PART 29

81 19 0
                                    

" Terima kasih, Ji. " tangis Junkyu. Jihoon yang duduk ditepi katilnya tersenyum tipis sebelum bahu sahabatnya ditepuk lembut.

" Syukurlah. Yang dah pergi biarlah pergi. Haruto pun dah kena tangkap. "

" Tapi... "

Junkyu terdiam saat teringat peristiwa yang baru sahaja berlaku semalam. Peristiwa sebelum Yoshi ingin menembak tepat ke kepalanya.

" Bye-bye, Inspektor Kim Junkyu. "

Junkyu memejam matanya. Ya Tuhan, andai aku pergi, aku redha.

BAM! BAM! BAM!

" Yoshi! " teriak Haruto.

Matanya membulat, pantas tubuhnya menerpa Yoshi yang kini terbaring kesakitan.

Junkyu yang menutup mata sedari tadi pantas membuka sebelum dia terbungkam. Yoshi kini rebah dipangkuan Haruto dihadapannya selepas didapati menerima 3 das tembakan tepat ke dada.

Burghh!

Yoshi memuntahkan darah. Matanya mengerjap, seakan sakit menerima sakaratul maut itu. Haruto yang memangku kepala Yoshi menangis tersedu-sedu. Haruto sudah kehilangan segalanya. Keluarga dan cinta. Haruto tidak mahu kehilangan Yoshi.

" Masuk! Masuk! "

Teriakan Inspektor Park Jihoon kedengaran. Dia bergegas masuk bersama teamnya. Matanya memandang Yoshi yang kini rebah sebelum dia berdecih.

Yoshi.. Yoshi...

Kenapalah kau pilih jalan ni?

Anggota lain dan para medic bergegas dan menghampiri mangsa yang cedera dan terkorban. Mayat Hana diusung keluar, bersama Angeline yang menggigil teruk kerana masih trauma. Junkyu mengengsot menghampiri Yoshi yang kini terbaring nazak.

Polis yang bertindak mahu menggari Haruto
segera ditahan Jihoon. Dia tahu Haruto bersedih kini, Jihoon memahami. Oleh itu dia sendiri akan menggari Haruto selepas ini.

Haruto yang sudah sembap dengan air mata itu memandang Yoshi yang seakan mahu menutup mata. Kini dia dikerumuni oleh Junkyu, Haruto dan Jihoon. Ketiganya memegang erat tangan Yoshi yang basah dengan darah.

" Kyu, Ji... maafkan aku. Aku sayang korang sebagai sahabat aku. Maafkan aku sebab betray k—UHUK! Uhuk! korang... " tutur Yoshi, lemah. Jihoon angguk kecil sebelum Junkyu memeluk erat tubuh Yoshi.

Yoshi, Jihoon dan Junkyu tetap sahabat.

Junkyu mengemam bibir mengingati segala jasa Yoshi kepadanya. Bagaimana Yoshi membantunya jika dia susah.

Jika dia kekurangan duit, pasti Yoshi menghulurkan duitnya terlebih dahulu. Jika dia sedang bersedih pasti Yoshi lah yang tiba dan menenangkannya.

Jihoon itu sahabatnya sejak kecil, tetapi Yoshi itulah yang lebih mengerti. Kerana itulah tangisan Junkyu menjadi semakin lebat sekarang.

" Yoshi. Kitorang sayang kau. " Jelas Jihoon. Air matanya turun setitik didalam kekusutan ini. Yoshi memang akan pergi, luka tembakannya terlalu dalam. Jika dibawa ke hospital tu, dia mungkin akan meninggal didalam ambulans.

Yoshi memandang Haruto yang sudah sembap dengan tangisan. Pemuda Jepun itu memegang wajah sepupunya dengan tangan berdarahnya itu.

" Har—uhuk! Uhuk! Haruto... Jaga diri okay? Aku dah selesaikan amanat mendiang mama papa kau untuk jaga kau. Aku dah tak ada lepas ni, aku...aku nak kau bertaubat, Ruto. Aku tahu kau baik. " Senyum Yoshi. Haruto menggeleng keras.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now