkyu sebelum dia berdehem. Matanya mengecil memandang Woojin.

" Papa kau p—polis? Balai mana? Jawatan apa? "

Woojin menyunggingkan bibir, mungkin Junkyu takut papa yang dimaksudkan Woojin ialah senior ditempat kerjanya.

" Tak apa. Abang tak payah kenal dia. Cukuplah saya je kenal dia. " sengih Woojin. Junkyu memuncung sebelum nafas dihela.

" Bapak kau polis, dan kau masih berani lari daripada rumah? Aish, sekali dia hantar team dia, satu minit je dah boleh jumpa kau kat sini. Dengan aku sekali kena atas tuduhan menculik. " bebel Junkyu. Woojin ni lah contoh remaja kini yang terpengaruh dengan gejala buruk dan gemar lari daripada rumah tanpa memikirkan akibatnya.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now