PART 21

73 18 0
                                    

Haruto pantas membawa Hana ke hospital. Pada mulanya mahu sahaja dia abaikan si gadis itu pengsan disitu, sebelum dia sendiri menyaksikan darah merah pekat keluar daripada celah seluar Hana.

Cukup membuatkan Haruto kaget.

Pantas lelaki Jepun ini mendukung Hana dan membawanya ke hospital berdekatan. Seketika dia cemas.

Sebelum dia sendiri menyaksikan Hana dibawa masuk kedalam bilik kecemasan.

Haruto mendudukkan dirinya disisi. Hanya sabar menunggu meskipun tubuhnya juga sudah penat. Seketika fikirannya terfikirkan mendiang isterinya, Atsuko.

Atsuko mati dalam keadaan mengandungkan anaknya. Dan Haruto juga takut akan terjadi sama seperti Hana.

Haruto takut.

Dalam kecelaruan Haruto berfikir, dia tidak sedar sudah 2 jam dia menunggu. Sebelum doktor yang ditugaskan keluar, pantas dihampiri Haruto.

" Dr...Macam — macam mana dengan wife saya? "

" Cik Hana? Encik Haruto, awak bertuah sebab bayi dapat diselamatkan. Dia hampir keguguran tadi kalau lambat bertindak. Cuma saya nak tanya... kenapa kaki dan tangan dia? Semuanya berdarah teruk dan ada kesan karat. " Haruto terdiam seribu bahasa. Tiada kata yang dikeluarkan, hanya sunyi.

Benar, dia yang menyiksa Hana.

Dia juga yang bakal membunuh anak mereka.

" Erm doktor, boleh saya lawat Hana? "

" Ya silakan. Tapi mohon jangan terlampau pressure dia ya? Dia masih separa sedar. "

Akur, Haruto perlahan menapak masuk kedalam wad yang menempatkan Hana. Mata tajam itu memandang Hana yang terbaring bersama selang fius yang menempel di tangannya. Wajah cantik itu juga kini tiada lagi seri.

Pucat lesi.

Haruto mengelus lembut pipi Hana. Dan dia tergelak kecil.

" Pucatnya muka kau Hana.. Mesti anak kita perempuan kan? Dia dah ambil seri mama dia. " tawa Haruto.

Dan kata-kata itu berjaya mengejutkan Hana. Gadis itu terpinga bangun sebelum wajah Haruto membuatkannya tersentak. Pantas mata cantik itu kembali bergetar takut.

" Ha—Haruto.... "

" Hana... sorry kacau kau tidur. " balas Haruto. Dia mendudukkan diri disebelah katil Hana.

Wajah yang sentiasa tegas dan garang itu kini tiada. Hanya wajah yang biasa dan santai.

" Ke—kenapa kau kat sini? Nak pukul aku lagi? " Hana mengetap bibirnya. Haruto menggeleng kecil.

" Hana... "

Haruto menghela nafas kasar. Tangannya naik mengelus lembut tangan Hana.

" Maafkan aku sebab hampir bunuh anak kita. "

Dang.

Terdiam, Hana kaku. Ayat yang diutarakan Haruto membuatkan Hana terkesima. Seperti ini bukan Haruto yang menderanya tadi.

Haruto ini Haruto yang lain.

" Aku—- aku dah mula sayang anak ini. Maafkan aku sebab hampir bunuh permata kita, sayang. Maaf. "

Dan buat pertama kalinya, Hana menyaksikan seorang Watanabe Haruto menangis. Lelaki ini jujur menitiskan air mata membuatkan Hana sungguh tergamam.

Haruto yang dia kenali merupakan lelaki yang tiada perasaan. Dan Haruto ini....

Membuatkan dia kaku.

" Haruto... kau okay? "

Haruto memandang Hana dengan air mata yang bersisa diwajah. Lelaki Jepun ini menelan air liurnya sebelum wajah Hana dipandang.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now