BAB 1🍂

73 13 38
                                    

         

           AWAN putih terlakar indah pada dada langit.  Begitu juga buat hati Naura yang tersenyum mekar apabila beban yang selama ini di tanggung selama 1 bulan bakal berakhir. Tidak sia-sia dirinya bertungkus-lumus mengorbankan waktu tidur.




                Dan inilah hasilnya.




          Di junjung tinggi assignment yang sudah lengkap bak trofi. Sebaik sahaja assignment ini dihantar maka berakhirlah finalnya untuk sem ini.


                     Hahaha....


                        Buk!



          Bibir tadi yang mengulum senyum mula memudar. Naura terdiam tanpa reaksi. Disangka hari bakal cerah rupanya hujan dipertengahan. Itulah orang tua-tua kata. Jangan terlalu suka nanti menangis.

   

           Tidak tahu pula dia akan rasa mahu menangis.



        Bibir diketap menahan diri dari bergenang air mata. Naura tidak pasti dia sedang berada di alam realiti mahupun fantasi. Kenapa bila tiba hari gembira pasti akan ada juga hari buruknya? Mahu marah atau tidak dirinya juga sudah hilang semangat apatah lagi fail assignment yang patut dihantar kepada pensyarahnya hari ini sudah di penuhi dengan awan coklat beraroma kopi.



          Matanya yang serupa panda tak dapat tidur selama sepuluh hari merenung tepat kepada si pelaku yang menumpahkan itu.

           

             Dengan wajah tidak bersalah si pelaku menyiku marah gerangan yang tidak lihat wajahnya dek membelakangi Naura.


      
            Siap membebel kepada kawannya dek kopi yang di pegang. Padahal si pelaku itu yang gelak tawa menampar lengan gerangan tubuh yang membelakanginya. Tak pasal-pasal hujan kopi yang turun khas buat Naura.


            Bila mana pandangan Naura kian tajam menikam si pelaku yang mula terkulat-kulat. Baru berani melangkah berdepan dengannya.



           "Err...maaf. Tak nampak," tergaru-garu si pelaku itu dengan rupa tidak bersalah.  Bukan nak tanya dia okey ke tak.

       

          Naura cuba bertenang. Tidak mahu ribut petir berlaku di dalam kampus. Di tarik nafas sedalam-dalamnya lalu di hembus perlahan. Bibir diukir senyum manis. Naura tidak mahu marah-marah, lagipun hadirnya di kampus untuk mengubah dirinya. Dia adalah Naura yang baru, bukan yang lalu.

       Kaca mata tebal yang masih melekat dengan titisan kopi dibetulkan. Senyuman palsu ditarik semanis boleh.

 

           "Tak apa. Saya faham. Jadi boleh izinkan saya berlalu pergi," pinta Naura dengan sopan santunnya walaupun dalam hati sudah sumpah seranah dengan perilaku tidak semengah si pelaku yang tak hingin dia tahu nama.



                       "Ouh...ba...,"

              "Kejap. Biar saya yang bertanggungjawab," pintas satu suara yang cukup Naura kenali. Siapa lagi kalau bukan pujaan wanita sekampus ini.

    
          Baru Naura perasan gerangan tubuh tadi. Rupanya yang berdiri membelakangi Naura adalah Damian yang di siku si pelaku itu.


           Masing-masing sudah saling berpandangan. Aduh! Naura agak tidak gemar menjadi topik kontroversi di saat dirinya melangkah masuk di kampus ini.


DIADonde viven las historias. Descúbrelo ahora